Selasa, Disember 18, 2007

KONSEP SIASAH SYAR’IYYAH

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai [1]

Perkataan siasah dalam bahasa Arab membawa makna:

تَدْبيرُ الشَّئِ وَالقِيَامُ عليه بِمَا يُصْلِحُهُ

“ Mengurus sesuatu dan menjaganya dengan apa cara yang boleh membawa kebaikan kepadanya”

Para ulama’ fiqh ketika menulis dalam bidang ini biasanya menggandingkan perkataan siasah dan perkataan syariyyah.

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada 2 :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسته الدنيا به

2. Makna Khas : Tindakan2 yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya.[2]

Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Sasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata”[3]

Sementara Ibnu Nujaim pula mentakrifkan sebagai:

"فِعْلُ الشَّئِ مِنَ الحاَكِمِ لِمَصْلِحَةٍ يَرَاهَا واِنْ لَمْ يَرِدْ ِبهَذَا دَلِيْلٌ جُزْئِيٌّ"

“Sesuatu tindakan yang diiambil oleh pemerintah, yang pada pandangannya boleh menjaga kepentingan umum, sekalipun tidak terdapat dalil yang khusus mengenainya.” [4]


Abdul Wahab Khallaf menyebut ilmu siyasah shar’iyyah itu ialah ilmu yang membahaskan tentang sistem undang-undang dan pentadbiran pemerintahan negara Islam yang bertetapan dengan dasar Islam walaupun tidak ada dalil yang khusus mengenainya. Ilmu ini menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penyelarasan pentadbiran undang-undang yang diambil oleh ketua negara bagi memenuhi keadilan dan kepentingan umum. Beliau mengatakan siyasah shar’iyyah sebenarnya ialah menggunakan masalih al-Mursalah dalam menentukan hukum kerana masalih al-mursalah ialah sesuatu yang tidak diterima atau ditolak oleh mana-mana dalil dengan secara khusus sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulamak usul fiqh.[5]

Abdul Wahab Khallaf memberi definisi siyasah shar’iyyah sebagai mengatur pentadbiran awam dalam pemerintahan bagi memenuhi kemaslahatan (kebaikan) dan menolak kemudaratan selagi mana tidak melampaui batasan shariat dan prinsip umum. Walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam mujtahidin. Dengan lain ungkapan ialah mengikut jejak langkah ulamak salaf dalam menjaga kemaslahatan dan perkembagan semua peristiwa. Yang dimaksudkan mengatur urusan umum dalam pemerintahan ialah sesuatu yang berupa tuntutan kehidupan dari segi peraturan, sama ada dari segi undang-undang kewangan, hukum, kehakiman, lembaga eksekutif, hubungan dalam negeri atau hubungan antarabangsa. Oleh itu, mengatur semua urusan tersebut, teori dan dasar-dasarnya serta membuat peraturan-peraturan yang sesuai dengan prinsip shariat dinamakan siyasah shar’iyyah.[6]

Menurut Dr. Fathi Uthman dalam bukunya Min Usul al-Fikr al Siyasi al-Islami mengatakan bahawa ijtihad dalam bidang politik dinamakan sehagai siyasah shar’iyyah. Beliau mentakrifkan siyasah shar’iyyah dalam bahasa ringkasnya ialah ijtihad fi umur al-Siyasi aw fi Nizam al-Daulah (Berijtihad dalam bidang politik atau dalam sitem kenegaraan). Beliau menegaskan bahawa sumber-sumber peraturan dan hukum pemerintahan Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat ayat-ayat dan hadith Rasulullah yang menghuraikan tentang peraturan dan manhaj negara Islam. Sementara perkara-perkara yang baru atau yang tidak ada dalil yang khusus tentang sesuatu masalah maka para fuqaha perlu membuat ijtihad yang dinamakan sebagai siyasah shar’iyyah jika permasalahan itu dalam konteks politik dan pemerintahan.Selanjutnya beliau berkata, secara tabienya ijtihad berkenaan akan berbeza-beza mengikut perbezaan penilaian, hasil perbezaan berfikiran antara individu dalam keadaan dan zaman yang berbeza.[7]

Dalam buku ‘’Ilam al-Mawaqi’in An Rabbil ‘Alamin, Ibn Qaiyim telah mengemukakan kaedah fiqh yang penting dalam perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat keadaan, niat dan faedah. Beliau menjelaskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku terhadap shariah kerana kejahilan terhadap kaedah berkenaan.[8]

Abd Rahman Taj[9] menyebutkan siyasah ialah satu nama bagi peraturan yang mentadbir hal-hal umat dari segi pemerintah, perundangan, kehakiman, kekuasaan, pelaksanaan dan hubungan antabangsa, Menurutnya lagi, setiap umat mempunyai sistem politik yang khusus yang menepati sausana kehidupan ketika itu yang terdiri daripada siyasah dasturiyyah (politik perlembagaan) siyasah tasri’iyyah (politik perundangan), siyasah qada’iyyah (politik kehakiman) siyasah maliyyah ( politik kewangan), siyasah kharijiyyah (politik antarabangsa), siyasah idariyyah (politik pentadbiran) dan sebagainya. Setiap sistem tersebut mempunyai hukum-hukum serta peraturan yang tersendiri yang dinamakan siyasah shar’iyyah jika kita mengambil makna perkatan ini dari maksud yang lebih luas. Sementara makna khususnya ialah peraturan untuk mentadbir negara dan urusan umat yang selaras dengan nilai-nilai shariat, bertetapan dengan perkara dan urusan usul-usul asas, menepati matlamat kemasyarakatan walaupun tidak ada dalil yang khusus dalam al-Quran dan al-sunnah,

Beliau menjelaskan perbezaan antara siyasah al-wadha’iyyah dengan siyasah shar’iyyah. Siyasah al-wadha’iyyah (politik ciptaan manusia) ialah peraturan dan hukum yang diasaskan oleh orang ramai bagi mentadbir hal-hal umat yang bersandarkan uruf, adat, pengalaman dan peningalan warisan silam. Dengan kata lain, siyasah yang hanya bersandarkan kepada uruf dan adat tanpa berkait dengan wahyu dan al-Sunnah sebagai sumbernya. Menurut Abd Rahman Taj bahawa siyasah shar’iyyah adalah siyasah yang adil dan ia diasaskan atas keyakinan iman bahawa sumber utamanya adalah wahyu dan al-Sunnah. Oleh itu, peraturan dan hukum yang dikehendaki oleh umat dikira siyasah shar’iyyah apabila ia menepati dua perkara iaitu:

i. Bertetapan dengan nilai serta etika syariah yang bersandarkan kaedah dan asasnya seperti kaedah muhkamat bukan hukum-hukum yang tetap yang tidak menerima perubahan, walaupun berbeza umat dan zaman.

ii. Tidak bertentangan secara jelas dengan dalil-dalil shariat yang jelas seperti yang telah ditetapkan kepada orang ramai sepanjang zaman dan keadaan.

Seterusnya beliau menyebutkan bahawa siyasah shar’iyyah merupakan kaedah fiqh yang berubah-ubah mengikut keadaan, masa dan persekitaran. Ia adalah pola-pola yang berubah-ubah kerana faktor persekitaran. Beliau menggunakan istilah fiqh al-Maran atau fiqh al-Mutaharrik iaitu fiqh yang mengikut perjalanan semasa (fiqh fleksibel) bagi memenuhi keperluan yang baru dan yang berbagai-bagai kerana faktor perkembangan masyarakat dan individu.

Dari huraian di atas, beliau membahagikan siyasah kepada dua bahagian iaitu siyasah wadha’iyyah dan siyasah shar’iyyah. Siyasah shar’iyyah pula boleh berubah-ubah kerana faktor persekitaran selagimana ia tidak bercanggah dengan nas yang tetap. Walaupun begitu, bukanlah maksud di sini, setiap muslim boleh menukar hukum-hukum shariat dengan mendatangkan shariat yang lain, bukan shariat dari Allah dan rasulNya kerana di sana terdapat hukum-hukum zanni (hukum-hukum yang kurang jelas) yang tidak terdapat nas yang tetap dan tidak ada ijmak yang membolehkan para ulamak membuat keputusan dengan qarinah seperti yang ditetapkan oleh shariat. Hukum-hukum tersebut adalah hukum yang boleh berubah-ubah kerana faktor yang dinyatakan oleh ulamak fiqh dalam kitab-kitab mereka, malahan ada pendapat yang mengharuskannya bertentangan dengan nas yang tetap bersandarkan maslahah khas dan maslahah darurat. (maslahah al-daruri).

Muhammad Hashim Kamali memberi definisi siyasah shar’iyyah iaitu, A broad doctrine of Islamic law which the ruler to determine the manner in which the shari’ah should be administered. The ruler may accrodingly take discretionary measures, enact rules and initiate policies as he deems are in the interest of good goverment, provided that no substantive principle of the shari’ah is violated the thereby”. (suatu doktrin yang luas dari perundangan Islam yang memberi kuasa kepada pemerintah untuk menentukan bagaimana caranya syariat harus dijalankan. Sesuai dengan itu pemerintah boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang dirasakan memenuhi kepentingan pentadbiran yang baik, asalkan ia tidak melanggar mana-mana prinsip syariat.)[10]

Imam Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya “Al-Thuruqul Al- Hukmiyah” memetik kata-kata Ibnu Aqil seperti berikut mengenai penggunaan siasah syariyyah :

جَرَىْ جَوَازُ العَمَل في السَّلْطَنَةِ بِالسِّيَاسَةِ الشَّرْعِيَّةِ : أَنَّهُ هُوَ الحَزْمُ، ولا يَخْلُوْا مِنَ القَوْلِ بِهِ اِمَامٌ

“Dalam urusan pemerintahan , terdapat pandangan yang menyatakan keharusan beramal dalam prinsip siasah syariyyah, ini merupakan pendapat yang kukuh, dan mana-mana imam mazhab tidak ketinggalan memperakuinya.”[11]

Mengenai pengertian siasah syariyyah, Ibnu Aqil menyatakan:

"السِّيَاسَةُ ما كَانَ فِعْلاً يكونُ مَعَهُ النَّاسُ أَقْرَبَ اِلَى الصَّلاَحِ وَأَبْعَدَ عَنِ الفَسَادَ، واِنْ لَمْ يَضَعْهُ الرَّسُوْلُ وَلاَ نَزَلَ بِهِ وَحْيٌ"

Siasah Syariyyah ialah ,apa-apa tindakan(kerajaan) yang membawa kepada manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.” [12]

Daripada takrif-takrif di atas dapat difahami bahawa di bawah prinsip siasah syariyyah ini, pemerintah mempunyai kuasa yang luas dalam menguatkuasakan apa-apa peraturan dan larangan untuk menjaga kepentingan umum. Dan apa-apa yang dianggap boleh memelihara kepentingan umum itu mestilah berasaskan pandangan dan penilaian pemerintah sendiri, sepertimana yang ditekankan oleh Ibnu Najim dalam takrifnya, (Limaslahatin Yaraha) “Kerana sesuatu kepentingan umum mengikut pandangannya”.



[1]Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Beirut (1990), Dar al-kutub al-ilmiah m.s 108

[2] Lihat as-Siyasah as-Syariyyah - Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

3 Mabadi’ al-usul fi mu’tamarat al-khassah, muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104

4 Ibn Nujaim, al-Bahr al-Ra’iq syarh Kanz al-Daqa’iq, Dar al-Kitab al-islami, jd.5, m.s 11

[5] Abdul Wahab Khallaf, al-siasah al-Syari’yyah, Beirut (1987), m.s 17.

[6] Ibid

[7]

[8] Ibn al-qayyim, ’Ilam al-Mawaqi’in An Rabbil ‘Alamin,jld 3. Qahirah: Maktabh al-Kulliyat al-azhariyah ,hlm

[9] Abd Rahman Taj, Al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami, al-Azhar (1415) m.s 12

[11] Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siasah al-Syar’iyyah, Qahirah: Mayba’ah al-Sunnah al-Muhammadiyah, m.s 13

[12] Ibid.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik ulasan nta...

Kalau tulis isu semasa dgn tulisan ringan2, bleh upload terus ke KAMPUSNEGARA.

Teruskan usaha wahai abgku...

http://zainulfaqar.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your abushifa.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://magic-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://magic-traffic-software.com

Take care - your friend Jennifer

Tanpa Nama berkata...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your abushifa.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com