Isnin, Mac 30, 2009

Pertahankan Bukit Uhud Itu


http://greensocialis.blogspot.com/


Menyertai perarakan kem BN ketika penamaan calon membolehkan saya membuat sedikit analisis. Sudah dijangkakan penyokong PR akan berbondong-bondog hadir daripada seluruh pelusuk tempat di Malaysia. Hatta daripada Sabah pun ada yang datang. Oleh itu, saya mahu mengikut rombongan BN untuk melihat sendiri bagaimana keadaan penyokong BN meraikan hari penamaan calon.

Ketibaan saya sebelum jam 9 pagi memberi kesempatan kepada saya menyaksikan pergerakan penyokong BN. SPR telah menempatkan kedudukan penyokong kedua-dua parti berkenaan. saya dapati kaum India di kem BN agak ramai berbanding kaum lain. Malahan kaum Melayu pun masih tidak begitu ramai memenuhi tempat permulaan perarakan mereka.

Calon mula bergerak bersama-sama pimpinan komponen BN dan saya mengekori di belakang. Kelihatan baju-baju mereka memaparkan pelbagai jenis perkataan dan ayat. Ada yang tertulis, Pemuda MIC, Puteri Umno, Briged Mohon Restu, Daulat Tuanku dan lain. Ada juga yang berbaju Melayu sepasang menandakan bahawa mereka adalah pendokong orang Melayu. Ada yang memakai selempang bertulis Daulat Sultan. Pelbagai kain rentang dan sepanduk dibawa.

Setelah tiba di tepi padang, kedengaran penyokong-penyokong BN mula mengeluh. Hal ini terjadi apabila mereka melihat kedudukan strategik untuk penyokong Pakatan Rakyat di seberang sana. Kedudukan berbukit, dilindungi teduhan pokok dan kehadiran yang menakjubkan menyerlahkan keizzahan penyokong Pakatan Rakyat.

" Uish.. atas bukit tu", " Ramainya depa, jom kita pi sana" "Ooo.. Hang nak belot ek".

Ini adalah ungkapan yang sempat saya dengari. pandangan pertama mereka menyebabkan mereka telah demoralize. Kedudukan penyokong-penyokong BN amat tidak menyebelahi mereka. Pada awalnya, mereka menjangkakan penempatan mereka di situ adalah strategik kerana memudahkan mereka memasuki kawasan padang yang luas. Tetapi meeka tidak mengkaji tentang struktur geografi dan kedudukan matahari yang boleh mempengaruhi suasana pada hari semalam. Berada di tepi padang yang becak, kedudukan matahari yang bertentangan dengan mereka, tidak banyak pokok yang boleh melindungi cahaya matahari memeritkan kulit mereka, kehadiran yang tidak memberangsangkan adalah faktor moral dan semangat mereka berkurangan.

Sepanjang saya berada di situ, yang kelihatan tetap teguh dan utuh di depan ialah golongan yang tahan dengan cuaca panas iaitu kaum India. Makcik-makcik tudung merah, pemuda-pemuda berkulit sawo matang dan putih, terkial-kial mencari tempat berteduh. Sekali sekala sahaja mereka menjerit-jerit, bernyanyi-nyanyian dan melaung-laungkan slogan untuk membakar semangat yang hadir.

Saya perhatikan keadaan mereka tidak berkompas iaitu tidak ada leader untuk memandu event mereka di tepi padang. Walaupun mereka menjerit sekuat hati " Hidup UMNO", "Hidup Melayu" dan sebagainya, tidak ada yang menyambut laungan itu dengan semangat waja. Mereka membatukan diri sambil takjub melihat lautan manusia di seberang sana. Kadangkala kedengaran juga puteri UMNO menyanyikan lagu rasmi UMNO dan lagu perwira, tetapi di belakang kelihatan ramai yang sedang berkipas-kipas kepanasan di bawah teduhan pokok dan bangunan. Oleh sebab tidak berdaya melawan dengungan doa wehdah, takbir, lagu Amal, gendangan kumpulan penyokong india dan kemampuan penyokong Pakatan Rakyat membuat Mexican Wave di sebarang sana, mereka mula memberi pandangan negatif sesama mereka kepada penyokong pakatan Rakyat.

" Tengok tu, depa guna budak kecil.Depa tak tau ka, budak-budak tak tau apa-apa. Kecil lagi. Inilah buat depa jadi fanatik dengan parti"

" Kata orang rasuah. Depa tu yang rasuah banyak lagi"

Pemuda-pemudi harapan mereka yang duduk rapat-rapat tanpa segan silu menggayakan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang berjoget dengan menghayunkan kepala apabila bunyi gendang dipalukan oleh penyokong India Pakatan Rakyat. Mencarut sudah jadi amalan normal mereka. Bahkan orang-orang tua yang menyaksikan di situ hanya tersenyum tanpa menegur perangai mereka yang suka mencarut-carut itu. Mungkin mereka meredhai perbuatan tersebut dan tidak kisah andai anak-anak mereka berperangai sedemikian.

Sebelum hampiri jam sebelas, sudah kelihatan mereka meninggalkan kawasan tersebut. Ramai yang bergerak pulang dengan muka yang tidak begitu ceria. Peluh yang membasahi mereka membuatkan mereka rimas dan mahu segera meninggalkan tempat itu. Saya juga bergerak keluar bersama-sama mereka. Saya akan ke kumpulan besar penyokong Pakatan Rakyat pula. Tidak mahu ketinggalan merasai enak dan nikmat berhimpun besar-besaran bersama mereka.

Daripada : Sang Saga

Tiada ulasan: