Jumaat, September 26, 2008

selamat aidilfitri

selamat hari raya fitrah kepada semua. minal a'idin wal faizin. kullu 'aamin wa antum bilkhair.moga ramadhan yang ditinggalkan kali ini adalah yang terbaik. yang paling bermakna, yang paling dirindui, yang paling dikenangi, yang paling baik amal ibadah yang dilakukan. doakan masih ketemu ramadhan tahun hadapan. sambutlah aidilfitri seada-adanya tanda kemenangan umat islam. ingat jiran tetangga yang kesusahan. ingat nasib umat islam yang tidak berkesempatan menyambut aidilfitri seprtimana kita menyambutnya..

Rabu, September 24, 2008

RAMADHAN pasti kuingat pemergianmu




tiap kali ramadhan pasti wajah mulusmu kuingati dan cermati.. sudah 2 ramadhan ketiadaanmu. kumasih ingat, waktu itu aku di kuala lumpur. bergegas pulang bersama adik-adikku ke kampung tatkala dikau dikejarkan ke hospital kuala terengganu. dalam keadaan letih berpuasa sempat juga kami menjengah jasadmu di saat-saat akhir. alhamdulillah kepulanganmu di sisi Yang Esa di bulan yang mulia.19 ramadhan akan menjadi tarikh ingatanku. saban ramadhan wajahmu selalu menjengah benak di kepalaku. seolah-olah turut menyambut ramadhan.. kudoakan kebaikan di dunia dan di akhirat buatmu.

terngiang-ngiang batukmu memecah suasana, sayup-sayup suaramu memangil-manggil namaku.. baju yang kubeli untukmu, itulah baju yang terakhir dirimu sarungi sebelum ditukar di hospital. aku lihat dan tatap wajahmu tatkala sakaratulmaut mencabut nyawamu..

kusedari perubahan dirimu tika kupulang bercuti bersama isteri 2 bulan sebelum pemergianmu. membawa kami bersiar-siar ke pasar..ahh tak pernah dibuat olehmu. hati kecil sudah terasa sesuatu berlaku apabila dikau berkurung di bilik tidur ketika kakiku ini mahu berangkat pulang ke kuala lumpur. ku yang menyambut tanganmu bersalam tanda perpisahan terakhir buatku dan dirimu di kamar tidurmu. mungkin itu tanda-tanda akan kukehilanganmu..

2 tahun sudah berlalu, kullu faat faat, kullu aat, aat.. setiap yang hilang, biarkan hilang, setiap yang datang, biarkan ia datang. moga dikau aman di sana..

Selasa, September 16, 2008

kemenangan Badar

salam ramadhan

dua keputusan yang positif kepada PAS dalam bulan ramadhan ini menyaksikan cerita gembira buat parti ini.. terima kasih kepada mahkamah yang membuat keputusan yang adil dan saksama.. DUN Sanglang kembali kepada penyandang 3 sesi terdahulu setelah 3 bulan dikosongkon semenjak 14 jun dahulu.. DUN Manir kekal juga kepada pemenang pilihanraya umum 8 mac juga.. tahniah kepada Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Dato' Harun Taib..
kemenangan BADAR menjelma..

rakyat malaysia sebenarnya menunggu-nunggu kemenangan badar yang lebih bermakna dengan tarikh 16 september.. peralihan daripada batil kepada hak, daripada zulumat kepada nur, daripada songsang kepada lurus, tunggu terus tunggu.. andai benar berlaku, harap ia lebih molek daripada yang sedia ada lani..

bersiap sedialah semua kakitangan kerajaan, mengubah corak pemikiran dan pandangan songsang.. menerima dengan tangan terbuka kehendak rakyat yang dahagakan pembaikpulihan good governance. harapnya dinilai semula Akta-akta drokonian yang menyusahkan rakyat dan mahasiswa. sucikan semula media massa yang penuh kebusukan dan noda fitnah.

sudah boleh mula berfikir untuk wujudkan qutlah dakwah yang lebih tersusun untuk pemurnian masyarakat yang baik dan sejahtera...

Ahad, September 14, 2008

aku dengan harianku

salam 14 ramadhan..

boleh dikatakan setiap hari aku berdepan dengan internet. apabila buka komputer, sudah tentu jari ini juga menekan internet explorer dan mozilla firefox.. pertama buka email, tengok perkembangan kerja dan makluman terkini. kedua buka blog aku.. ketiga harakhdaily.. keempat malaysiakini... kelima Mymetro dan seterusnya.. kadang-kadang teralit juga..

saya suka baca blog.. antara yang selalu dibaca saifulislam, zaharuddin.com, dzulkahiri. tak pasti le pulak depa tengok blog aku.. hidup tidak penting dikenali tapi biar mengenali..

hari ini dalam puasa pun ada orang menzalimi dan dizalimi. puasa tapi tak solat. puasa tapi pakai macam telanjang.. puasa tapi merompak, membunuh.. hmmm depa ni puasa lagu mana noo.. itu nabi kata, puasa depa ni hanya lapar dan dahaga sahaja.. kita kena puasa dengan iimanan wa ihtisaaban . baru la bermakna ramadhan tu..

yang kena diISAkan tu,, banyakkan bersabar dan berdoa.. lani zaman fitnah. benda yang tak dibuat diminta akui pernah buat.. jangan dikejut fitnah yang sedang tidur.
ISA oh ISA.. ingatkan bulan puasa dia rehat.. tapi kena bertugas juga makhluk Allah ini.. entah puasa ke tidak..

adios...

Sabtu, September 13, 2008

teliti dalam bertindak

salam ramadhan..

teringat kisah khalid alwalid diminta oleh Rasulullah s.a.w memerangi kaum bani mutalib. pesanan nabi kepada khalid, sebelum perangi mereka selidiki dahulu. sudah pasti seorang jeneral yang terkenal dengan kebijaksanaan berstrategi dalam mana-mana peperangan akan menurut perintah nabi dan menghantar pasukan perisik. hasil risikan, kaum tersebut selamat diperangi oleh tentera khalid atas maklumat yang didapati.

kisah ini adalah sebahagian daripada nuzul ayat 6 surah al-hujurat.

"wahai orang-orang yang beriman, jika datang seseorang fasik dengan membawa sesuatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahu keadaannya (secara jahil), maka dengan itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."

kisahnya bermula apabila nabi mengutuskan al-walid bin aqabah mengambil harta sedekah dari bani mutalib. setibanya di sana, alwalid dapati mereka keluar berama-ramai untuk mengeluarkan sedekah. al-walid kaget dan beranggapan penduduk bani mutalib mahu mengejarnya dan memukulnya. al-walid memaklumkan kepada nabi penduduk bani mutalib telah murtad. kemudian nabi mengumpulkan bala tentera dan menugaskan khalid al-walid mengetuainya. setiba khalid di perkampungan itu, dihantar perisik untuk pastikan kesahihahn maklumat. hasil risikan pengintip dapati kedengaran suara azan dan mereka menunaikan solat. maka khalid bertemu dengan mereka setelah tiba pagi dan didapati mereka adalah orang Islam. pasti. pulanglah Khalid al-walid ke madinah unutk memaklumkan hal sebenar kepada nabi. maka selamatlah penduduk bani mutalib daripada diserang daripada saudara mereka sendiri..

pengajarannya;
1- jangan tergopoh-gapah dalam tindakan
2- selidiki dahulu sebarang berita buruk yang diterima
3- jangan cepat menghukum

Khamis, September 11, 2008

IFTAR RAMADHAN

Ramadhan Kareem..

boleh dikatakan setiap hari kita beriftar.. ada yang dibuat secara berjamaah.. hari ni pun ada undangan iftar di Bangi.. untuk orang-orang muda. apa tujuan iftar ramai-ramai ni? sudah tentu untuk ikat silaturrahim, mengikat mahabbah dan mengukuhkan kesatuan..
ingat masa kampus dulu iftar ketika training calon.. lepas mengeluarkan suara, ramai-ramai iftar setalam bersama. yang unik ada seorang muslimat india.. masa tu tak islam lagi.. lani dah islam.. ( baca artikel sebelum ini) dia pun turut berpuasa dan berbuka sekali.. makan setalam sekali..dengan muslimat la. alhamdulillah. mungkin berkat Ramadhan. beliau telah memeluk Islam.

lepas berbuka, solat maghrib, tunggu isyak, kemudian tarawih , sambung balik training.. letih tu letihla tapi demi tanggungjawab kita laksanakan juga. akhi R ada berkata" orang lain seronok boleh fokus ibadah sepanjang Ramadhan ni,qiam, qiratul quran tp kita kena training. takpe kita sedang berjihad juga." ya, Nabi pun berperang dalam bulan Ramadhan. pahlawan Islam pun berjihad dalam bulan ramadhan. eh.. kitakan pahlawan juga.

Jumaat, September 05, 2008

1 RAMADHAN 1 SEPTEMBER


kebetulan tahun ini 1 ramadhan disambut dengan tarikh 1 september.. jadi tak susah sangat nak mengira hari-hari berlalu dalam bulan ramadhan. nak set tarikh untuk bulan ramadhan pun agak senang.. biasa kalau ada program ihya' ramadhan, mereka menggunakan tarikh hijrah. " ustaz, datang ceramah ye 6 ramadhan" kalau sebelum ni kita tanya balik " 6 ramadhan tu bile ek? " untuk tahun ni, senang dan mudah ingat. kalau nuzul quran 17 ramadhan, bermaksud 17 september..

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :


Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

moga-moga kita semua di kalangan orang yang bertaqwa sepanjang tahun. bukan bertaqwa bulan ramadhan sahaja. maksud taqwa ialah memelihara diri daripada siksaan dan kemurkaan Allah Ta’ala dengan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

kita pun berharap semua pimpinan negara beriman dan bertaqwa. di bulan ramadhan yang mulia, kalau perkara itu benar katakanlah ia benar. kalaulah benar imam ramlang sanggup berbohong baru-baru ini, tak layak beliau diangkat menjadi imam masjid. tapi kalau pegawai khas TPM yang berbohong, kita berharap cepat-cepat bertaubat dan mendapat keampunan Allah. bulan puasa ni...

semoga kita perbanyakkan amalan, hindari dosa. puasa perut, puasa telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan seluruh anggota badan yang lain. biar mulut busuk pada bulan ini, tetapi nanti semerbak harum bak kasturi.