Isnin, Ogos 17, 2009

Dulu seorang, kini berdua

ARKIB : 27/10/2006

DETIK-DETIK pernikahan merupakan hari bersejarah bagi setiap pasangan pengantin. Debaran bergelar `raja sehari’ pasti menggamit memori indah sehingga ke akhir hayat.

Jika dahulu sebelum berkahwin, setiap aktiviti dilakukan bersendirian dan kini kemeriahannya lebih terasa apabila melakukannya berdua.

Seperti sambutan Ramadan dan Aidilfitri, kehangatannya semakin terasa setelah bergelar suami isteri.

Mana tidaknya, sekarang hendak berbuka pun kena fikir sajian yang sesuai untuk berdua, kemudian menunaikan terawih bersama.

Bagi Mohd Helmi Ahmad, 27, dan Fauziah Md. Mokhtar, 24, tahun ini merupakan Aidilfitri yang cukup bermakna buat mereka yang akan menyambutnya bersama buat kali pertama.

Kedua-duanya yang berasal dari Kedah akan menyambutnya dalam suasana yang sederhana.

“Persiapan yang kami buat ala kadar sahaja. Tetapi kami tidak lupa menyediakan kelengkapan raya dan pastinya kehadiran kami menjadi tumpuan keluarga masing-masing,” jelas Mohd Helmi.

Menurut pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 1 September lalu, mereka berkesempatan beraya di kedua-dua buah rumah pada hari raya pertama.

“Kebetulan jarak rumah ibu dan bapa kami hanya 20 kilometer sahaja, jadi tidak ada masalah untuk kami balik kampung beraya.

“Awal pagi raya, kami akan ke rumah keluarga saya dahulu. Kemudian, kami akan pergi ke rumah keluarga Fauziah.

“Masa bujang dulu, baju lama pun tak kisah. Raya tahun ini meriah. Apa-apa pun kena fikir untuk pasangan kita dan kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri,” ujar Helmi.

Perasaan yang sama turut dialami oleh pasangan Shahrul Zaman Lukman, 25, dan Siti Norbayah Sayuti, 25, yang memberitahu, tahun ini sambutan Aidilfitri dan Ramadan cukup meriah dan keadaan agak berbeza dengan kehidupan masa bujang dahulu.

“Puasa kali ini lebih meriah berbanding zaman bujang dulu. Amalan kali ini lebih terjaga, ada yang menasihati kita. Lagipun banyak yang dilakukan bersama, sembahyang terawih dan membaca al-Quran berdua,” jelas Siti Norbayah.

Menurut Shahrul, mereka beraya secara sederhana sahaja memandangkan mereka masih belajar lagi. Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Malaya. Shahrul yang merupakan pelajar sarjana dan Siti Norbayah yang bakal menamatkan pengajian sarjana mudanya pada tahun ini.

“Sementara itu, persiapan seperti pakaian dan kasut tiada masalah. Barang hantaran tempoh hari masih tidak digunakan lagi. Bolehlah kami memakainya pada hari raya nanti,” ujar Siti Norbayah.

Shahrul memberitahu, pada tahun ini mereka akan bergilir-gilir hari untuk balik beraya.

“Pada hari raya pertama, kami akan balik ke Melaka dan keesokannya harinya, kami balik ke Terengganu. Memandangkan kami pengantin baru, sudah pasti keluarga masing-masing menanti-nanti kehadiran kami,” ujar Shahrul.

Sementara itu, bagi Zul-Hilmi Sariffuddin dan Hazniza Saad, 26, Aidilfitri kali ini bakal disambut bersama-sama di kampung Hazniza yang terletak di Kampung Tanjung Besar, Paya Kulai, Temerloh, Pahang.

Pasangan yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga ini, mengakui kehidupan semenjak berumah tangga mengajar mereka erti bertolak ansur dan hormat menghormati.

“Walaupun kami telah berkenalan sejak dua tahun yang lalu, tapi kami masih mempelajari hati budi masing-masing,” ujar Hazniza ketika ditemui di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Haniza menjalankan perniagaan barangan kraf tangan di Anhaz Creative Trading di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Zul-hilmi dan Hazniza berasal dari Pahang, namun kini menetap bersama-sama keluarga Zul-Hilmi di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.

“Pagi raya akan disambut di Sungai Buaya, pada sebelah petang baru kami akan bertolak ke Temerloh dan beraya di sana selama empat hari,” kata Zul-Hilmi pula.

Menurut mereka, perkara pertama yang akan dibuat sejurus tiba di Temerloh ialah menziarahi pusara ibu dan ayah Hazniza dan kemudian terus berkunjung ke rumah saudara mara di sekitar negeri Temerloh dan Pekan, Pahang.

Wajah-wajah Akhir Ustaz Asri Ibrahim





ihsan daripada http://www.gua.com.my

Jumaat, Ogos 14, 2009

Ustaz Asri Rabbani- Pemergianmu Dirasai


Assalamualaikum..

Ketika melayari Facebook semalam, terpapar berita yang mengejutkan iaitu perginya seorang insan yang diakui kebaikannya; Ustaz Asri Ibrahim. Waktu itu bagaikan tidak percaya dan terus kumencari kepastian dengan melayari akhbar-akhbar maya. Ya, pasti. Insan itu sudah tiada. Lalu kukhabarkan mereka yang ada berhampiran denganku di Seminar Pakatan Rakyat. Ustaz Halim, Dr Dzulkifly, Ustaz Khairuddin, Wan Joe dan lain-lain. al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim. Takziah buat ahli kelurga Ustaz Asri dan anggota kumpulan Rabbani. Gambar suasana di rumah Ustaz Asri.

Tidak banyak kenangan yang dapat kutitipkan dengan Ustaz Asri. Seingat aku, aku dibesarkan dengan nasyid-nasyid alunan suara beliau. Siapa yang boleh lupa lagu Sunnah Orang Berjuang yang menjadi tema nasyid dalam program-program islami. Siapa boleh lupa lagu 'Assalamualaikum'. 'Kerlipan Cinta', 'Handzalah', Intifadha, "Cari Pasangan""Anak Soleh". Lagu 'Pergi Tak Kembali' paling memberi kesan jika diingat kembali. Muzik lagu ini sentiasa menjadi muzik latar dalam persembahan multimedia ketika di alam kampus sebagai alternatif kepad muzik lain.

Aku terpegun dengan suara beliau ketika zaman sekolah rendah lagi. Ketika itu Ustaz Asri berada dalam Nadamurni. Antara bait-bait lagu yang aku ingat " berjuang memang pahit... kerana syurga itu manis.. antara dua pasti terjadi, tunggulah syahid atau menang" - Sunnah Orang Berjuang. " wahai kaum muslimin, mari kita berjihad, fisabilillah, fisabilillah....". "Bila nur melimpah di hati, manusia... dari alam kegelapan..." . " kalau mahu dicoretkan rasanya tidak termampu.

Antara kenangan yang dapat dirakamkan ialah ketika persembahan Rabbani di Konsert Kampusia sempena Eskum 2002. Sempat menyaksikan persembahan beliau. Yang paling terakhir aku berjumpa secara live dengan Ustaz Asri ialah ketika berhenti solat di R&R Lebuhraya KL-Putrajaya. Ketika itu Maghrib , aku berhenti solat di situ dan menjadi masbuk kepada ustaz Asri yang menjadi imam. Lunak bacaan beliau. Air mata ini pasti bergenangan bila terdengar alunan suara Ustaz Asri di radio Ikim hari ini.

Sehari sebelum beliau pergi, sempat meneliti nasihat beliau kepada Akhil Hayy di dalam Mstar.com.my. Itulah ketentuan Allah. Yang hidup pasti mati. Bersiap siagalah kita ke arahnya.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku." -Kata-kata Ustaz Asri di dalam blognya.

Rabu, Ogos 12, 2009

3 Hari 2 Malam di Langkawi



7-9 Ogos kami berkesempatan ke Pulau Langkawi. Inilah kali pertama aku sampai di sini. Penginapan yang menjadi pilihan tidak jauh daripada Lapangan Terbang Langkawi. Bersebelahan sahaja iaitu Hotel Helang. Ok juga hotel ini, 2 katil bersaiz queen. tapi bilik 514 ini ada masalah juga iaitu bilik airnya bertakung...Jumaat kami sampai pada jam 7 lebih kurang.. Malam tu terus call kawan-kawanku di sana iaitu Rokhaimi dan Zulkifli. Lama betul tidak jumpa depa... 4 tahun dah kut rasanya... Jumpa-jumpa depa sudah ada perubahan fizikal terutamanya Rokh.hihihihi.. Lepak-lepak sekejap di bilik hotel layan kenangan lampau. Kemudian kami pakat ramai-ramai pekena santapan tengah malam... Esok plan Zul akan jadi pemandu pelancong kami..

Sabtu pepagi lepas sarapan di hotel, Zul datang dengan Honda City yang dikecualikan cukai 30%. Kami berpergian ke pantai Chenang dengan 2 kereta.. Abang Asnul bawa kereta sewa hotel. Singgah di Laman Padi ambil gambar sikit. Selepas tu pi Pantai Chenang. Kebetulan hari ini angin dan ombak kuat. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pekan Kuah. Apa lagi mencari jualan pinggan mangkuk dan coklat yang dikatakan murahlah. Destinasinya ialah Haji Ismail Group yang billboardnya 'Hijau Putih". Berbelilah mereka yang suka membeli. Kemudian makan tengahari di Pekan Rabu. Rumah Zul dekat-dekat sini je. Sempat juga dia balik rumah sekejap sementara kami memborong di gudang Haji Ismail Group. Setelah selsai makan, kami menuju ke Makam Mahsuri. Dalam jam 3 Zul hantar pulang ke hotel. Zul sampai di sini sahaja dan pulang ke rumahnya di Kuah yang mengambil masa 20 minit. Terima kasih Zul. Kami rehat-rehat sekejap di bilik hotel. 6.30 petang kami sambung balik ke Kuah mahu berbeli belah pinggan mangkuk lagi. Tempatnya ialah di Idaman Suri pula. Setelah puas barulah kami pulang dan singgah makan di Padang Matsirat.

Ahad di Langkawi ialah hari bekerja. Zul mengajar pagi, jadi turn Rokhaimi menjadi pemandu pelancong kami sebab Rokh mengajar sebelah petang. 9.15 pagi Rokh datang dengan menaiki Honda Civic yang juga dikecualikan cukai 30% ( saja nak habaq kat hampa). Lokasi yang dituju ialah Beras Terbakar. Beli belah sikit baju langkawi nak bagi pada mereka yang berkenaan. Setelah puas pusing-pusing di sini, kami bertolak ke Langkawi Geo Park. Dari sini kita dapat ke Gunung Mat Cincang dengan menaiki kereta kabel.Sebelum sampai ke Langkawi Geo Park, berhenti sejenak di Telaga Harbour Park.

Menaiki Kereta Kabel seronok juga. Kebetulan hari agak ramai pelancong asing dan tempatan yang datang disebabkan semalam kereta kabel tidak boleh naik kerana cuaca tidak mengizinkan.Ketinggian yang kami naik ialah 710 meter. Duduk atas awan tu. Kereta kabel ini bergerak memakan masa 20 minit. Dengan ukuran sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia. Dari kereta kabel kita dapat menyaksikan keindahan air terjun Telaga Tujuh. Berbaloilah dengan harga RM15 seorang.

Selepas selesai menaiki kereta kabel ini kami berkenalan dengan rusa-rusa yang jinak. Inilah kali pertama aku pegang rusa. Selalu makan daging rusa je. Cadangnya nak naik gajah tetapi mahal sangat RM50 untuk 5 minit je.. baik naik jongkang jongket. Rokh datang dalam 12. 45 untuk bawa kami ke destinasi seterusbya iaitu Underwater World Langkawi. Dalam perjalan kami batalkan dan kami singgah makan di Padang Matsirat, makan ikan keli bakar. Rokh terpaksa tinggalkan kami di sini kerana dia perlu bergegas ke sekolah. Terima kasih The Rokh. Selepas makan kami pulang ke hotel dan bersiap-siap untuk menaiki flight jam 7.15 malam.Pulang ke Kuala Lumpur dengan mengkelek seribu kenangan dan merasai kemanisan bersahabat.


Khamis, Ogos 06, 2009

Gambar demo

Aku ada di sini.. siapa yang jumpa?

Sabtu, Ogos 01, 2009

Gambar-gambar Demo Anti ISA