Alhamdulillah baru beberapa minit bonda menelefonku dari Makkah. amat dirindui suara ini. semuanya sihat. kak ma sihat. ayah ngah dan che ngah pun sihat. beritahu mak ,cuma kakinya kejang sikit berjalan jauh dari penginapan ke kaabah. moga itu tidak menggugat kudrat untuk beramal ibadah dengan sempurna. sudah beberapa hari berada di kota Makkah setelah berada lama di madinah.
mak cerita kepadaku setiap awal pagi mereka berempat menapak ke kaabah. tunaikan umrah. seronok juga kalau dapat bersama. mahu kurintih sepuas-puasnya segala dosa maksiat yang dihimpun selama ini.
permukiman mereka di sana masih panjang. sudah tentu masa yang lama ini digunakan untuk beribadah. mak... tak perlu risau kami di tanah air. laksanakanlah kewajipan mak di sana. gunalah masa ini untuk tazkiyyah diri. mintalah segala-galanya kepada Yang Esa.jutaan manusia berkampung di makkah dengan tekad yang satu. mencari mardhotiLlah. 28000 rakyat Malaysia di sana juga mempunyai tujuan yang sama. pelbagai lapangan manusia yang hadir. anak dalam dukungan juga pun di bawa bersama. mereka yang berkerusi roda juga tidak ketinggalan. artis seperti wahid senario juga menunaikan kewajipan rukun Islam ini. pendek kata,aneka jenis manusia yang bersentuhan bahu bertawaf mengelilingi baituLlah, berpadu suara melaungkan talbiah, mengalunkan suara bertilawah al-Quran, berpakaian serba putih tanpa dijahit, bercukur kepala, menggunakan kudrat melontar jamrah, berlari-lari anak di antara saffa dan marwah, bermabit di mudzalifah.
itulah dia keindahan mengerja haji setiap tahun. umat Islam berhimpun dengan jumlah yang besar menunaikan ibadah. tidak ada dalam agama lain. falsafah daripada himpunan raksasa ini adalah untuk mengkhabarkan kepada dunia bahawa umat Islam tidak akan berkurangan malah bertambah setiap detik. kita mahu umat yang ada pada hari ini bukan seperti buih di lautan yang hilang apabila tiba di daratan. ramai tetapi tidak ada kekuatan. andai falsafah ini dihayati dan berjaya diterjemah dengan baik, sudah pasti umat Islam di dunia mempunyai jati diri yang kuat. apa pun, selamat menunauikan ibadah haji kepada semua bakal Haji dan Hajjah dan title ini diharap menambah baik personaliti diri menjadi mereka yang bertaqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan