Jumaat, Julai 31, 2009

ISA 1Ogos 2009

Salam..

Pasti esok yang ditunggu-tunggu. Semua pihak menunggu. Baik yang menyokong atau yang membangkang himpunan esok. Mereka yang paling awal menunggu esok ialah polis. HAri ini sahaja pun sudah banyak sekatan jalan raya dibuat. GMI masih konsisten dengan tujuan esok. Tetap akan mengadakan himpunan aman walaupun amaran polis sudah dikeluarkan.

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang menyokong ISA juga akan adakan juga himpunan aman katanya. Mereka diketuai Pewaris. 2 buah NGO sebelum ini sudah menarik diri iaiti Perkasa yang diketuai Ibrahim Ali dan Persatuan Seni Silat yang bermahaguru Omar Din. BBPN semalam bermesyuarat untuk tentukan kehadiran untuk esok.

Tergelak membaca kenyataan Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz,

"Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka.

"Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah.

"Saya minta supaya pihak polis juga akan bersikap adil, jika saya ditangkap, atau mana-mana penyokong kami ditangkap, ketua mereka juga perlu ditangkap," katanya tegas.

Kenapa dia melatah? Tak ada pula dengar GMI nak halang mereka berdemo. Tak ada GMI ajak mereka beradu tenaga tunjuk kekuatan? tak ada orang kata polis nak tangkap awak? Yang awak melatah kenapa?

Daripada pengumuman Pewaris lagi mahu adakan demonstrasi juga sehingga hari ini, mereka seolah-olah mencabar GMI. Adakan pada hari yang sama, ubah waktu pada masa yang sama, tempat yang sama di masjid negara. Akhirnya batalkan juga di masjid negara. Magaran jangkakan 70000 orang akan menyertai mereka. Takpalah sama-sama ramai. Jangan timbulkan provokasi sudahlah. 2 demonstarsi besar BERSIH dan PPSMI yang dilakukan sebelum ini tidak ada provokosi peserta. Melainkan polis yang mencetuskan kacau bilau. Jangan esok Pewaris dan MAGARAN tak dapat kawal peserta mereka sudahlah atau keluar arahan kacau peserta-peserta himpunan anti ISA.

Niat GMI adalah baik. Membela nasib tahanan yang teraniaya. Adakah mereka komunis sehingan di'ISA'kan? Oleh itu, himpunan esok adalah atas dasar kemanusiaan sejagat. hak asasi seorang manusia. Pihak polis belajarlah daripada himpunan yang lepas. Tidak akan ada kekalutan andai pihak polis memberi kerjasama sewajarnya. Janganlah ada gas pemedih mata dan air water canon. Peserta himpunan sudah kalis dengan itu semua.

Ayuh, mari kita lihat hitam atau putih yang mendominasi Kuala Lumpur!




Tiada ulasan: