Jumaat, Februari 20, 2009

Ceritera Rakyat 2

Suyut bersedia menggalas tugas. Segala kelengkapan sudah siap. Tunggu hari dan ketikanya sahaja akan berangkatlah suyut ke Bukit Gemuntang. Bukit Gemuntang berada di negeri Perakan. Negeri yang dahulunya ada MemandaBesar muka ala-ala orang negara negara Cihna. Memanda Besar ini pun boleh cakap bahasa orang Cihna dan bahasa orang Indira. Bahasa orang-orang negeri atas angin lagi lah dia boleh.

Tetiba Suyut terdengar semboyan istana bersahut-sahutan. Pada pemikiran Suyut, jika semboyan istana berbunyi sudah tentu ada berita penting yang akan dikhabarkan.Tanpa berbasa-basi, Suyut bergegas ke istana bersama rakyat jelata mahu didengari apakah pula berita yang hendak disampaikan.

" Wahai seluruh rakyat jelata. Satu lagi bukit perlu kita pertahankan. Musuh mahu merampasnya daripada jajahan kita. Andai rebah bukit ini, negeri Kerisdah berada dalam bahaya. Bila-bila masa akan jatuh di tangan puak Ambino daripadan Part Berusan Nyiur " laung tukang cakap istana.

Suyut terkesima. Apakah pula yang berlaku di negei jiran Perakan ini. Kerisdah sebuah negeri yang membekal makanan ruji kepada rakyat jelata. Andai ditawan maka, terputuslah bekalan makanan rakyat jelata. Kedengaran ke telinga Suyut perbualan rakyat jelata bahawa Bukit Serimbau yang mahu ditakluki puak Ambino.

Daripada risikan yang diterima Suyut, hari cubaan menawan 2 bukit ini pada hari yang sama iaitu 7 April. Maksudnya, suyut tidak boleh berada 1 masa dalam 2 tempat berbeza. Oleh itu, perlu dibentuk pasukan lain yang memimpin ketumbukan di sana. Maka Suyut melantik Nehwan sebagai komander membawa ketumbukan daripada seluruh pelusok negara membantu ketumbukan pasukan yang telah dibentuk di negeri Kerisdah.

Puak Ambino adalah satu puak yang sangat bengis, kotor dan jijik. Puak ini akan lakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Kejayaan ulung mereka yang terbaru ialah berjaya melantik Memanda Besar yang kedua di negeri Perakan. Sungguhpun itu menyebabkan negeri Perakan bergolak dan tidak aman. Puak Ambino cuba untuk menakluki negeri Kerisdah dengan menawarkan YB Bukit Serimbau untuk menyokong Ambino atau didedahkan salah laku memanda ini kepada rakyat jelata. Atas dasar setiakawan YB Bukit Serimbau sanggup melepaskan jawatan dan menyerahkan kepimpinan Kerisdah untuk pertahankan Bukit Serimbau.

Bibir Suyut tidak pernah lekang dengan zikir. Suyut yakin dengan mengingati Allah segala-galanya akan berlaku dalam lingkungan kerahmatan Tuhan. Suyut juga yakin 2 bukit ini mampu rakyat jelata pertahankan. Suyut juga sentiasa pastikan anak-anak buahnya sentiasa membasahi bibir mereka dengan zikir.

Dalam kesibukan rakyat jelata bersiap-siaga untuk menghadapai redahan puak Ambino di 2 bukit ini, Suyut dikejutkan dengan mendapat berita 1 lagi bukit sedang bergolak disebabkan anasir puak Ambino. YB Bukit Linjun diaibkan. Habis semua perihal dirinya di rumah didedahkan. Katanya gambar YB Bukit Linjun ini sedang mandi dirakam dan disebarkan di alam maya. Malu sekali YB Bukit Linjun dibuatnya. Lebih-lebih lagi dia seorang binti yang berbangsa Cihna. Suyut geleng kepala. Ganas sekali kerja puak Ambino mahu menakluki negeri jajahan Parti Padi Ragi ini. Bukit Linjun berada di negeri Selang Guru. Sebuah negeri yang cukup kaya dengan hasil mahsul dan rakyatnya yang bijak-bijak. Kemodenannya amat pantas dan banyak teknolgi canggih dibangunkan di negeri Selang Guru.

Suyut membilang-bilang. Sudah ada 3 bukit mahu dipertahankan. Apakah berdaya rakyat jelata menghadapinya. Rakyat jelata akui yang mereka tidak mempunyai kekuatan dari sudut harta dan sebaran. Puak Ambino daripada Parti Berusan Nyiur sudah tentu menggunakan segala upaya untuk menawan dan menyebarkan anasir tipu daya mereka. Apa yang Suyut harapkan rakyat jelata dapat bertahan dan Allah bersama-sama dengan mereka.

Tiada ulasan: