Selasa, Mac 10, 2009

Monolog Diri

Assalamualaikum..

Aku tidak sempat untuk mengisi apa-apa dalam blog ini. Beberapa problema timbul. Internet yang 'weng', balik kampung, suami makcik orang rumah meninggal,menguruskan blog yang satu lagi, selalu ke Perak dan macam-macam. Ini merupakan alasan yang aku mahu buat. Walhal, semuanya boleh tidak menjadi masalah sebenarnya. Minggu lepas, aku banyak mendekorasikan blog. Mahu dilihat lebih menarik dan segar ditatapi. Alhamdulillah, setelah beberapa hari membungkamkan mata, ia sudah boleh dibanggakan atas hasil kerja sendiri.

PPSMI aku amat sokong. Sokong kepada penghapusannya. Tidak sangka mood rakyat masih menebal dengan semangat cintakan rakyat dan bahasa ibunda apabila limpahan manusia mengunjungi masjid negara semata-mata mahu bersama-sama dengan cendekiawan dan sasterawan yang mahu pengajaran sains dan matematik kembali kepada Bahasa Melayu. Bolehlah dikatakan ini & Mac 2009 adalah rentetan perasaan meluat rakyat dengan pendirian pemerintah yang selalu berbolak-balik dan tidak demokratik dalam mentadbir negara. Bermula kes rampasan kuasa di Perak dan akan berterusan ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai rakyat akan terus menuntut pembelaan yang sewajarnya. Kerajaan sepatutnya sudah sedar bahawa ini adalah mood rakyat dan signal untuk memiliki sebuah negara yang berprinsip ke arah kebajikan dan kesaksamaan.

Minggu lepas juga adalah minggu kurang sihatku. Batuk, selsema dan demam menjadi peneman. Hatta saat ini pun masih belum kebas batuk-batuk kecilku. Macam-macam ubat kena telan. Nikmat sihatku ditarik seketika agar menjadi peringatan terbaik buatku. Mujur ada peneman hidup yang menjadi pembakar semangat meneruskan kerja buatku walaupun dirinya juga tidak begitu sihat juga. Walaubagaimanapun, akan kupastikan setiap detik masa yang berjalan berisi dengan seribu makna yang bermanfaat.

Biar kaki ini terus melangkah, mencari secangkir nikmat syurgawi. Biar usia terus dimamah, takkan sesaat dibiarkan bersahaja pergi. Andai ada jawapan di penghujung, harap jawapan yang menggunung. Iaitu berita yang baik untuk insan yang baik.

Tiada ulasan: