3 oktober. Pilihanraya Kampus semakin rancak. Ramadhan tidak menghalang mereka untuk menyatakan idealisme mereka. Fokus saya kepada universiti
Insiden kedua yang saya terima ialah berlaku sedikit kekecohan berlaku di kem Aspirasi apabila seorang penyokong pro-Mahasiswa menampar penyokong Apirasi. Rentetan ini berlaku apabila Pro-Mahasiswa ini meminta gambar mahasiswi yang diambil tanpa kebenarannya dalam keadaan dia berada di bilik dan tidak memakai tudung pada khamis lalu. Apabila gambar yang diambil itu tidak diberi sambil menyindir-nyindir tentang tudung, maka habuannya ialah penampar; jawapan terbaik. Teringat saya kisah di zaman rasulullah s.a.w apabila seorang yahudi membuka niqab seorang muslimat sehingga tercetus peperangan antara Islam dan kaum Yahudi demi membela maruah muslimat.
Saya berkesempatan bersama-sama mahasiswa Universiti Malaya dan beberapa senior yang masih sanggup bersengkang mata semalam di Dewan Tunku Canselor untuk mendengar keputusan pengundian. Kedatangan pada jam 10 malam menyaksikan mahasiswa sudah berkumpul di perkarangan luar DTC dan tidak dibenarkan memasuki DTC melainkan calon dan wakil-wakil calon. Saya sempat menyaksikan pelbagai event yang dianjurkan oleh pro-mahasiswa dn Aspirasi dengan
“Hidup, hidup Mahasisswa”“Hancur,hancur! Aspirasi”,
“tolak, tolak. Penipuan!” “ Tahniah, tahniah Apirasi, ikut kami demonstrasi”
“We unite for UM”
“ Apirasi sudah berpecah, En. Wira tak suka kalam, En. Kalam tak suka Wira”
“ hancur,hancur! Gagasan”, Hidup.hidup Aspirasi”
“ UM is One”
Tahniah presiden PMIUM Sdr Dzulkhairi Md Noor kerana masih berkesempatan memberi tazkirah dan kata peransang kepada penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa yang didengari bukan setakat Pro-Mahasiswa tetapi seluruh mereka yang berada di situ termasuk Aspirasi dan bangsa lain. Doa yang dibacanya cukup cantik dan jelas memberi kesan kepada lubuk hati mereka yang mendengarnya.Penantian selama 5 jam akhirnya berakhir dengan pengumuman bahawa tidak ada sebarang keputusan kerana pilihanraya semula akan diadakan di kolej 12. Maklumat awal yang diterima Pro-Mahasiswa mendahului di kerusi Umum dengan 5 kerusi. Penangguhan ini merupakan satu kemenangan moral kepada pro-mahasiswa dan satu demoralize kepada Aspirasi. Ternyata Aspirasi lebih suka menipu walaupun di bulan Ramadhan.
Berburu ke
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan