Peter Williams sudah berpuasa 10 kali Ramadan
Oleh ANGELINA SINYANG
AYER TAWAR 25 Sept. – Ketibaan Ramadan bukan sahaja begitu bermakna kepada umat Islam, malah juga kepada Pengurus Pasaraya Dindings Jaya, Ayer Tawar, Peter Williams, yang sudah genap 10 tahun ‘berpuasa’ seperti dilakukan oleh umat Islam.
Pemuda keturunan India ini yang enggan memberitahu umurnya berkata, dia tidak pernah gagal berpuasa selepas menyedari terlalu banyak kebaikan diperoleh menerusi ibadah itu.
“Rasa bagai tak percaya apabila saya berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadan sejak 10 tahun lalu seperti mana dilakukan umat Islam di negara ini.
“Perasaan bangga juga ada kerana bukan mudah untuk menahan nafsu makan, malah saya sendiri melihat ramai kenalan beragama Islam tewas setiap kali bulan Ramadan apabila mereka makan secara curi-curi dengan alasan tidak tahan lapar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Kisah Williams berpuasa pada setiap kali bulan Ramadan pernah disiarkan dalam akhbar sebelum ini dan dia jadikan amalan puasa sebagai perkara yang wajib dalam hidupnya.
Sejak mengamalkan amalan itu pada 1997 sehinggalah tahun ini, dia tidak pernah ‘ponteng’ puasa, malah turut bersahur selewat-lewatnya pukul 5 pagi dan selepas itu terus berpuasa sehingga matahari terbenam.
Ditanya apakah penerimaan saudara-mara dan rakan-rakan selepas kisahnya berpuasa disiarkan dalam akhbar dua tahun lalu, Williams berkata, ramai yang menghubunginya sambil memberitahu seakan-akan tidak percaya dia mampu melakukan amalan tersebut.
“Ada yang memberi galakan dan sokongan walaupun tidak mendapat pahala sebab saya ingin menyelami budaya kaum lain, di samping menjaga kesihatan,” katanya, mengakui badan terasa lebih ringan dan jarang sakit sepanjang berpuasa.
Lebih menggembirakan, ada kariah dari beberapa masjid berhampiran tempat kerjanya mengundang dia berbuka puasa bersama mereka kerana kagum dengan ketekunannya mengamalkan amalan suci tersebut.
“Amalan seperti ini sepatutnya digalakkan di Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Kadang-kadang saya sedih melihat masyarakat negara ini biarpun tinggal berjiran dan belajar di sekolah yang sama tetapi dalam pergaulan seharian, lebih suka bercampur dengan etnik sendiri.
“Bagaimana perpaduan dapat dipupuk sekiranya semua kaum enggan bercampur gaul dan tidak memahami budaya masing-masing,” kata Williams yang menjalin hubungan rapat dengan masyarakat Melayu sejak di bangku sekolah.
Sehingga kini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu masih berkawan rapat dengan dua sahabatnya berketurunan Melayu malah setiap tahun dijemput meraikan Hari Raya Aidilfitri di rumah mereka.
Biarpun tidak meraikan Hari Raya di rumah sendiri, Williams sentiasa teruja dengan kedatangan bulan Syawal apabila setiap tahun tidak pernah gagal menempah baju Melayu untuk dipakai semasa berziarah ke rumah rakan-rakan.
10 tahun. jangka waktu yang tidak singkat. lama. peter boleh berpuasa tanpa ponteng. berpuasa daripada makan dan minum. menarik dan boleh jadi iktibar bagi orang melayu yang selang seli puasanya.
puasa dalam islam ada rukun. kena niat puasa kerana Allah. baru dikira berpuasa. puasa kerana nak jaga badan, jaga kesihatan, nak save budget dan apa niat yang tak berkaitan dibimbangi puasa kita hanya mengosongkan perut. badan sihat, slim, duit jimat adalah sampingan dan kebaikan puasa di bulan ramadhan.
"katakan sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah taala"
kita sebagai da'ie kena beri galakkan non muslim untuk berpuasa. teringat saya ketika di kampus dahulu. seorang ahli kabinet saya dalam MPMUM 02/03 ada seorang indian. panggilan mesranya Kajol. nama sebenar Nishansini a/p bashkaran GK. bulan ramadhan dia puasa dan berbuka sekali dengan kami. makan dalam talam tu.. kami selalu sembang-sembang sesama kami moga dia mendapat petunjuk ilahi. target sebelum habis sesi dia peluk Islam. tapi apakan daya hidayah itu milik Allah.. doakan beliau diberi hidayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan