Isnin, Julai 06, 2009

sapa pandai jawab teka-teki ini!!!

Saya ada membaca satu teka-teki tetapi saya tak ketemu apa jawapannya. Teka-teki itu berbunyi begini...

abu mahu beli sepasang kasut berharga RM97. Dia tidak mempunyai wang. Dia telah meminjam RM50 daripada abangnya dan RM50 daripada emaknya. Kesemua berjumlah RM100. Kemudian dia membeli kasut itu dan berbaki RM3 lagi. Abu telah memulangkan RM1 kepada abangnya, RM1 kepada emaknya dan RM1 masih ada padanya.

Sekarang, Abu perlu membayar RM49 kepada abangnnya dan RM49 kepada ibunya juga. Apabila dicampur RM49 abang dan ibunya, ia akan berjumlah RM98. Tetapi, apabila dicampur RM1 yang ada kepada Abu, jumlah keseluruhannya baru RM99. Di mana hilangnya RM1 lagi?????

Sapa arif lagi bijaksana, sila jawab teka-teki ini...

2 ulasan:

Kak Ummi berkata...

Apa pulak hilang?Tak ada yang hilangpun.Faktanya,Hutang dengan mak dah bayar RM1,tinggal lagi RM49.Hutang dengan abang dah bayar RM1,tinggal lagi RM49.Jumlah hutang mak+hutang abang=RM100.Soalan teka-teki sepatutnya,yang Abu menyibuk simpan RM1 kat tangan dia tu buat apa?He,he...

Awanama berkata...

yeke.. jawapan die begini ke?