Selasa, Januari 20, 2009

P 036


assalamualaikum..

apa khabar semua? sudah begitu lama menyepikan diri. hampir bersawang blog ini. kesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi secebis pengamatan yang berlaku di pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu. saya dan 2 orang kenalan tiba di kuala terengganu pada 5 Januari lagi. sudah tentu untuk bersama-sama dalam himpunan rakyat di penamaan calon nanti. perjalanan daripada kuala lumpur ke kuala terengganu berkeadaan cuaca yang baik. kami menginap di sebuah homestay di rusila bersebelahan dengan masjid rusila.

6 haribulan saya bergerak ke tempat penamaan calon di stadium negeri. kesesakan berlaku menyebabkan saya hampir-hampir terlewat. saya diturunkan berhampiran dengan hospital dengan harapan sempat dengan perarakan Pakatan Rakyat. tetapi sebaliknya berlaku.rupanya saya berada hampir dengan perarakan Barisan Nasional. kesempatan yang ada saya turut serta dalam rombongan BN. sudah pasti mereka di situ tidak mengenali saya. memang betul yang diperkatakan orang sebelum ini pi'il mereka teruk. mencarut, cakap lucah macam-macam ada. saya tidak lama di situ. meluat. terus ke seberang sana, mahu sertai pakatan rakyat. nak masuk dalam orang ramai punyalah susah. berhimpit-himpit macam sardin. akhirnya sampai juga ke depan. duduk situ sampai tamat. sepatutnya boleh masuk dalam ke tempat penamaa sebab ada pas. saya serahkan pas itu kepada cameraman bagi dia masuk ambil gambar. cadangnya lepas tu saya masuk pula tetapi tak sempat, polis tidak benarkan masuk.

dalam sibuk melihat ragam manusia di situ, banyak benda yang boleh dikongsi bersama. ada sekali tu, seorang pakcik tua dalam lingkungan umur 60-an. dia pakai cap BN. tersilap masuk ke dalam kawasan penyokong Pakatan Rakyat. kesian juga tengok apabila pakcik ini di'boo', diperli macam-macam. kalau ayah aku kena macam tu naik angin juga aku walaupun dia UMNO. keadaan terkawal apabila seorang petugas PAS bagi amaran kepada abang kepala botak pakai baju keadilan tu jangan buat provokosi lebih-lebih. kita ada akhlak. ya aku amat setuju. kalau macam itu gayanya, sampai ke tua lah pakcik atau sapa-sapa tak mahu bersama dengan pejuang kebenaran.kemudian ada pula 2-3 orang wanita UMNO redah juga nak masuk ikut kumpulan PR ini. apalagi, dimalukan pula sekali lagi. ish..ish.. yelah benda dah tak terkawal. yang diaorang pun satu, kenapa masuk ikut jalan salah.

aku di situ sampai tamat. lautan manusia yang bersemangat itu beransur reda mencari kenderaan masing-masing. pasrah dengan kejadian-kejadian yang boleh menjadi iktibar untuk semua. semoga pakcik tadi mendapat pengajaran bermakna dan mengerti apa yang dimaksudkan perbezaan yang haq dan batil.

Tiada ulasan: