Rabu, Februari 11, 2009

ceritera rakyat jelata

Riuh-rendah rakyat jelata tatkala kedengaran Memanda Besar nak dilantik. Rasanya Memanda Besar yang dulu sihat bugar lagi. Tidak kedengaran mahu berundur lagi, hatta nak digulingkan lagi. Rakyat jelata jadi bingung dan panik. Malapetaka apa pula yang terjadi. Baru sahaja rakyat jelata mengendurikan 14 ekor lembu sambut berjayanya rakyat jelata di negeri Terang Nung memilih memanda kehendak rakyat. Bahkan masih bersahut-sahut lagi kenduri kendara tanda kesyukuran nak dilangsungkan. Kelam kelibut semua YB negeri Perakan bila Raja dah lantik Memanda Besar baru. aik.. macam mana ni sudah ada 2 Memanda Besar ni di negeri Perakan. Rakyat jelata mula panik. Apa salah pemerintahan dulu. Ada banyak buat silap ke hatta raja pun sudah menukarkannya.

Rakyat jelata berkumpul seusai solat jumaat. Ramai sungguh. Tidak terkira dengan jari jemari. Muka-muka mereka beremosi seolah menahan amarah. Pasukan keamaan sudah bersiap sedia atas arahan Timbalan Memanda Perdana.Rakyat mula bergerak. Pasukan keamanan cuba menahan. Rakyat merempuh. Pasukan keamanan menggila melepaskan tembakan. Rakyat bertempiaran menahan kepedihan. Pasukan keamaanan tangkap sembilan.

Rakyat Perakan pakat-pakat marah. Semua yang dilihat beria menunaikan kehendak perlantikan Memanda Besar yang tidak disukai rakyat, dihamun. Raja dan Penasihat Agama juga dihamun. Pemerintah parti Berusan Nyiur lega dapat rampas pemerintahan daripada Parti Padi Ragi. Gelojak rakyat tak dapat dibendung. Sokongan kepada Memanda Besar yang awal tak berbelah bahagi lagi. Rakyat kulit putih, kulit gelap, kulit koko semua tak setuju adanya Memanda Besar yang satu lagi.

Barulah rakyat jelata tahu, 3 orang YB Parti Padi Ragi berpaling tadah. Keluar parti nak berjuang sorang-sorang. Sambil berjuang sorang-sorang, mereka sokong Parti Berusan Nyiur. Sebab tu, Parti Berusan Nyiur buat kesimpulan mereka boleh majoriti untuk ambil alih kuasa. Terus isytihar mereka yang berkuasa di negeri Perakan. Sampai sekarang rakyat jelata tidak tahu apa yan terjadi dengan 3 orang YB BAbas itu. Tau-tau 2 orang pakat-pakat sakit sampai kena tangguh kes mereka pasal dinar yang diterima mereka dulu. Dulu ada sorang juga daripada Parti Berusan Nyiur yang masuk Parti Padi Ragi, tapi keluar semula masuk Parti Berusan Nyiur. Apa sebabnya tidak pasti. Rakyat perasan mukanya monyok lepas masuk Parti lamanya itu.

Rakyat terus menunggu-nunggu apa pula terjadi di negeri Perakan. Sudah ada 2 Memanda Besar. Mahu diikut yang mana. Rakyat jelata masih hendak Memanda Besar yang awal. Yang kedua rakyat tak iktiraf. Yang iktiraf hanya juak-juak parti Berusan Nyiur.

Tetiba, perancangan Tuhan memberi petanda sekali lagi. Mahu diadakan sekali lagi pemilihan memanda selepas memanda di Bukit Gemuntang meninggal. Memanda itu dari Parti Padi Ragi. Memanda Bukit Gemuntang itu dulu orang Persatuan Ugama Perakan dan juga pengamal rawatan islam. Semua YB Parti Padi Ragi siap sedia untuk memberi isyarat bahawa mereka masih relevan pada rakyat jelata. Andai menang benarlah mereka. Andai kalah benarlah Parti Berusan Nyiur. Rakyat jelatalah yang akan tentukan siapa yang sebenarnya di hati mereka.

Tiada ulasan: