Rabu, Julai 15, 2009

Manek Urai ; Jambatan 7 Juta tidak kesampaian

Assalamualaikum..

65 undi satu jumlah yang amat kecil. Betul kelebihan 1 undi pun dikira menang. PAS Kelantan pernah bertahan dengan 2 undi untuk memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada pilihanraya 2004. Kemukakanlah apa sahaja alasan kemenangan ia tetap dikatakan kemenangan tipis atau mungkin juga kemenangan nasib. Kemenangan ini mungkin ada faktor lain yang membantu. Mungkin undi daripada pengundi luar. Mungkin undi golongan bukan melayu yang tidak ramai itu. mungkin undi orang UMNO yang beralih undi pada PAS. Mungkin undi itu undi yang pengundi tegar PAS yang sejak dahulu mengundi PAS.

Persoalan sekarang ke mana hilangnya pengundi seramai 398 yang mengundi PAS 2008? Dari mana pertambahan 889 pengundi yang memangkah BN? sifirnya mungkin 398 semua beralih kepada BN dan ditambah dengan pengundi baru seramai 491 orang dan BN hanya perlu 66 orang untuk membuat jambatan 7 juta di Manek Urai iaitu kelebihan majoriti 1 undi.

Sudah dijangkakan bahawa PAS akan selesa andai peratus keluar mengundi tidak mencecah 80% tetapi sekiranya melebihi angka 80% sama ada menang tipis atau kalah. 87.33% keluar mengundi adalah satu angka yang luar biasa dalam pilihanraya kecil. Angka ini tinggi kemungkinan disebabkan cuti diberikan kepada rakyat kelantan sepertimana yang diumumkan Menteri Besar Kelantan, atau kesedaran politik yang tinggi di kalangan pengundi Manek Urai yang keluar mengundi, atau imbuhan yang diberikan kepada pengundi luar yang pulang mengundi atau kerja kuat jentera BN mengerahkan semua penyokong mereka keluar mengundi by hook or by crook.

Penurunan jumlah undi kepada PAS pada anggapan saya ialah perasaan selesa di kalangan pengundi dan jentera bahawa PAS pasti menang lagi di sini. Beberapa peraturan yang tidak seperti kebiasaan amalan jentera pilihanraya PAS menghadapi pilihan raya kecil diterapkan mungkin faktor ini berlaku. Contoh polisi poster, banner dan billboard;Polisi ceramah; polisi pasukan pembantu.

Isu-isu yang berlangsung sepanjang PRK MU ini berkisar tentang engagement dengan BN, debat Mursyidul Am dan PM, royalti minyak Kelantan, PAS kerjasama dengan DAP, ketiadaan Timbalan Presiden PAS di MU. Nampaknya Pakatan Rakyat terutama PAS masih belum dapat menembusi pemikiran pengundi kawasan malay-belt dengan berkesan. Propaganda yang dibawa BN berjaya menarik orang Melayu untuk mengundi BN. Isu yang dibawa BN simple sahaja iaitu PAS terlalu baik dengan DAP, lupa perpaduan orang Melayu. Walaupun BN menggunakan style lama berkempen iaitu dengan menabur pelbagai janji contoh jambatan 7 juta, bagi masyarakat Melayu di kawasan sebegini ia adalah sesuatu yang diharapkan menjadi nyata dan yakin akan dilaksanakan.

Pelbagai rumours boleh dihamburkan tentang keputusan yang boleh disifatkan kemenangan dalam keperitan. Sudah pasti post morterm secara jujur dan telus perlu dilakukan. UMNO pasti berasa sedikit yakin dengan perkembangan ini bahawa orang Melayu masih tidak lari dengan UMNO. Sekiranya UMNO memperbaiki sedikit lagi imej menjadi sebuah parti melayu baik, sudah pasti orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO. Tidak susah, carikan seorang tokoh yang benar-benar berkaliber, imej terlalu baik, agamawan dan merakyat. PAS saya yakin masih memenangi hati rakyat. Kekalkan imej bersih yang sedia ada dan kurangkan perbalahan yang tidak menguntungkan parti. Bina semula wihdatul fikr wihdatul amal. Takbir!

Tiada ulasan: