Jumaat, Februari 27, 2009

Emosi Menguasai Tindakan


Seorang tua penjual nasi lemak sedang melaksanakan rutin hariannya. Menghantar seberkas nasi lemak ke warungnya untuk dijual pada malam hari. Warungnya amat dikenali bertahun-tahun oleh penduduk sekitar Pantai Dalam. Seperti biasa motor kapcainya yang sudah lusuh menjadi tunggangannya untuk membawa seberkas nasi itu. Sampai di selekoh betul-betul hadapan kedainya, pakcik ini cuba menyeberang jalan dengan tangan kirinya memeluk bekas nasi yang agak tinggi tadi, manakala tangan kanannya memegang handle motorsikalnya.

Tiba-tiba, sebuah motorsikal yang dinaiki pemuda India melanggar motorsikal pakcik tadi sehingga habis semua nasi lemaknya bertaburan dan pakcik tadi terlentang jatuh ke jalan raya. Pemuda India tadi juga jatuh. Orang ramai mula berkeru
mun dan menolong pakcik tadi yang masih terlentang. Tidak ada kecederaan yang teruk melainkan sakit-sakit di badan. Pemuda India tadi mungkin juga sakit-sakit tetapi dia masih mampu bangun dan cergas seperti sediakala.

Pemuda India tadi bertegas menyatakan yang dia tidak bersalah kerana dia sudah memperlahankan motorsikalnya dan membunyikan hon motorsikalnya kepada pakcik tadi. Mereka yang berada di situ tidak berpuas hati lalu 2 orang lelaki mula bertindak kasar dengan menarik baju dan menolak pemuda India itu. Pemud
a India tidak melawan dan cuba menghubungi keluarganya dengan handsetnya untuk datang membantu. Tiba-tiba, kelihatan seorang lelaki yang bertopi, bertindik dan berbadan kurus seperti mat pit mengeluarkan pisau mengacu kepada pemuda India tadi. Orang ramai agak panik dengan situasi tersebut dan cuba menenangkan lelaki tadi. Kebetulan ada mata-mata di situ dan menenangkan keadaan sehingga polis datang. Lelaki tadi tiba-tiba hilang daripada pandangan.

Inilah situasi sebuah drama benar yang disaksikan semalam. Saya juga pernah menyaksikan seorang tukang masak di sebuah R&R mengacukan pisau kepada pelanggannya apabila pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan kasarnya kepada anak mereka. Saya yakin perkara ini berlaku apabila emosi menguasai tindakan. Apabila emosi yang menguasai keadaan, daya akal manusia tidak lagi rasional dan akan bertindak luar kawalan.

Sebenarnya perkara ini boleh dicegah dengan menjadikan akal menguasai tindakan. Apabila manusia itu berakal dan berfikiran waras, dia akan menggunakan
timbangtara yang rasional untuk menerbitkan tindakan yang betul. Contoh situasi kemalangan di antara pakcik dan pemuda India tadi, tidak sepatutnya amarah yang akan menjadi penyelesai masalah andai akal di hadapankan. Kemalangan yang berlaku tidaklah sampai meragut nyawa pun sehingga mahu dijadikan pisau sebagai penyelesaiannya.

Saya melihat 2 perkara. Pertama, lelaki tadi mahu memperagakan yang dia seorang hero dan boleh menyelesaikan masalah dengan mudah. Kedua, sentimen b
angsa mengaburi sikap rasional lelaki tadi. Kedua-dua ciri ni sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam kerana ada unsur riak dan asobiyyah seperti yang berlaku kepada tradisi bangsa Arab jahiliyyah dahulu.

Selain itu, pemudaIndia tadi juga harus matang dengan tidak teru
s menyerang pakcik tadi dengan menyatakan pakcik itu salah, begitu dan begini. Malah beranggapan, dia sahaja yang betul. Sedangkan pemuda India tadi membawa motorsikalnya terlalu laju di kawasan yang sibuk dalam hujan yang renyai-renyai. Alangkah molek pemuda India tadi menyantuni dahulu pakcik tadi dan memohon maaf dahulu dan berbincang dengan cara hemah.Andai pemuda India bersikap demikian, sudah tentu orang ramai tidak berbulu melihat tingkah lakunya.



Kesimpulan, jadikan akal sebagai pemandu dalam segala tindakan. Jangan jadi seperti Pemuda UMNO yang bacul menyerang golongan OKU semata-mata Karpal Singh begitu lantang menyatakan mereka itu 'CELAKA'. Hal ini berlaku apabila emosi mengusai tindakan. Maaf isteriku sebab terlambat pulang membeli char koey tiaw kerana drama semalam berlaku hampir denganku.

1 ulasan:

Awanama berkata...

oo..macamtu kisahnye..riso sebab hujan lebat..pastu balik naik moto..Mata-mata tu stand for polis la ye..polis sekarang dah tak pakai mata kalau menengok..diorang pakai teropong..baru boleh nampak..hehe..Moga ada rezeki lain buat pakcik tu..kesian..moga selamat sume..amin..