Jumaat, November 16, 2007

AL-FATIHAH

Guru lemas selamat pelajar dibawa arus

Oleh Hamid Salleh


KENANGAN: Kad undangan perkahwinan Rosidi yang diedarkan. Gambar kecil Rosid

Hasrat Rosidi mahu kahwin bulan depan tak kesampaian

KUALA BERANG: Hasrat seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, untuk melangsungkan pernikahan pada musim cuti sekolah ini tidak kesampaian apabila lemas di Air Terjun Sekayu, petang kelmarin.

Mangsa, Rosidi Sulaiman, 27, dari Selama, Kedah, lemas ketika menyelamatkan seorang pelajarnya, Siti Amirah Zulkifly, 16, yang dibawa arus ketika mengambil contoh air di kawasan rekreasi itu kira-kira jam 4.30 petang
Allahyarham dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember ini dengan tunangnya, Siti Aina Hussuin, 24, dari Shah Alam, Selangor.
Siti Aina yang kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ketika dihubungi, berkata beliau terkejut apabila mendapat panggilan daripada rakan sebilik Allahyarham kira-kira jam 6.30 petang.
"Kali terakhir Rosidi menghubungi saya jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu akan pergi Sekayu bersama pelajarnya," katanya.
Siti Aina berkata, dia bersama keluarga pergi ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Permatang Pasir untuk melihat Rosidi sebelum dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi.
"Kami bertunang hampir setahun lalu dan kad jemputan kahwin sudah diedarkan dan saya menerima takdir Ilahi walaupun berasa kehilangannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Kamarudin Mohd Zakaria, berkata Allahyarham bersama tiga pelajar perempuan pergi ke kawasan air terjun untuk membuat kajian mengenai air di kawasan itu.
Katanya, Siti Amirah berasal dari Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan dibawa arus deras ketika mengambil contoh air.
"Allahyarham dikatakan terjun menyelamatkan pelajarnya sebelum hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui di pejabat di sini, semalam.
Kamarudin berkata, dua lagi pelajar, Nor Adilla Muhammad, 16, berasal Kota Bharu dan Nor Liyana Mohamad, 16, Wakaf Baru, Kota Bharu kemudian meminta bantuan daripada kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Teman sekampus dahulu di universiti malaya.. bersama-sama menceburkan diri dalam politik kampus walaupun berlainan proksi... pelajar Fakulti Sains. al-Fatihah..

8 ulasan:

sarini berkata...

saya mewakili kelas bioteknologi 2003 , fakulti sains, um..amat bersedih dengan kehilangan sahabat kelas kami yang dikasihi..apatah lagi dgn kehilangannya disaat2 hari bahagianya..kami sedih kehilangan sahabat ini..al-fatihah

sarini berkata...

saya mewakili kelas bioteknologi 2003 , fakulti sains, um..amat bersedih dengan kehilangan sahabat kelas kami yang dikasihi..apatah lagi dgn kehilangannya disaat2 hari bahagianya..kami sedih kehilangan sahabat ini..al-fatihah

abushifa' berkata...

moga kita menghargai orang yang hampir dengan kita.. mungkin masanya tidak lama dengan kita atau kita tidak lama dengan mereka.. takziah buat keluarga arwah, tunang beliau, sahabat-sahabat dan sesiap yang mengenali rosidi..

abushifa' berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Takziah buat keluarga dan tunang. walaupun rupanya masih belum muncul di kotak ingatan namun mungkin aku mengenalimu bila melihat wajahmu.

natasha othman berkata...

arwah sir sntiase dlm ingatan.. nasihat sir yg terakhir x pernah dilupekan.. insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

dia ttap di hati walau da 11 tahun dia takde..seorang abang yang tak mungkin ada pengganti sampai bila2..kata akhir abg tetap adik ingat..our last conversation on 13.11.07..

Unknown berkata...

today is my birthday. i came to read this after 15 years of this incident that happened to me. i was forever in debt with arwah for saving me. may ALLAH pay a lot of pahala to him for everything i had now.to anyone who read this post, please recite al fatihah for him. 9.4.1980-14.11.2007.