Jumaat, Ogos 14, 2009

Ustaz Asri Rabbani- Pemergianmu Dirasai


Assalamualaikum..

Ketika melayari Facebook semalam, terpapar berita yang mengejutkan iaitu perginya seorang insan yang diakui kebaikannya; Ustaz Asri Ibrahim. Waktu itu bagaikan tidak percaya dan terus kumencari kepastian dengan melayari akhbar-akhbar maya. Ya, pasti. Insan itu sudah tiada. Lalu kukhabarkan mereka yang ada berhampiran denganku di Seminar Pakatan Rakyat. Ustaz Halim, Dr Dzulkifly, Ustaz Khairuddin, Wan Joe dan lain-lain. al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim. Takziah buat ahli kelurga Ustaz Asri dan anggota kumpulan Rabbani. Gambar suasana di rumah Ustaz Asri.

Tidak banyak kenangan yang dapat kutitipkan dengan Ustaz Asri. Seingat aku, aku dibesarkan dengan nasyid-nasyid alunan suara beliau. Siapa yang boleh lupa lagu Sunnah Orang Berjuang yang menjadi tema nasyid dalam program-program islami. Siapa boleh lupa lagu 'Assalamualaikum'. 'Kerlipan Cinta', 'Handzalah', Intifadha, "Cari Pasangan""Anak Soleh". Lagu 'Pergi Tak Kembali' paling memberi kesan jika diingat kembali. Muzik lagu ini sentiasa menjadi muzik latar dalam persembahan multimedia ketika di alam kampus sebagai alternatif kepad muzik lain.

Aku terpegun dengan suara beliau ketika zaman sekolah rendah lagi. Ketika itu Ustaz Asri berada dalam Nadamurni. Antara bait-bait lagu yang aku ingat " berjuang memang pahit... kerana syurga itu manis.. antara dua pasti terjadi, tunggulah syahid atau menang" - Sunnah Orang Berjuang. " wahai kaum muslimin, mari kita berjihad, fisabilillah, fisabilillah....". "Bila nur melimpah di hati, manusia... dari alam kegelapan..." . " kalau mahu dicoretkan rasanya tidak termampu.

Antara kenangan yang dapat dirakamkan ialah ketika persembahan Rabbani di Konsert Kampusia sempena Eskum 2002. Sempat menyaksikan persembahan beliau. Yang paling terakhir aku berjumpa secara live dengan Ustaz Asri ialah ketika berhenti solat di R&R Lebuhraya KL-Putrajaya. Ketika itu Maghrib , aku berhenti solat di situ dan menjadi masbuk kepada ustaz Asri yang menjadi imam. Lunak bacaan beliau. Air mata ini pasti bergenangan bila terdengar alunan suara Ustaz Asri di radio Ikim hari ini.

Sehari sebelum beliau pergi, sempat meneliti nasihat beliau kepada Akhil Hayy di dalam Mstar.com.my. Itulah ketentuan Allah. Yang hidup pasti mati. Bersiap siagalah kita ke arahnya.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku." -Kata-kata Ustaz Asri di dalam blognya.

Tiada ulasan: