Khamis, Januari 14, 2010

Program MLM jual buku dalam internet ikut syariah

Program MLM jual buku dalam internet ikut syariah

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Guna konsep hanya ahli aktif dapat ganjaran bagi pastikan keuntungan dikongsi secara adil

PERNIAGAAN pemasaran pelbagai tingkat (MLM) berdasarkan syariah secara khusus mungkin tidak ada atau belum pernah didengar tetapi tidak bermakna konsep perniagaan itu tidak boleh dilaksanakan.

Stormreaders Network Sdn Bhd, anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang menerbitkan buku dan bahan ilmiah mengambil langkah meneroka perniagaan MLM patuh syariah dengan memperkenalkan Program Gabungan Kedai Buku Online Pemasaran Pelbagai Tingkat (MLM).



Pengurus Besar Stormreaders Network, Syah Rizal Mohamed, berkata program yang pertama di Malaysia itu memberi peluang ahli yang berminat menjana pendapatan daripada penjualan buku di kedai buku online (e-store).

Katanya, pada masa sama, ahli dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan minat membaca, berjihad menyebarkan ilmu bermanfaat seterusnya menjalin silaturahim sesama ahli dan masyarakat.

"Melalui program MLM penjualan buku melalui internet ini diharap dapat memberi satu pemikiran baru bahawa walaupun MLM tidak diceritakan dalam Islam, ia tidak dilarang selagi pelan perniagaan itu patuh kepada syariah.

"Selain membantu ahli yang berminat, matlamat kita ialah menggalakkan lebih ramai membaca kerana tidak dinafikan peratusan membaca buku di negara ini memang kurang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Gabungan Kedai Buku Online MLM baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan Pengarah Urusan Stormreaders Network, Waharp Md Yusof. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd, Zahazan Mohamed yang turut menyampaikan ceramah bertajuk 'Ilmu dan Keberkatan Rezeki'.

Program Gabungan Kedai Buku Online MLM membolehkan ahli memiliki e-store masing-masing dengan modal sebanyak RM90 dan setiap pembelian daripada kedai itu, pemilik e-store akan mendapat 20 peratus komisen jualan peribadi.

Keistimewaan program ini ialah semua aktiviti pembelian dan tempahan dilakukan secara online di e-store sementara penghantaran pula dilakukan oleh Stormreaders Network. Pemilik kedai juga boleh membuat penghantaran peribadi jika perlu.

Dalam program ini juga, pemilik e-store boleh maju ke peringkat pengedar dan mempunyai rangkaian dengan mengumpul 100 mata ganjaran daripada pembelian peribadi. Setiap pembelian berharga RM3 membolehkan pemilik e-store menerima satu mana ganjaran.

Seperti perniagaan MLM lain, Program Gabungan Kedai Buku Online MLM membolehkan ahlinya mendapat bonus daripada jualan kumpulan rangkaian sebanyak 15 peratus tetapi Stormreaders Network mengehadkan jumlahnya kepada RM4,500 seminggu.

Syah Rizal berkata, langkah mengehadkan bonus jualan rangkaian RM4,500 sebulan bagi mengelak lebihan bayaran kerana tidak adil jika ahli tidak bekerja keras tetapi memperoleh pendapatan selain memberi peluang kepada ahli rangkaian menikmati bonus.

Beliau berkata, itulah perbezaan Program Gabungan Kedai Buku Online MLM dalam usaha mematuhi kehendak syariah dengan memastikan perniagaan tidak memberi kemudaratan kepada setiap ahli dan hanya yang benar-benar bekerja layak mendapat ganjaran.

"Jika tidak dimaksimumkan, akan terjadilah terlebih bayar. Tetapi had maksimum hanya untuk tempoh seminggu. Jika minggu berikutnya ahli berjaya mencapai jualan, mereka layak menerima bonus lagi," katanya.

Katanya, bukan mudah untuk mengembangkan pelan MLM yang patuh syariah dan Program Gabungan Kedai Buku Online MLM sendiri memakan masa dua tahun untuk dirombak serta diperbaiki supaya benar-benar mengikut syariah.

Antaranya, menetapkan produk dijual pada harga pasaran mengambil konsep mengelak penguasaan orang tengah atau harga tidak mengikut pasaran merujuk hadis Rasulullah SAW yang memuji serta mendoakan sahabat yang menjual kambing mengikut harga pasaran.

Syah Rizal berkata, MLM sedia ada tidak mempunyai asas menyebabkan harga produk dijual ada kalanya dua kali ganda daripada pasaran dan itu menjadikan perniagaan MLM seolah-olah permainan mengaut keuntungan.

Begitu juga konsep bonus ganjaran merujuk kepada kisah di zaman Nabi Yusuf apabila pemerintah menawarkan makanan seberat seekor unta kepada sesiapa menjumpai piala yang hilang. Syarat dikenakan untuk meraih sesuatu.

Dalam hal MLM patuh syariah, ahli yang bekerja dan mencapai sasaran layak menerima ganjaran bonus dan bagi Program Gabungan Kedai Buku Online MLM, setiap ahli rangkaian perlu aktif bagi membolehkan mereka mendapat ganjaran tambahan.

"Ada mengatakan bezanya MLM ini hanya akad saja tetapi perlu ditekankan akad nikah yang hanya seminit itu penting kerana ia akan menghalalkan hubungan lelaki perempuan. Jadi tiada istilah akad saja, kerana nilai akad itu besar.

"MLM patuh syariah tidak boleh disamakan seperti ayam yang

disembelih dengan yang mati kena langgar, apabila digoreng dan diletakkan di kedai nampak serupa saja tetapi hakikatnya, satu disembelih dan satu lagi mati dilanggar," katanya.

Beliau berkata, di Stormreaders Network, konsep diguna pakai ialah hanya mereka yang aktif bakal mendapat ganjaran bagi memastikan keuntungan dikongsi secara adil, bukan siapa letak duit banyak bakal mendapat keuntungan banyak.

Syah Rizal berkata, sejak memulakan operasi secara online pada awal Disember tahun lalu, Program Gabungan Kedai Buku Online MLM sudah mempunyai 500 ahli dan syarikat menyasarkan 5,000 ahli sehingga akhir tahun ini.

Katanya, buat masa ini Stormreaders Network yang dipayungi Telaga Biru hanya menjual kira-kira 200 tajuk buku, cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera video digital terbitan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengajak syarikat penerbitan tempatan dan luar negara untuk menyertai program itu bagi memberi lebih banyak pilihan buku kepada pemilik e-store dan pembeli.

Menjawab persoalan kemungkinan hasrat untuk menggalakkan lebih ramai membaca tidak tercapai apabila ahli lebih menumpukan kepada perniagaan berbanding memenuhi usaha menyebarkan ilmu, beliau melihat perkara itu secara positif.

"Mungkin mereka beli sekarang untuk meningkatkan jumlah jualan tetapi akan tiba masa mereka mengambil buku itu untuk membacanya. Jika tidak hari ini, anak cucu ahli akan membacanya nanti dan buku tidak ada tempoh luput. Visi kita ialah membawa ilmu ke dalam rumah," katanya.

Video Pengenalan Stormreaders

Isnin, Januari 11, 2010

Stormreaders


Assalamualaikum..

Secara jujurnya, saya kurang berminat dengan mana-mana MLM sebelum ini.. tetapi dengan Stormreaders, hati kecil saya seolah berkata; "cubalah dengan Stormreaders". Kali pertama mendengar dan mengetahui produknya adalah buku, saya terus tertarik.. saya berfikiran produk buku tidak akan luput melainkan hilang, terbakar, reput dan rosak.. boleh disimpan dan dibaca berulang-ulang serta sebagai bahan rujukan. Telahan lagi produk stormreaders adalah buku-buku agama dan motivasi.

Tanpa berselindung saya menyertainya dan bersama-sama di majlis Pelancaran Stormreaders baru-baru ini.. Alhamdulillah dengan kehadiran tokoh-tokoh agama dan motivasi seperti Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zahazan, Ustaz Zamri TV9, Dr ifan Khairi menguatkan lagi anggapan saya bahawa ini adalah perniagaan dan wadah terbaik utuk Islam.. teringat kata-kata Hj Waharp,bos Telaga Biru," Kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka di hadapan yang boleh berceramah dan menulis agama, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyampaikan buku-buku mereka sebagai salah satu usaha baik kita".

Insya allah saya akan istiqamah dengan perniagaan MLM ini.. ini ialah kedai buku online saya

Hubungi Kami | Bantuan | Soalan Lazim | Daftar Masuk
Papar Mengikut :

1 2 3 4 5 6 7

Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Hj Ismail Kamus

RM55.00


Zikir Pagi Petang (Rumi)
Dr Abd Basit Abdul Rahman

RM4.00


Doa & Zikir Harian
Haji Zahazan Mohamed

RM6.00


Fomula Solat Sempurna
Ust Zaharuddin Abd Rahman

RM25.90


Petua Menangani Stress
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90


Menerobos Sempadan Diri
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90


Anakku Hebat Anakku Soleh (Kulit Keras)
Haji Zahazan Mohamed

RM39.90


Remeh Temeh Seks
Haji Zahazan Mohamed

RM19.90


Remeh Temeh Tentang Solat
Ust Mohd Nidzam Abd Kadir

RM16.90


80 Experiment Belakang Rumah
Suhaimi Mamat

RM23.00


Nota hati Seorang Lelaki
Pahrol Mohd Juoi

RM20.00


Dunia Masakan Chef Sabri
Chef Sabri

RM40.00


21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RM19.90


Amalan Ibu Mengandung
Dato' Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood

RM19.90


Panduan Membaca Yasin, Tahlil & Doa
Telaga Biru Sdn Bhd

RM5.90


Pemilik Cintaku
Fatimah Syarha Mohd Noordin

RM12.00


Doa, Zikir Munajat yg Didegari Allah
Haji Zahazan Mohamed

RM12.00


Kaedah Mendidik Isteri & Anak Dalam Islam
Ust Abdul Rahman Mohamed

RM17.00


Tarbiyah Anak-Anak degan Zikir & Doa
Haji Zahazan Mohamed

RM12.00


Remeh Temeh Nikah Kawin
Ust Mohd Nidzam Abd Kadir

RM20.00

1 2 3 4 5 6 7
No. Ahli: MY543898
Nama:
Shahrul Zaman Bin Lukman
1.Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Hj Ismail Kamus
2.Zikir Pagi Petang (Rumi)
Dr Abd Basit Abdul Rahman
3.Doa & Zikir Harian
Haji Zahazan Mohamed
4.Fomula Solat Sempurna
Ust Zaharuddin Abd Rahman
5.Petua Menangani Stress
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
6.Menerobos Sempadan Diri
Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
7.Anakku Hebat Anakku Soleh (Kulit Keras)
Haji Zahazan Mohamed
8.Remeh Temeh Seks
Haji Zahazan Mohamed
9.Remeh Temeh Tentang Solat
Ust Mohd Nidzam Abd Kadir
10.80 Experiment Belakang Rumah
Suhaimi Mamat
Syarah Al-Hikam 1
Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri
Cinta Granada
Rawdha Ashour
Tafsir Ibnu Katsir (Besar)
Indonesia
1.A Comprehensive Prayer Formula
Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Hakcipta © 2008 Stormreaders Network Sdn. Bhd. www.stormreaders.comTerma & Etika | Bantuan | Hubungi Kami



Jumaat, Disember 25, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431


HIJRAH

Hijrah..

“Kami semakin disiksa wahai pesuruh Allah

Izinkan kami berhijrah.”

“Hijrahlah kalian ke Yathrib”

Rasulullah amat cintakan Islam

Melebihi segala-galanya ujian

Kesucian agama adalah yang utama

Tiada erti tanah, pangkat, negara dan harta

Andai aqidah dan syiar diancam dimusuhi segala

Hijrah rasul bukan bererti menghilang melenyap

Itulah pengorbanan dan akan pulang dengan kemenangan

Kampung halaman dibiarkan

Sanak-saudara ditinggalkan

Harta pusaka dilupakan

Allah dan Rasul menjadi tujuan

Makkah… selamat tinggal diucapkan

tanda perpisahan

Kasihnya Abu Bakar tiada terperi

Akrab Abu Bakar tiada tandingan

Tatkala hijrah Abu Bakar sebagai peneman

Mengikuti ke mana jejak seorang teman

Sengatan binatang bisa di Gua Thur bukan penghalang

Rasul yang harus dipertahan bukan empunya badan

Titisan air mata kesakitan bukti kesucian

Rasul kasihan

diubati teman

dengan mukjizat pemberian tuhan

Sembuh as-Siddiq tanpa kesan

Umar lantas membawa panah dan pedang

Menuju ke Kaabah

terang-terangan menyatakan hijrah

“Durjanalah kalian,

sesiapa yang ingin ibunya keseorangan

hendak meyatimkan anaknya

menjandakan isterinya

Bertemu aku di belakang lereng bukit itu”

Kecut perut ahli Makkah

Tidak berani menyahut cabaran

Yang tua mentulikan telinga

Yang muda mencicit mencari jalan pulang

Ituah keberanian al-Khattab pejuang Islam

Tidak gentar pada ugutan dan ancaman

Kerna kita kenal Umar seorang pahlawan terbilang.

Usahkan manusia , digeruni juga si laknat syaitan

Ali begitu berani sekali

Nyawa sebagai galang ganti

Rasul menjamin

“tidurlah di situ, dikau tidak akan diperlakukan”

Usia yang begitu muda tidak dipeduli

Mangganti diri di pembaringan Nabi

Agar rasul selamat pergi

Biarlah nyawanya yang pergi

Yang pasti Nabi amat dia cintai

Musyrikin bingkas mencari

Setelah terpanar dek mukjizat Nabi

Nyenyak terlena dibuai mimpi

Menghunus pedang pada tubuh yang diselimuti

Harapannya itulah Nabi

Rupanya bukan yang dicari dijumpai

tetapi Ali sepupu Nabi

Padang pasir disinari terik panas

Berliku berbukit bukau Berbatu pejal keras

Semuanya cekal tabah dihadapi pantas

Itu semua bukan persoalan

Umatnya yang difikirkan sekarang

Isnin, 8 Rabiullawwal

Tahun keempat belas kenabian

Tahun pertama hijrah

Tika umur rasul 53

Itulah hari

Quba’ menerima seorang yang dicinta

Masjid taqwa pertama segera dibina

Bermunajat kepada Tuhan Maha Pencipta

Penduduk Madinah menunggu dengan kesabaran

Setiap hari berkumpul di Harrah menunggu ketibaan

Menanti seorang Rasul rahmat sekalian alam

Allahu Akbar Rasulullah telah tiba

Allahu Akbar Muhammad telah tiba

Allahu Akbar Muhammad sudah datang

Allahu Akbar Rasulullah sudah datang

( nasyidkan thola’al badru ‘alaina)

Kota Madinah gegak gempita

Lelaki, perempuan, dewasa, kanak-kanak penuhi jalan dan jendela

Orang yang mulia sudah menjelma

Puas dan lega melihat kujur tubuh itu bersama

Allah telah menyelamatkan segala-galanya.

Yathrib ditukar kepada Madinah tanda sejarah ditempa

Hijrah Rasul merupakan kelahiran

Titik permulaan perkembangan pesat Islam

Asas pertama diperkukuhkan

Masjid dibina

Ansar dan Muhajirin dipersaudara

Piagam Madinah ditaat setia

Berkembanglah Islam ke pelosok dunia

Kita pewaris ajaran Islam

Akan meneruskan kegemilangan Islam

Bukan sedikit pengorbanan yang telah ditelan

Itulah asam garam mempertahankan Islam

26/9/05 sz

Khamis, November 12, 2009

'Ammar dan 'Umairah bertemu





Ahad lepas, asyraf, yusni dan mak mertua serta si kecilnya 'Umairah bertandang ke rumah. Bermalam semalaman di rumah sebelum bertolak ke Johr keesokannya. Terima kasih asyraf kerana sudi datang. 'Ammar dan 'Umairah sebaya dan dibezakan dalam 3 minggu sahaja. Inilah anak-anak yang akan dididik untuk mengenal Allah, mencintai Nabi dan memperjuangkan Islam..

Jumaat, Oktober 16, 2009

Anak kedua kami





alhamdulillah.jam 4.12 pg 15 okt. Kami dikurniakan seorang anak lelaki seberat 2.96kg d hospital serdang,selangor...

Selasa, Oktober 13, 2009

Sanah Helwah Ya Habibati..


Sanah Helwah ya habibati yg ke 28.. moga pertambahan umur menambahkan lagi kematangan kita melayari bahtera kehidupan sebagai abdi. 28 tahun kehidupan di dunia ini sudah mampu mengajar apa itu sebuah dunia.. dan mampu untuk meneruskan kehidupan berbekalkan iman dan taqwa.

Rabu, September 09, 2009

Sanah Helwah Ya Abati... wa Ukhti al-Saghirah.. Alfatihah juga buat Ayah

9 September 2009, 9.9.09.... merupakan hari kelahiran ayah.. hari kelahiran adik bongsuku juga pada tarikh ini.. Genap usianya 15 tahun.. Ayah genap usia 65 tahun.. Boleh sambut hari kelahiran bersama-sama..

hari juga 19 Ramadhan 1430... genap 3 tahun ayah meninggalkan kami.. amat kebetulan dan cukup istimewa hari ini ya. Sambut hari kelahiran dalam waktu yang sama menyedekahkan al-Fatihah buat arwah ayah... sungguh cepat masa berlalu, rupa-rupanya sudah 3 tahun ayah pergi... pergi tidak kembali lagi..

al-Fatihah buat mu ya abati...

Isnin, Ogos 17, 2009

Dulu seorang, kini berdua

ARKIB : 27/10/2006

DETIK-DETIK pernikahan merupakan hari bersejarah bagi setiap pasangan pengantin. Debaran bergelar `raja sehari’ pasti menggamit memori indah sehingga ke akhir hayat.

Jika dahulu sebelum berkahwin, setiap aktiviti dilakukan bersendirian dan kini kemeriahannya lebih terasa apabila melakukannya berdua.

Seperti sambutan Ramadan dan Aidilfitri, kehangatannya semakin terasa setelah bergelar suami isteri.

Mana tidaknya, sekarang hendak berbuka pun kena fikir sajian yang sesuai untuk berdua, kemudian menunaikan terawih bersama.

Bagi Mohd Helmi Ahmad, 27, dan Fauziah Md. Mokhtar, 24, tahun ini merupakan Aidilfitri yang cukup bermakna buat mereka yang akan menyambutnya bersama buat kali pertama.

Kedua-duanya yang berasal dari Kedah akan menyambutnya dalam suasana yang sederhana.

“Persiapan yang kami buat ala kadar sahaja. Tetapi kami tidak lupa menyediakan kelengkapan raya dan pastinya kehadiran kami menjadi tumpuan keluarga masing-masing,” jelas Mohd Helmi.

Menurut pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 1 September lalu, mereka berkesempatan beraya di kedua-dua buah rumah pada hari raya pertama.

“Kebetulan jarak rumah ibu dan bapa kami hanya 20 kilometer sahaja, jadi tidak ada masalah untuk kami balik kampung beraya.

“Awal pagi raya, kami akan ke rumah keluarga saya dahulu. Kemudian, kami akan pergi ke rumah keluarga Fauziah.

“Masa bujang dulu, baju lama pun tak kisah. Raya tahun ini meriah. Apa-apa pun kena fikir untuk pasangan kita dan kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri,” ujar Helmi.

Perasaan yang sama turut dialami oleh pasangan Shahrul Zaman Lukman, 25, dan Siti Norbayah Sayuti, 25, yang memberitahu, tahun ini sambutan Aidilfitri dan Ramadan cukup meriah dan keadaan agak berbeza dengan kehidupan masa bujang dahulu.

“Puasa kali ini lebih meriah berbanding zaman bujang dulu. Amalan kali ini lebih terjaga, ada yang menasihati kita. Lagipun banyak yang dilakukan bersama, sembahyang terawih dan membaca al-Quran berdua,” jelas Siti Norbayah.

Menurut Shahrul, mereka beraya secara sederhana sahaja memandangkan mereka masih belajar lagi. Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Malaya. Shahrul yang merupakan pelajar sarjana dan Siti Norbayah yang bakal menamatkan pengajian sarjana mudanya pada tahun ini.

“Sementara itu, persiapan seperti pakaian dan kasut tiada masalah. Barang hantaran tempoh hari masih tidak digunakan lagi. Bolehlah kami memakainya pada hari raya nanti,” ujar Siti Norbayah.

Shahrul memberitahu, pada tahun ini mereka akan bergilir-gilir hari untuk balik beraya.

“Pada hari raya pertama, kami akan balik ke Melaka dan keesokannya harinya, kami balik ke Terengganu. Memandangkan kami pengantin baru, sudah pasti keluarga masing-masing menanti-nanti kehadiran kami,” ujar Shahrul.

Sementara itu, bagi Zul-Hilmi Sariffuddin dan Hazniza Saad, 26, Aidilfitri kali ini bakal disambut bersama-sama di kampung Hazniza yang terletak di Kampung Tanjung Besar, Paya Kulai, Temerloh, Pahang.

Pasangan yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga ini, mengakui kehidupan semenjak berumah tangga mengajar mereka erti bertolak ansur dan hormat menghormati.

“Walaupun kami telah berkenalan sejak dua tahun yang lalu, tapi kami masih mempelajari hati budi masing-masing,” ujar Hazniza ketika ditemui di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Haniza menjalankan perniagaan barangan kraf tangan di Anhaz Creative Trading di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Zul-hilmi dan Hazniza berasal dari Pahang, namun kini menetap bersama-sama keluarga Zul-Hilmi di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.

“Pagi raya akan disambut di Sungai Buaya, pada sebelah petang baru kami akan bertolak ke Temerloh dan beraya di sana selama empat hari,” kata Zul-Hilmi pula.

Menurut mereka, perkara pertama yang akan dibuat sejurus tiba di Temerloh ialah menziarahi pusara ibu dan ayah Hazniza dan kemudian terus berkunjung ke rumah saudara mara di sekitar negeri Temerloh dan Pekan, Pahang.

Wajah-wajah Akhir Ustaz Asri Ibrahim





ihsan daripada http://www.gua.com.my