Rabu, September 26, 2007

moga Dilorongkan Hidayah

Peter Williams sudah berpuasa 10 kali Ramadan

Oleh ANGELINA SINYANG

AYER TAWAR 25 Sept. – Ketibaan Ramadan bukan sahaja begitu bermakna kepada umat Islam, malah juga kepada Pengurus Pasaraya Dindings Jaya, Ayer Tawar, Peter Williams, yang sudah genap 10 tahun ‘berpuasa’ seperti dilakukan oleh umat Islam.

Pemuda keturunan India ini yang enggan memberitahu umurnya berkata, dia tidak pernah gagal berpuasa selepas menyedari terlalu banyak kebaikan diperoleh menerusi ibadah itu.

“Rasa bagai tak percaya apabila saya berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadan sejak 10 tahun lalu seperti mana dilakukan umat Islam di negara ini.

“Perasaan bangga juga ada kerana bukan mudah untuk menahan nafsu makan, malah saya sendiri melihat ramai kenalan beragama Islam tewas setiap kali bulan Ramadan apabila mereka makan secara curi-curi dengan alasan tidak tahan lapar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kisah Williams berpuasa pada setiap kali bulan Ramadan pernah disiarkan dalam akhbar sebelum ini dan dia jadikan amalan puasa sebagai perkara yang wajib dalam hidupnya.

Sejak mengamalkan amalan itu pada 1997 sehinggalah tahun ini, dia tidak pernah ‘ponteng’ puasa, malah turut bersahur selewat-lewatnya pukul 5 pagi dan selepas itu terus berpuasa sehingga matahari terbenam.

Ditanya apakah penerimaan saudara-mara dan rakan-rakan selepas kisahnya berpuasa disiarkan dalam akhbar dua tahun lalu, Williams berkata, ramai yang menghubunginya sambil memberitahu seakan-akan tidak percaya dia mampu melakukan amalan tersebut.

“Ada yang memberi galakan dan sokongan walaupun tidak mendapat pahala sebab saya ingin menyelami budaya kaum lain, di samping menjaga kesihatan,” katanya, mengakui badan terasa lebih ringan dan jarang sakit sepanjang berpuasa.

Lebih menggembirakan, ada kariah dari beberapa masjid berhampiran tempat kerjanya mengundang dia berbuka puasa bersama mereka kerana kagum dengan ketekunannya mengamalkan amalan suci tersebut.

“Amalan seperti ini sepatutnya digalakkan di Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Kadang-kadang saya sedih melihat masyarakat negara ini biarpun tinggal berjiran dan belajar di sekolah yang sama tetapi dalam pergaulan seharian, lebih suka bercampur dengan etnik sendiri.

“Bagaimana perpaduan dapat dipupuk sekiranya semua kaum enggan bercampur gaul dan tidak memahami budaya masing-masing,” kata Williams yang menjalin hubungan rapat dengan masyarakat Melayu sejak di bangku sekolah.

Sehingga kini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu masih berkawan rapat dengan dua sahabatnya berketurunan Melayu malah setiap tahun dijemput meraikan Hari Raya Aidilfitri di rumah mereka.

Biarpun tidak meraikan Hari Raya di rumah sendiri, Williams sentiasa teruja dengan kedatangan bulan Syawal apabila setiap tahun tidak pernah gagal menempah baju Melayu untuk dipakai semasa berziarah ke rumah rakan-rakan.


10 tahun. jangka waktu yang tidak singkat. lama. peter boleh berpuasa tanpa ponteng. berpuasa daripada makan dan minum. menarik dan boleh jadi iktibar bagi orang melayu yang selang seli puasanya.

puasa dalam islam ada rukun. kena niat puasa kerana Allah. baru dikira berpuasa. puasa kerana nak jaga badan, jaga kesihatan, nak save budget dan apa niat yang tak berkaitan dibimbangi puasa kita hanya mengosongkan perut. badan sihat, slim, duit jimat adalah sampingan dan kebaikan puasa di bulan ramadhan.

"katakan sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah taala"


kita sebagai da'ie kena beri galakkan non muslim untuk berpuasa. teringat saya ketika di kampus dahulu. seorang ahli kabinet saya dalam MPMUM 02/03 ada seorang indian. panggilan mesranya Kajol. nama sebenar Nishansini a/p bashkaran GK. bulan ramadhan dia puasa dan berbuka sekali dengan kami. makan dalam talam tu.. kami selalu sembang-sembang sesama kami moga dia mendapat petunjuk ilahi. target sebelum habis sesi dia peluk Islam. tapi apakan daya hidayah itu milik Allah.. doakan beliau diberi hidayah.



Selasa, September 25, 2007

NURIN JAZLIN MANGSA KEADAAN


Assalamu'alaikum..

bertemu kembali..
sedih, marah, geram, menangis itulah sulaman perasaan yang mengiringi tika mana setiap kali membaca dan menonton kekejaman yang berlaku kepada Nurin Jazlin. Seolah-olah manusia di Malaysia ini ibarat kain buruk atau tin kosong yang boleh dipjak-pijak, disepak-sepak dan dibuang sesuka hati...

apalah dosa tubuh kecil ini sehingga nafsu gila manusia tidak membezakan nyawa dengan barangan. hanya manusia berhati kering berjiwa haiwan, berakal dungu, bersifat syaitan, berfikiran abnormal yang meletakkan dirinya lebih teruk daripada haiwan.

rata-rata masyarakat mengutuk keras dengan sikap bajingan individu yang menyeksa zahir dan batin batang tubuh nurin jazlin. kedengaran pelbagai cadangan hukuman yang setimpal dan selyaknya diterima pembunuh tersebut.. apa yang boleh saya katakan ialah wujudkanlah undang-undang Islam hudud dan qisas.


takkanlah kita masih lagi mahu mendengar rintihan masyarakat yang teraniaya dengan sikap bajingan mereka. mereka terbebas dan kita terpenjara dengan ketakutan. bimbang keselamatan diri, isteri, anak-anak , saudara mara, sahabat handai akan menjadi mangsa seterusnya bajingan ini.

marilah kita perbanyakkan membaca doa-doa perlindungan diri daripada segala mala bencana atau musibah.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي

إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"


Khamis, September 20, 2007

Selasa, September 11, 2007

malaysia merdeka

Gambar-gambar Sekitar Batu Buruk
10 September 2007









T








posted by amdang81 @ Monday, September 10, 2007

http://amdang81.blogspot.com/




MALAYSIA MASIH BELUM MERDEKA ANDAI JIWA KITA BERFIKIRAN PENJAJAH DAN JAHILIYYAH..
MALAYSIA MASIH BELUM DEMOKRASI ANDAI TINDAK TANDUK KITA TIDAK BEBAS BERAKSI MEMPERTAHANKAN HAK ASASI..
MERDEKAKAN JIWA DAN MINDA
SEMARAKKAN DEMOKRASI
MERDEKA DAN DEMOKRASI MENURUT ACUAN ISLAM...

Isnin, September 10, 2007

suka duka september

assalamu'alaikum..

september membawa cerita suka dan sedih. kenangan lampau mencetus gerimis hati. genap 9 september, usia ayah 63 tahun sekiranya masih hidup. 9 september adik bongsuku berusia 13 tahun. jarak umur 50 tahun dengan hari lahir yang sama.. takdir ilahi.

ramadhan.. bulan yang cukup berkat. adanya ruh al-quran di situ. cukup 19 ramadhan nanti, genap setahun pemergian ayahanda yang dikasihi.. sekejap. sayu mungkin famili tahun ni apabila ramadhan dilalui tanpa dirinya. moga mereka tabah dan kuat.

bersyukur kita dilahirkan di dunia mempunyai seorang ayah. ayah yang kita ada adalah ayah kita. dia yang besarkan kita. dia yang menyara hidup dengan keringat. dia yang mendidik soal kehidupan. dia yang menghantar ke sekolah sebelum bertolak ke tempat kerja. kadang-kadang jemput untuk pulang ke rumah setelah tamat pembelajaran. dia yang hantar ke universiti . dia yang bagi kewangan bulanan untuk makan minum. itu semua dulu-dulu.. bila kita ada ayah.

sekarang... semua difikirkan oleh emak.. jangan risau mak,anak-anak mak dah besar panjang. yang bongsu kami akan sara walau tak sehebat apa yang ayah beri..

al-fatihah...

Khamis, September 06, 2007

ramadhan kareem



salam ramadhan...

ahlan wasahlan ya ramadhan..

Allahumma bariklana fi ramadhan...

seminggu lagi ramadhan... bulan yang ditunggu-tunggu, dirindui. menunggu Ramadhan bukan seperti menunggu sambutan merdeka... penantian Ramadhan mestilah disiap siagakan dengan penuh kesedian menghampiri Allah azzawajal.

seminggu kedepan bukan masa kita mengisi perut semampat yang mungkin.
seminggu kedepan bukan sibuk menempah kuih-muih untuk sambutan raya yang sebulan seminggu lagi.
seminggu kedepan bukan bergaduh suami isteri mahu pulang ke kampung siapa.
seminggu kedepan sudah sedozen baju raya dibeli dan ditempah nak pakai sebulan di bulan Syawal

tetapi seminggu kedepan dinanti dengan perasaan gembira bulan rahmat kunjung tiba.
seminggu kedepan hati berdebar-debar masih berkesempatan menjengah Ramadhan buat sekalian kalinya.
seminggu kedepan sudah bercadang untuk mempertingkatkan ibadah lebih baik daripada ramadhan sebelumnya..
seminggu ramadhan sudah ada perancangan untuk bersedekah, bayar zakat fitrah, menjamu anak-anak yatim, berselawat tarawih tanpa ada hari tertinggal, meninggalkan maksiat, mengurangkan tengok rancangan tv yang tidak berfaedah.

mulakan hidup ramadhan kita dengan amal soleh.. di ambang Ramadhan, rindu membuak-buak untuk menggamit sesaat di bulan Ramadhan..



selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Selasa, September 04, 2007


Soldadu itu

Melangkah maju dan laju

Gah bersatu

Bawah naungan yang Satu

Jiwa kental

Minda perkasa

Mencicit menangkis musuh

Yang sentiasa beradu.




kenangan bersama kalian menggamit seribu pengertian ikatan mahabbah...

perihal diri saya


nama saya nur amiratushifa'. abi saya yang namakan saya. just call me shifa'. saya berusia 5 bulan. saya dah pandai pusing-pusingkan badan. macam tenggiling. nak lihat aksi saya , jemputlah ke rumah. umi saya ada kat rumah. ni gambar saya semasa di pasar payang. masa saya cuba tudung kat situ... comel kan...

salam permulaan

Assalamu'alaikum...

salam permulaan langkah pertama menyertai lama blog.. berdikit-dikit dahulu.. mungkin agak ketinggalan berbanding manusia lain yang sudah bertimbun dengan hasil karya dan cetusan minda. apapun, aku akan mula menggali ilmu Allah ini..