Selasa, Oktober 02, 2007

pilhanraya kampus

Assalamu'alaikum

2 oktober.perkembangan terkini di kampus semakin menarik di kebanyak IPTA. cerita sedikit di Uni Malaya. desakan pengguguran 16 calon yang tidak sah bertanding diteruskan oleh pro-mahasiswa dengan difailkan satu surat serahan tangan mahkhamah kepada TNC HEPA selaku pengerusi SPR. namun masih belum ada keputusan yang dibuat oleh TNC dengan lebih banyak membisu daripada terus dilema merungkai persoalan rumit baginya. tekanan demi tekanan diberikan dengan kutipan tandatangan referendum semakin meningkat mendesak TNC meletak jawatan di atas kegagalan mengendalikan SPR dengan baik.

perjalanan PRK hari ini seperti biasa dengan 16 calon tua ini masih bebas. apa pun kita mendoakan bulan mulia ini dibuka ruang kebenaran kepada paksi haqiqi.

1 oktober merupakan haru terakhir kempen menyaksikan pelbagia rentak dan aksi berlaku. pro mahasiswa mengadakan himpunan aman memnbantah 16 calon tua di perkarangan Gazebo menuntut TNC HEPA turun berjumapa mahasiswa memberi penjelasan. setelah sekian lama menunggu TNC masih tidak menampakkan batang hidungnya. maka perarakan bantahan diteruskan ke Dewan Tunku Canselor. kain rentang yang menarik perhatian pengguna-pengguna jalanraya menyemarakkan lagi perarakan ini.

insiden-insidean keganasan juga berlaku apabila penyokonmg pro mahasiswa dilanggar van dan dilanggar motor oleh penyokong aspirasi. ini adalah tindakan tertekan aspirasi setelah pelbagai usaha mengekang kemaraan pro mahasiswa gagal.


bersambung.....

Tiada ulasan: