
7-9 Ogos kami berkesempatan ke Pulau Langkawi. Inilah kali pertama aku sampai di sini. Penginapan yang menjadi pilihan tidak jauh daripada Lapangan Terbang Langkawi. Bersebelahan sahaja iaitu Hotel Helang. Ok juga hotel ini, 2 katil bersaiz queen. tapi bilik 514 ini ada masalah juga iaitu bilik airnya bertakung...Jumaat kami sampai pada jam 7 lebih kurang.. Malam tu terus call kawan-kawanku di sana iaitu Rokhaimi dan Zulkifli. Lama betul tidak jumpa depa... 4 tahun dah kut rasanya... Jumpa-jumpa depa sudah ada perubahan fizikal terutamanya Rokh.hihihihi.. Lepak-lepak sekejap di bilik hotel layan kenangan lampau.

Sabtu pepagi lepas sarapan di hotel, Zul datang dengan Honda City yang dikecualikan cukai 30%. Kami berpergian ke pantai Chenang dengan 2 kereta.. Abang Asnul bawa kereta sewa hotel. Singgah di Laman Padi ambil gambar sikit. Selepas tu pi Pantai Chenang. Kebetulan hari ini angin dan ombak kuat. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pekan Kuah. Apa lagi mencari jualan pinggan mangkuk dan coklat yang dikatakan murahlah. Destinasinya ialah Haji Ismail Group yang billboardnya 'Hijau Putih". Berbelilah mereka yang suka membeli. Kemudian



Menaiki Kereta Kabel seronok juga. Kebetulan hari agak ramai pelancong asing dan tempatan yang datang disebabkan semalam kereta kabel tidak boleh naik kerana cuaca tidak mengizinkan.Ketinggian yang kami naik ialah 710 meter. Duduk atas awan tu. Kereta kabel ini bergerak memakan masa 20 minit. Dengan ukuran sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia. Dari kereta kabel kita dapat menyaksikan keindahan air terjun Telaga Tujuh. Berbaloilah dengan harga RM15 seorang.

Selepas selesai menaiki kereta kabel ini kami berkenalan dengan rusa-rusa yang jinak. Inilah kali pertama aku pegang rusa. Selalu makan daging rusa je. Cadangnya nak naik gajah tetapi mahal sangat RM50 untuk 5 minit je.. baik naik jongkang jongket. Rokh datang dalam 12. 45 untuk bawa kami ke destinasi seterusbya iaitu Underwater World Langkawi. Dalam perjalan kami batalkan dan kami singgah makan di Padang Matsirat, makan ikan keli bakar. Rokh terpaksa tinggalkan kami di sini kerana dia perlu bergegas ke sekolah. Terima kasih The Rokh. Selepas makan kami pulang ke hotel dan bersiap-siap untuk menaiki flight jam 7.15 malam.Pulang ke Kuala Lumpur dengan mengkelek seribu kenangan dan merasai kemanisan bersahabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan