Selasa, Disember 18, 2007

TUMPUAN PENTADBIRAN DALAM DASAR EKONOMI BARU (DEB)

PENDAHULUAN

Perlaksanaan DEB berlaku dalam tempoh tahun 1971-1990 digubal untuk mencapai perpaduan Negara dengan memberi fokus kepada pembasmian kemiskinan dan stuktur sosio politik dan ekonomi yang tidak seimbang. Dalam pada masa yang sama Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970[1] sebagai asas pencapaian dan pembentukan nilai di dalam mencapai matlamat pembangunan dan penyatuan negara. Kita dapati perkembangan ekonomi yang pesat telah berlaku dejak DEB diperkenalkan.[2]

Pertelingkahan kaum dalam bulan Mei 1969, telah membawa kepada perubahan yang ketara dalam penumpuan campur tangan kerajaan. Pembentukan DEB dan Rancangan Malaysia Kedua adalah benar-benar berdasarkan kesilapan-kesilapan asas terhadap dasar-dasar dalam jangka masa terawal. Peningkatan dan kerumitan masalah-masalah wilayah telah disedar sebagai imbas balik dalam sasaran dasar:[3]

... objektif utama dasar wilayah adalah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, dan menyusun semula masyarakat Malaysia agar dapat mengurangkan pengenalan tenaga kerja dan lokasi mengikut kaum dalam konteks kegiatan ekonomi.”[4]

Ukuran yang paling penting ialah tindakan kerajaan membentuk DEB dalam pertengahan 1970 dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dengan sasaran utama adalah memebntuk perpaduan nasional melalui dua objektif iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi.[5]

KANDUNGAN DASAR EKONOMI BARU

Langkah pertama matlamat utama DEB diperkenalkan ialah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. DEB akan menambah daya pengeluaran dan pendapatan mereka yang menghasilkan keluaran yang rendah dengan menggunakan teknik dam kemudahan yang lebih baik. Selain itu menambah peluang untuk menukar lapangan kegiatan daripada sektor rendah daya pengeluarannya kepada kegiatan yang lebih menguntungkan dan mengadakan perkhidmatan sosial yang percuma atau dibantu khusus untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah[6]

Fokus DEB juga kepada perkembangan lapangan perusahaan dan perkhidmatan bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan diberi dengan secukupnya kepada rakyat. Galakan pelaburan diberi perhatian untuk memenuhi keperluan pekerjaan. [7]

Langkah kedua diperkenalkan DEB ialah bertujuan menyusun semula masyarakat yang tidak berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang tertentu. Rancangan ini adalah untuk memodenkan cara hidup penduduk luar bandar, menggalakkan perkembangan kegiatan di bandar dengan cepat dan seimbang, mengadakan rancangan pelajaran dan latihan yang baik di semua peringkat serta mewujudkan satu masyarakat perniagaan dan perusahaan di kalangan orang melayu.[8]

OBJEKTIF DEB

Kerajaan menyedari bahawa kemiskinan di kalangan rakyat semua kaum merupakan satu ancaman kepada perpaduan negara. Ancaman menjadibertambah serius memandangkan hakikat bahawa majoriti rakyat miskin pada tahun 1970 adalah terdiri daripada masyarakat Bumiputera.[9]

Selain itu, identifikasi rapat antara sesuatu kaum dengan kegiatan ekonomi juga merupakan ancaman serius kepada perpaduan negara. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa masyarakat Bumiputera pada keseluruhannya diidentifikasikan dengan sektor luar bandar pertanian dan perkhidmatan awam. Manakala kaum Cina dengansektor perdagangan bandar dan kaum India dengan sektor perladangan.[10]

Berdasarkan isu utama ini, kerajaan telah membentu suatu dasar (DEB) untu mengatasi masalah ini bermatlamat untuk memupuk perpaduannegara melalui pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kumpulan etnik dan wilayah.[11]

Objektif yang digariskan ini merupakan hasrat Yang Di Pertuan Agong seperti yang terdapat di dlam titah baginda pada pembukaan penggal yangpertama bagi Parlimen yang ketiga tahun 1971:

“ Satu daripada cita-cita kerajaan kita ialah mencipta masyarakat yang lebih adil sebagai satu cara-cara untuk mencapai cita-cita ini, Kerajaan telah menggubal dasar ekonomi yang dinamik dan praktik. Matlamat-matlamat utama bagi dasar ini ialah yang pertamanya, membasmi kemiskinan di kalangan rakyat yang tidak berada tanpa mengira asal keturunan mereka, dan yang keduanya ialah mewujudkan da mengukuhkan perpaduan negara, Untuk mencapai matlamat-matlamat ini, Kerajaan telah menyusun rancangan-rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua.”[12]

STRATEGI DEB

Tun Abdul Razak semasa ucapannya membentangkan usul meluluskan RMK2 menyebutkan :

“ ... bahawa Dewan ini menerima Dasar Ekonoi Baru Negara yang bertujuan membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat dengan tidak mengira asal keturunan mereka di samping menyusun smeulamasyarakat Malaysia yuntuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara rakyat berbilang kaum, memberikan persetujuan penuh kepada Rancangan Malaysia Kedua yang telah disusun untu mencapai matlamat cita-cita negara dengan melaksanakan langkah-langkah dasar dan rancangan-rancangan pembangunan seperti dinyatakan Perintah No.28 tahun 1971, serta menyeru seluruh rakyat menumpahkan khidmat bakti mereka dalam semangat Rukun Negara untuk membangunkan masyarakat yang adil saksama dan bangsa Malaysia yang maju, moden dan bersatu-padu.”

Terdapat dua strategi dalam pelaksanaan DEB. Strategi pertama ialah mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan cara menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Daya usaha yang diambil untuk mengatasi maslah kemiskinan dibuat melaui tiga langkah utama.[13]

Pertama, menambah daya pengeluaran dan pendapatan rakyat khususnya di luar bandar melalui penggunaan tekni baru dan moden. Meninggikan lagi kadar rancangan penanaman semula getah di kalangan pekebun kecil dan mengadakan kilang memproses yang moden. Menggalakkan penanaman padi dua kali setahun dan penanaman diluar musim. Meningkatkan kemudahan infrastruktur fizikal dan ekonomi yang lebih baik seperti parit dan taliair, kemudahan pemasaran, kemudahan pinjaman dan bantuan kewangan.[14]

Kedua, menambah peluang untuk rakyat menukar kegiatan ekonomi daripada sektor yang rendah daya penegluarannya kepada sektor yang lebih menguntungkan. Anatra program yang dilaksakan ialah pewujudan rancangan kemajuan tanah baru, projek perikanan dan perhutanan moden. Usaha ditingkatkan bagi memebri peluang mereka terlibat dalam perdagangan, perusahaan dan perkhidmatan moden serta menambah peluang mendapatlan pendidikan tinggi serta teknikal dan profesional.[15]

Ketiga, mengadakan pelbagai perkhidmatan sosila percuma khususnya untuk meningkatkan taraf hidup golongan yang berpendapatan rendah. Antara program yang dilaksanakan ialah projek perumahan awam, bekalan elektrik, air dan kemudahan pengangkutan yang mengenakan bayaran yang lebih murah, perkhidmatan kesihatan dan perubatan.[16]

Strategi kedua pula ialah menyusunsenula masyarakat untuk engurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Strategi ini memberi fokus kepada penyusunan semula struktur masyarakat untuk membaiki ketidakseimbangan ekonomi dan membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. Strategi ini dilaksanakan melalui pengenalan dasar dan rancangan bagi memodenkan cara hidup penduduk luar bandar, menggalakkan perkembangan kegiatan di bandar dengan cepat dan seimbang, mewujudkan rancangan pendidikan dan latihan bagi semua peringkat.[17]

TUMPUAN PETADBIRAN AWAM

Penglibatan langsung kerajaan dalam menyusun semual masyarakat dibuat melalui beberapa cara. Pertama, melalui penubuhan dan pengukuhan badan berkanun dan perbadanan perusahaan awam dalam bidang perdagangan, perusahaan dan perkhidmatan. Pada mulanya agensi entiti ini bertindak sebagai agensi amanah dan kemudiannya dipindah kepada orang Melayu dan bumiputera yang laian yang berkeupayaan menguruskannya. Agensi yang menjadi perintis ke arah mewujudkan masyarakt perdagangandan perindustrian bumiputera ialah MARA, PERNAS, FIMA, UDA, PKEN-PKEN, bank Bumiputera, Bank Pembangunan, CGC dan MIDF. Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 telah diperkukuh bagi menyediakan bantuan teknial dan kewangan kepada peniaga Melayu dan bumiputera yang lain. Melalui cara ini akan dapat menghapuskan pengenalan keum mengikut fungsi ekonomi.[18]

Kedua, menjadi penggerak utama mewujudkan pusat pertumbuhan dan bandar baru serta menggalakkan perkembangan perusahaan di kawasan berkenaan. Perbadanan atau badan berkanunyang ditubuhkan oleh kerajaan seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH. Aktiviti yang dijalankan agensi ini ialah mewujudkan dan membangunkan bandar baru atau pusat pertumbuhan baru serta menubuhkan anak syarikat pelaburan dan perusahaan bagi menjalankan aktiviti perusahaan dan perdagangan dalam bidang pertanian dab perlombongan, industri dan pemprosesan. Mankala UDA ditubuhkan bagi membangun dan menyusun semula bandar untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di kawasan bandar sedia ada.[19]

Ketiga, campur tangan dengan mengadakan dasar dan menetukan pelaksanaannya supaya keutamaan diberikan untuk melatih orang melayu dan bumiputera lain di lapangan pengurusan dandirectorship suoaya dapat melengkapkan mereka untu memilih dan mengurs syarikat perdagangan dan perusahaan. Langkah ini dilakukan juga melalui pinjaman pegawai perkhidmatan awamdi perbadanan kerajaan atau syarikat kerajaan atau melalui pegawai baru dalam lapangan berkenaan. Kerajaan menetapkan supaya pihak swasta mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus profesional atau pengurus bumiputera dalam perbadanan atau syarikat.[20]

PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam meggerakkan DEB. Berdasarkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kelima kedudukan kemiskinan luar bandar bertambah baik disebabkan perlaksanaan strategi dan program yang berterusan, pelbagai rancangan tanah baru dibuka oleh pelbagai agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA). Majoriti keluarga menikamati taraf kehidupan yang lebih baik melaui skim-skim ini. Perlaksanaan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) membuka peluang peningkatan produktiviti.[21]

Pembangunan tanah baru merupakan salah satu strategi yang dilaksanakan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan kawasan luar bandar. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah berperanan membekalkan kebun bersaiz ekonomi kepada mereka yang kekurangan atau tidak memiliki tanah supaya ditanam dengan tanaman bernilai tinggi utuk dieksport. Mengiut bancian FELDA 1976, 89.5% dariapa peneroka menerima pendapatan sebanyak RM200 ke bawah sebulan. Selepas menyertai FELDA, pendapatn purat bersih sebulan ialah RM 370 bagi peneroka getah pada tahun 1977 dan RM 573 bagai peneroka tanaman sawit. Peningkatan terus berlaku dan pada tahun 1988 pendapatn bulanan mereka mencecah RM871.

Manakala projek IADP yang bertujuan meningkatkan produktiviti, guna tenaga dan pendapatan petani banyak tertumpu kepada penanaman padi tetapi ia juga meliputikawasan getah, kelapa sawit, kelapa dan koko. Dasar pembasmian kemiskinan di sektor padi telah menekankan campur tangan kerajaan berkaitan dengan input seperti pembinaan parit dan tali air bagi tanaman dua kali setahun., subsidi baja dan kredit murah, pemprosesan dan pemasaran. Di samping itu, skim subsidi harga juga dilaksanakan. [22]

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIUTERA

Antara agensi yang berperanan dalam pembentukan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan. Dalam meningkatkan usahawan Bumiputera, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah memalui pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kerjaraya, Syarikat Jaminan Kredit dan MARA iaitu melaui perundingan secara langsung dalam tatacara kontrak kerajaan, sistem pembayaran pemfaktoran, pengecualian jaminan bank, penubuhan Tabung Amanah Kontraktor, perluasan pinjaman perniagaan kecil dan penyediaan tabung pinjaman kepada peniaga Bumiputera. Bantuan lain yang kerajaan salurkan ialah dengan penubuhan tabung Pemulihan Usahawan bernilai RM500 juta pada awal ahun 1988.[23]

Keterlibatan MARA, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) membantu Bumiputera dengan menubuhkan syarikat-syarikat perniagaan. Usaha-usaha lain ialah termasuklah penyediaan biasiswa untuk pendidikan dan latihan, kemudahan kredit dan bantuan khidmat nasihat. Hasilnya telah berlaku peningkatan syarikat-syarikat yang dimiliki dan diuruskan oleh Bumiputera terutamanya orang Melayu. [24]

PEMBANGUNAN BANDAR DAN PENYUSUNAN SEMULA

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan keupayaan pusat-pusat bandar bandar dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru dan menggalakkan bumiputera menyertai kegiatan-kegiatan dengan bandar, maka sumber kewangan dan kemudahan fizikal disediakan. Sehingga tahun 1988, Perbadanan Pembanguna Bandar (UDA) telah menyediakan kira-kira678 unit ruang niaga untuk peniaga Bumiputera di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, ipoh dan Johor bahru. Di samping itu, pihak berkusa tempatan terus melibatkan diri di dalam proses penyusunan masyarakat. Dalam tempoh 1986-88, Dewan Bandaraya KualaLumpur telah meluluskan 471 lesen penaiga kecil Bumiputera menceburkan diri di dalam perniagaan di Wialayah Persekutuan.[25]



3 ulasan:

Awanama berkata...

akm. DEB diikat pada polarisasi kaum.

Sebab itu, kita dapati hampir semua kaum mempunyai golongan elit kaya kerana hanya mereka sahaja berjaya memanfaatkan dasar ini.

Mengapa DEB tidak atas dasar keperluan?

Jika atas dasar keperluan, tentu golongan miskin sahaja yang memanfaatkan dasar ini.

Lebih dari itu, DEB ini akan merentasi semua kepentingan sosial, kaum, agama dll kerana semua nilai-nilai ini wujud individu2 miskin.

Jika dasar yang saya perkenalkan ini dibangunkan (atas dasar keperluan), bukan rakyat Melayu, India & Cina dll yang bangkit menentang dasar, tetapi UMNO/MCA/MIC/BN yang akan bangkit!

Sebab itu, ta'rif kemiskinan dalam kotak fikrah saya bukan mereka yg berpendapatan isi rumah kurang RM300 ringgi perbulan.

Orang miskin bagi saya adalah "manusia yang tidak diberi peluang menikmati sesuatu kekayaan..."

Peluang menjadikan elit kaya terus kaya. Sifir saya, 'peluang' juga boleh menjadikan individu miskin agar tidak melarat!

Duduk dan fikir ttg DEB ini.

http://zainulfaqar.wordpress.com

Awanama berkata...

di mana Abg Shahrul dlm penulisan Abg?

Awanama berkata...

mengapa tidak:)