Selasa, November 27, 2007

bagaimanakah akhlak seorang pemimpin?

sebagai rakyat yang menyaksikan aksi yang berlaku di dalam sidang DUN Kelantan, saya tertanya-tanya di dalam diri, apakah kesabaran wakil rakyat negara ini sudah tidak wujud lagi? bagaimana wakil rakyat boleh menyerap tekanan dalam saat-saat kritikal? apakah tindakan melulu dan menyerang sedemikian amalan terbaik dalam bersoal balas? andai sesama wakil rakyat mereka boleh tendang, dengan rakyat apa sahaja wakil rakyat boleh lakukan. wajah jahiliyyah ini tidak sepatutnya diamalkan oleh seorang wakil rakyat kerana dia sepatutnya memaparkan contoh tauladan yang baik kepada rakyat.

petikan yang diambil daripada blog kickdefella

Kickdefella
Tindakan YB tadi disiarkan secara langsung ke
seluruh dunia, adakah YB kesal dengan tindakan yang
di buat atas perasaan marah?
YB PALOH
Sebenarnya saya merasakan bahawa itu perlu untuk mengajar mereka,
bahawasanya jangan menghina wakil-wakil rakyat (dari BN) dan
perkara ini jelas kepada kita walaupun seluruh dunia melihat. Tapi
saya merasakan bahawasanya itu wajar untuk kita bertindak
kepada kerajaan i
ni kerana banyak perkara-perkara yang dilakukan
tidak adil.
Kickdefella
Jadi YB merasakan bahawa tindakan wajar, walau di satu
ketika YB cuba menendang YB dari Kelaboran walaupun di dalam
dewan yang mulia?
YB PALOH
Ya, kerana beliau telah memperkatakan sesuatu yang
kesat kepada saya. Sepatutnya beliau tidak mengatakan sesuatu yang
kesat kepada saya.
WARTAWAN
Spesifik (Apa yang dikatakan)?
YB PALOH
Ahh, okey, okey
YB BN LAIN
Kena masuk dewan, ni usul nak dismiss dia..
For this, YB from PALOH deserves to be nominated for the Kickdefella Award of the year.

adakah cara menendang itu wajar dalam berdebat dan berhujah di dalam sidang DUN? YA jelas YB Paloh. jika ditanya rakyat marhain hatta pihak yang YB paloh wakili, tentu sekali akan berkata tindakannya adalah tidak wajar sama sekali. apabila timbul lagi isu, jawapan penyelesaiannya adalah dengan kaki dan tangan bukan lagi dengan mulut. wakil rakyat kena bersabar dalam berencam dalam politik. itulah asam garam berpolitik akan menerima cemuhan, pujian, bangkangan dan sokongan. pemikiran wakil rakyat sebegini perlu diperbetulkan demi melihat wakil rakyat yang ada di Malaysia ialah mereka yang berfikiran waras dan rasioal tindakan. bukan yang berfikiran seolah belum mumayyiz dan bertindak membelakangi norma dan nilai kesopanan masyarakat.

Jumaat, November 23, 2007

khabar bonda di Makkah



Alhamdulillah baru beberapa minit bonda menelefonku dari Makkah. amat dirindui suara ini. semuanya sihat. kak ma sihat. ayah ngah dan che ngah pun sihat. beritahu mak ,cuma kakinya kejang sikit berjalan jauh dari penginapan ke kaabah. moga itu tidak menggugat kudrat untuk beramal ibadah dengan sempurna. sudah beberapa hari berada di kota Makkah setelah berada lama di madinah.



mak cerita kepadaku setiap awal pagi mereka berempat menapak ke kaabah. tunaikan umrah. seronok juga kalau dapat bersama. mahu kurintih sepuas-puasnya segala dosa maksiat yang dihimpun selama ini.

permukiman mereka di sana masih panjang. sudah tentu masa yang lama ini digunakan untuk beribadah. mak... tak perlu risau kami di tanah air. laksanakanlah kewajipan mak di sana. gunalah masa ini untuk tazkiyyah diri. mintalah segala-galanya kepada Yang Esa.

jutaan manusia berkampung di makkah dengan tekad yang satu. mencari mardhotiLlah. 28000 rakyat Malaysia di sana juga mempunyai tujuan yang sama. pelbagai lapangan manusia yang hadir. anak dalam dukungan juga pun di bawa bersama. mereka yang berkerusi roda juga tidak ketinggalan. artis seperti wahid senario juga menunaikan kewajipan rukun Islam ini. pendek kata,aneka jenis manusia yang bersentuhan bahu bertawaf mengelilingi baituLlah, berpadu suara melaungkan talbiah, mengalunkan suara bertilawah al-Quran, berpakaian serba putih tanpa dijahit, bercukur kepala, menggunakan kudrat melontar jamrah, berlari-lari anak di antara saffa dan marwah, bermabit di mudzalifah.

itulah dia keindahan mengerja haji setiap tahun. umat Islam berhimpun dengan jumlah yang besar menunaikan ibadah. tidak ada dalam agama lain. falsafah daripada himpunan raksasa ini adalah untuk mengkhabarkan kepada dunia bahawa umat Islam tidak akan berkurangan malah bertambah setiap detik. kita mahu umat yang ada pada hari ini bukan seperti buih di lautan yang hilang apabila tiba di daratan. ramai tetapi tidak ada kekuatan. andai falsafah ini dihayati dan berjaya diterjemah dengan baik, sudah pasti umat Islam di dunia mempunyai jati diri yang kuat. apa pun, selamat menunauikan ibadah haji kepada semua bakal Haji dan Hajjah dan title ini diharap menambah baik personaliti diri menjadi mereka yang bertaqwa.

nukilan 3 jun 2007

Entry for 03 June 2007


HAri BAhagia! 28 Mei 2006..
ungkapan yang cukup bermakna
ungkapan keramat menjadi mercu tanda
iktiraf sudut cinta di hati
memaknakan dengan penuh santun dan dicurah dengan akal budi
segalanya dengan restu Ilahi Rabbi
di takdir untuk bersatu dan bersama
untuk meniti kehidupan yang masih belum bersisa
Ya Allah..pintaku..
titipkan rahsia cinta ini, buat insan bernama suami
setia dan teguh hati kami
dalam terus menjadikan Dikau
CINTA UTAMA KAMI..YA ALLAH..
-----kasih sayang itu adalah rahsia kehidupan yang didapati dengan iman..hanya IMAN yang teguh pada pencipta kita mampu melahirkan kasihsayang sejati..walau dengan sesiapapun dan di mana-mana jua pun..yang pasti hati milik Ilahi...maka ianya akan menjadi milik sesiapa yang dikehendaki...berhati-hati...dan bersyukurlah dengan kasih sayang yang sedang dimiliki...!

Sunday 3 June 2007 - 03:01AM (CST)


Entry for 03 June 2007

AYAHANDA
Insan teristimewa
Ayah dan abah tercinta...
kalian disuratkan untuk menjadi saudara..
telah menjadi saudara seagama dan bertemu menjadi ahli keluarga..
rasa gembira menatap wajah kalian berdua bermesra buat kali pertama..
AYAH...
Pergimu tatkala aku baru sahaja belajar mengenalimu
sebagai seorang ayah buat suamiku..
namun, kusedari..dirimu ayah mithali
pabila aku menemui kerukunan jiwa mulia
yang ada bersama dalam jiwa anakmu..
suamiku..
Terima kasih ayah...
lewat usiamu mencecah 63 tahun..12 oktober 2006, 19 ramadhan 1416H..
4.20 pagi hari khamis..dikau pergi..
walaupun sedih kami tangisi, namun, jauh disudut hati kami gembira dirimu terpilih...
menghuni taman syurga tatkala embun fajar ramadhan mula menampakkan seri..
moga-moga begitulah..doa kami abadi...

Sunday 3 June 2007 - 02:39AM (CST)




Menanti habuan!
Aiman yang comel menanti dan memperhati..
rezeki hari raya sukar dijangka!
Alahai anak buah yang comel ini..Angah sudah menghulur salam dan si comel di belakangnya bersungguh menanti gilirannya..
Rindu terubat , bertambah inspirasi dan hati terus bermeditasi..
YA Allah..limpahkan segala kebaikan buat hambaMu yang terus merintih dengan penuh damba dan hati yang tulus..Ya Allah, kurniakan kbaikan dan kekuatan hati untuk kami terus menjadi hambaMu yang akan memberi kebaikan buat ummah sejagat...Amin..
Adikku..teguhkan hatimu...dirimu menjadi sumber inspirasi buat insan yang menanti kejayaanMu!

Sunday 3 June 2007 - 02:23AM (CST)


Entry for 03 June 2007

Kesakitan ibu
Menjelang hari mulia..dirimu ditimpa malang..namun,hikmahnya luas...
sayang sekali aku tiada disisi..
emakku sayang patah tangan kanannya..nak dekat hari raya..kami anak beranak masak rendang sendiri..alhamdulillah..ramai saudara datang ziarah..erm,mak memang penyabar..
merasai keperitan menjadi seorang ibu apabila kita diuji perkara yang sama...menjadi seorang ibu...
YA Allah..pelihara keluargaku dengan taufik inayah Mu..kami mohon agar zuriat keturunan kami tetap teguh iman dan santun amalan tetap pada perintah Mu Ya Allah..amien..
tetap pada perjuangan agama Mu!

Sunday 3 June 2007 - 02:10AM (CST)


Entry for 03 June 2007


Alangkah gembira menatap wajah ayahanda dan bonda sentiasa...
Bila jiwa sepi...wajah inilah yang akan kurindui..ingin sekali kudakapi dan kugenggam erat jari jemari..ingin kutuntun abadi..tulus ke dalam diri..ingin sekali mengerti..makna susah dan payah.Menitip cerita duka dan suka sepanjang kami menjadi dewasa..
Duhai abah dan emak yang ku cinta...
Ku niatkan segala kebaikanku buat diri kalian yang kurindu dan kusayang selalu..
Doaku..kalian terus dikurniakan kebaikan dunia akhirat..dirahmati dan diberkati..dipanjangkan umur dalam taufik dan hidayah dariNya jua..amien ya Rabbal A'lamin..

nukilan isteriku pada 3 jun yang lalu... terima kasih

Selasa, November 20, 2007

Allah berhak memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki

Jumaat, November 16, 2007

AL-FATIHAH

Guru lemas selamat pelajar dibawa arus

Oleh Hamid Salleh


KENANGAN: Kad undangan perkahwinan Rosidi yang diedarkan. Gambar kecil Rosid

Hasrat Rosidi mahu kahwin bulan depan tak kesampaian

KUALA BERANG: Hasrat seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, untuk melangsungkan pernikahan pada musim cuti sekolah ini tidak kesampaian apabila lemas di Air Terjun Sekayu, petang kelmarin.

Mangsa, Rosidi Sulaiman, 27, dari Selama, Kedah, lemas ketika menyelamatkan seorang pelajarnya, Siti Amirah Zulkifly, 16, yang dibawa arus ketika mengambil contoh air di kawasan rekreasi itu kira-kira jam 4.30 petang
Allahyarham dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember ini dengan tunangnya, Siti Aina Hussuin, 24, dari Shah Alam, Selangor.
Siti Aina yang kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ketika dihubungi, berkata beliau terkejut apabila mendapat panggilan daripada rakan sebilik Allahyarham kira-kira jam 6.30 petang.
"Kali terakhir Rosidi menghubungi saya jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu akan pergi Sekayu bersama pelajarnya," katanya.
Siti Aina berkata, dia bersama keluarga pergi ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Permatang Pasir untuk melihat Rosidi sebelum dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi.
"Kami bertunang hampir setahun lalu dan kad jemputan kahwin sudah diedarkan dan saya menerima takdir Ilahi walaupun berasa kehilangannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Kamarudin Mohd Zakaria, berkata Allahyarham bersama tiga pelajar perempuan pergi ke kawasan air terjun untuk membuat kajian mengenai air di kawasan itu.
Katanya, Siti Amirah berasal dari Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan dibawa arus deras ketika mengambil contoh air.
"Allahyarham dikatakan terjun menyelamatkan pelajarnya sebelum hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui di pejabat di sini, semalam.
Kamarudin berkata, dua lagi pelajar, Nor Adilla Muhammad, 16, berasal Kota Bharu dan Nor Liyana Mohamad, 16, Wakaf Baru, Kota Bharu kemudian meminta bantuan daripada kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Teman sekampus dahulu di universiti malaya.. bersama-sama menceburkan diri dalam politik kampus walaupun berlainan proksi... pelajar Fakulti Sains. al-Fatihah..

Rabu, November 14, 2007

Selamat berangkat ke makkah bonda dan kakandaku


Selamat menunaikan ibadah haji kepada ibu dan kakakku.. moga mendapat haji mabrur. kami doakan keselamatan pergi dan pulanh.

keberangkatan pada 13 nov jam 2.30 pagi dan dijangka pulang pada 27 hb disember..

HIMPUNAN BERSIH 100 000 RAKYAT





From: Shamsul Yaacob
Sent: Tuesday, November 13, 2007 2:50 PM
Subject: The Historical Moment - 11 Nov Rally














Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung



Daripada:


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil



Coalition for Clean and Fair Elections



(BERSIH)


Tarikh:
10 November 2007




1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia .



2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci ‘semak dan imbang’ dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.



3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.



4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand , Filipina dan Taiwan . Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.



5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:



a. Sistem pilihanraya:


i. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas ‘First-Past-The-Post’ atau ‘Yang-Pertama-Melepasi-Tiang’ dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan ‘agihan-timpang’ dan ‘curang’ atau ‘tipu-belit’.


ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin.


iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.


b. Pentadbiran pilihanraya:


i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi


ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan



c. Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan:


i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);


ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;


iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan.


iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.



d. Kempen pilihanraya – Peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut:


Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;


ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ;


iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah


iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.


e. Media;


i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional


ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta


iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.



f. Kerajaan Sementara atau Caretaker


i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.


ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah


iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman


g. Daftar Pemilih:


i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’.


ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.



h. Undi:


i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;


ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa



6. Untuk jangka terdekat, BERSIH telah menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:


(a) penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;


(b) penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;


(c) pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; dan


(d) akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya.


Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.



7. Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh Negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup. Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu. Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.



8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan
a. Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
b. Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.



Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut:



Parti Politik:



1. Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan)


2. Democratic Action Party (DAP)


3. Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS)


4. Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM)


5. Sarawak Nation Party (SNAP)



Pertubuhan Bukan Kerajaan:



1. Save Ourselves (SOS Penang )
2. Tamil Foundation
3. Group of Concerned Citizens (GCC)
4. Citizens’ Health Initiative (CHI)
5. Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity)
6. Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)
7. Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT)
8. Pusat Janadaya (EMPOWER)
9. Community Action Network (CAN)
10. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human Rights ) (HAKAM)
11. Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
12. Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
13. Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS)
16. Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
17. Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association) (PUM)
18. Women’s Development Collective (WDC)
19. ERA Consumer
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy Research Institute) (UPP-IKD)
22. Malaysian Voters’ Union (MALVU)
23. All-Women’s Action Society (AWAM)
24. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition) (GAMIS)
25. Research for Social Advancement (REFSA)
26. Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM)
27. Gerakan Anti Korupsi (GERAK)
28. Citizen Think Tank
29. Police Watch Committee

Selasa, November 06, 2007

burung menyebut perkataan ALLAH



Allah itu maha pencipta..mungkin telinga kita dapat menangkap dengan jelas tutur kata seekor gagak ini. apakah perkataan yang disebutnya... ALLAH.. ALLAH.. itula kebesaran tuan empunya alam.

Isnin, November 05, 2007

Allah Pemberi Hidayah

kita sebagai da'ie kena beri galakkan non muslim untuk berpuasa. teringat saya ketika di kampus dahulu. seorang ahli kabinet saya dalam MPMUM 02/03 ada seorang indian. panggilan mesranya Kajol. nama sebenar Nishansini a/p bashkaran GK. bulan ramadhan dia puasa dan berbuka sekali dengan kami. makan dalam talam tu.. kami selalu sembang-sembang sesama kami moga dia mendapat petunjuk ilahi. target sebelum habis sesi dia peluk Islam. tapi apakan daya hidayah itu milik Allah.. doakan beliau diberi hidayah. rabu 2007 september 26 Moga Dilorongkan Hidayah


Alhamdulillah.. hari ini, hari yang amat mengujakan saya. perasaan bercampur baur. terkejut, gembira, sayu dan lega. satu berita yang ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan. itulah yang dikatakan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Doa itu senjata Mukmin. kalian pasti masih ingat pada cerita di atas. seorang hambaNya yang sentiasa dalam ingatan kami di dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2002/2003.Nishansini a/p bashkaran GK dikenali dengan Kajol.

sahabat saya yang juga MT MPMUM sesi ini membawa perkhabaran gembira buat umat Islam. terima kasih Nor Hidayah Kassim atas info bahagia ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa sahabat-sahabat yang mengenalinya, Nishansini telah memeluk Islam sebuah agama yang benar sebelum ramadhan .Allahu Akbar.

hati mana yang tidak sayu.. air mata mana yang tidak mahu menitis.. mendengar khabar gembira.. orang yang kita kenali telah bersama-sama dengan agama kita. saya doakan Nisha akan menjadi muslimah solehah. yang berpegang teguh pada ajaran islam. kita maklum pasti banyak cabaran yang akan ditempuhinya baik daripada keluarganya atau masyarakat sekeliling.