Isnin, September 10, 2007

suka duka september

assalamu'alaikum..

september membawa cerita suka dan sedih. kenangan lampau mencetus gerimis hati. genap 9 september, usia ayah 63 tahun sekiranya masih hidup. 9 september adik bongsuku berusia 13 tahun. jarak umur 50 tahun dengan hari lahir yang sama.. takdir ilahi.

ramadhan.. bulan yang cukup berkat. adanya ruh al-quran di situ. cukup 19 ramadhan nanti, genap setahun pemergian ayahanda yang dikasihi.. sekejap. sayu mungkin famili tahun ni apabila ramadhan dilalui tanpa dirinya. moga mereka tabah dan kuat.

bersyukur kita dilahirkan di dunia mempunyai seorang ayah. ayah yang kita ada adalah ayah kita. dia yang besarkan kita. dia yang menyara hidup dengan keringat. dia yang mendidik soal kehidupan. dia yang menghantar ke sekolah sebelum bertolak ke tempat kerja. kadang-kadang jemput untuk pulang ke rumah setelah tamat pembelajaran. dia yang hantar ke universiti . dia yang bagi kewangan bulanan untuk makan minum. itu semua dulu-dulu.. bila kita ada ayah.

sekarang... semua difikirkan oleh emak.. jangan risau mak,anak-anak mak dah besar panjang. yang bongsu kami akan sara walau tak sehebat apa yang ayah beri..

al-fatihah...

Tiada ulasan: