Khamis, Ogos 28, 2008

apa khabar pak anwar- ahli parlimen baru

apa khabar pak anwar hari ini ya? hari ini sudah mulai menjadi ahli parlimen yang sah. ditakdirkan nanti pak anwar akan mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen permatang pauh dan menjadi ketua pembangkang. bisa gamat dewan rakyat hari ini. dikhabarkan ramai yang mahu menyaksikan peristiwa bersejarah ini di parlimen. kawan-kawan dari utara ada yang sanggup turun nak ke parlimen. katanya nak saksi pak anwar mengangkat sumpah. haa hari ini pak anwar dah bersumpah tapi bukan sumpah macam saiful. lafaznya pun berlainan tidak ada lafaz wallahi, wabillahi watallahi. sumpah pak anwar ini sah.tak ada polemik kata tidak sah atau sah. tidak buat di masjid. tidak ada imam muda masjid wilayah yang selepas ini kena buat road show untuk membersihkan namanya dan memberitahu sumpah pak anwar penuh curiga. tidak pasti mufti wilayah mahu menyatakan apa dengan sumpah pak anwar.
cuba kubayangkan nanti gaya pak anwar nanti. sudah pasti berbaju kemeja, berkot dan bertali lahir dan bersongkok agak tinggi dan senget ala P.Ramlee. lensa kamera ke sana sini. fuhh sudah pasti para wartawan paling ramai kali ini. agak-agak tersangku-sangkut perjalanan pak anwar sebelum sampai ke dewan rakyat. macamana pula ahli parlimen pakatan rakyat? sudah tentu tak sabar-sabar nak melihat pak anwar pula bersilat di dalam dewan. ahli parlimen BN? sudah pasti punggung saiful menjadi bahan perli untuk merendah-rendahkan kredibiliti ahli parlimen yang paling baru. pak anwar menjadi ahli parlimen bongsu. jadi kena banyak belajar daripada ahli parlimen yang lain agaknya. jaga-jaga ahli parlimen rembau, jangan cakap yang bukan-bukan. jaga-jaga ahli parlimen jerlun, jasa ayahandamu tersemat di kalbu pak anwar. pak lah apa mahu kata hari ini? kekalahan baru-baru ini mungkin kecil katanya dan tidak memberi impak besar kepada perubahan politik negara. kita tunggu dan lihat. najib pula bagaimana pula nak bersua muka? tepuk dada tanya selera anda. ezam di luar sana apa pula yang mahu dibongkarkan? mungkin ada lagi fail-fail yang berkotak-kotak disembunyikan. kawan lama pak anwar nallakarupan dah bersedia agaknya dengan RM60 juta untuk didedahkan.. hebat,hebat. politik malaysia semakin menarik untuk ditelusuri...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEMEMANGNYA KITA MENANTIKAN KEHADIRAN SANG LELAKI YG BERNAMAANWAR IBRAHIM INI..KEHADIRANNYA PASTI DAN PASTI AKAN MELEMAHKAN LUTUT2 PENGECUT YG SEGELINTIRNYA BERADA DALAM UMNO SEKARNG..pecutan pakatan rakyat sekrg lebih ke depan menedepani arus gelombang ciptaan UMNO yg hanya releven utk 50 tahun sebelum ini..

#salam abg.shahrul zaman...knp tk letak c box?seng nk tinglkan pesan.hehe

#abg, jemput lawat blog niaga ana..mana tahu kalau ada rezeki ana:-) skerg tengah wt bisnes baju..tp tak semua lg produk yg ana masukkan dlm blog tu..

ni alamt blog ana:

http://nafhanenterprise.blogspot.com
http://infinitimaksima.blogspot.com

SYUKRAN:-)
NIK AFFENDDY MOHAMAD
MUJAHID UM