Rabu, Julai 01, 2009

Tamat ISA 7, Kembali C4

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya tetapi ia sudah pun berlaku. Mereka yang dinamakan ISA 7 baru sahaja dijatuhkan hukum setelah 8 tahun menunggu keputusan. 5 daripadanya didapati bersalah, 1 orang dilepaskan dan 1 orang tidak dapat dihubungi serta tidak hadir ke mahkamah. Pendokong mahasiswa agak berasa lega setelah isu berpanjangan semenjak 2001 ini telah tamat. Boleh buka buku baru untuk meneruskan student movement.

Akan tetapi, episod ini seperti berulang kembali. perihal mahasiswa menentang pemerintahan negara sebenarnya tidak pernah hilang. Ada sahaja aksi-aksi yang menerbitkan rasa tercabar kepada pihak pemerintah.

Anda boleh baca liputan yang dibuat dalam malaysiakini.com. Tentang 2 orang mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM ditangkap kerana cuba menggagalkan program yang dihadiri wanita no 1 negara. Kes ini dalam siasatan dan sedang berjalan di mahkamah. Semoga kalian selamat.

Apa yang difahami di sini ialah golongan anti establishment masih menapak di bumi kampus dan aksi-aksi mahasiswa lantang ini senantiasa mewarnai dunia politik kampus. Saya beranggapan anak-anak muda ini yang bergelora jiwa penentangan ini masih dalam berkira-kira belajar erti perjuangan. Perjuangan yan menuntut kebijaksanan dan keberkesanan tindakan. Mungkin dengan aksi sedemikian menimbulkan rasa puas dan mengendurkan stress mereka.

Kajian ada menyatakan antara perkara yang boleh mehilangkan tekanan ialah perbuatan luarbiasa yang melampau akal pemikiran seperti menjerit-jerit sekuat hati, menangis sepuas-puasnya dan mencederakan diri sendiri. Apabila perbuatan-perbuatan ini dilakukan, mereka akan rasa selesa dan mengurangkan tekanan yang melanda diri.

Kembali kepada aktiviti kemahasiswaan yang di luar aktiviti biasa seorang mahasiswa ini. Kewujudan segolongan mereka ini kadangkala membuat semua pihak berfikir sejenak. Mengapa mereka melakukannya? Adakah mereka sudah terfikir risiko yang akan mereka hadapi? Atau mereka berkefahaman bahawa inilah cara protes yang cepat dan pantas yang boleh menyedarkan pihak pemerintah?

Jarang mahasiswa kini yang mahu menyentuh secara langsung batang tubuh kerajaan setelah ISA7 menjadi coretan sejarah dunia mahasiswa. Itulah penentangan maha hebat sehingga 7 orang menjadi sejarah kebangkitan suara mahasiswa. Kini, 2 orang atau menjadi 5 orang selepas ini menjadi pengukir sejarah. Kita sudah boleh menamakan mereka MAHASISWA5, UM5, ROSMAH5, Jackson5 atau HIGH5 ( ala-ala roti).

Tiada ulasan: