Selasa, Ogos 26, 2008

Penentu Rakyat Malaysia

26 Ogos, 2008 00:29 AM

Masa Depan Negara Masih Di Bahu BN, Kata Najib

BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos (Bernama) -- Masa depan negara terletak di bahu Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh esok, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan pengalaman mentadbirkan negara yang begitu lama, tiada sebab rakyat memilih parti lain semata-mata terpengaruh dengan kehebatan pidato pendokongnya.

Berucap pada perjumpaan dengan pengundi kawasan Tanah Liat dekat sini Isnin malam, beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya petah berpidato malah sejak kebelakangan ini banyak menyerang peribadinya seperti dikaitkan dengan wanita Mongolia.

Najib berkata, beliau telah bersumpah di masjid bahawa beliau langsung tidak mengenali wanita itu.

Walaupun sumpah dilakukan namun Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon parti itu bagi kerusi parlimen Permatang Pauh masih membangkitkan isu tersebut.

Sementara itu Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata, nama Najib langsung tiada kena mengena dengan kes Altantuya Shaaribu, wanita yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Umno itu.

Beliau memberitahu Bernama bahawa tiada barang kes yang boleh dikaitkan dengan Najib malah tiada siapapun yang dapat memberi bukti baru mengenainya.

Katanya, beliau telah mendapat restu kerajaan Mongolia untuk membersihkan nama Najib daripada kes itu.

Syed Abdul Rahman turut berucap pada majlis itu bagi menjelaskan isu berkenaan. (sumber Bernama)



hmm.. pengalaman mengajar seseorang untuk menjadi lebih dewasa.. pengalaman mengajar kita mengenalpasti mana yang baik dan yang buruk. pengalaman juga menentukan sama ada perlu kekal dengan pengalaman yang lalu atau mencipta sesuatu yang baru untuk dijadikan pengalaman.

kalau BN sudah lama mencipta pengalaman memerintah, pembangkang juga sudah lama menghiasi landskap politik malaysia dan sudah banyak belajar daripada pengalaman untuk memerintah...

adakah masa depan negara satu-satunya teletak dibahu BN? siapa yang menentukan sesuatu itu berkuasa? dan siapa yang menentukan sesuatu itu tidak berkuasa? adakah BN sudah mula untuk merampas kuasa itu dari Yang Maha Kuasa?

Tiada ulasan: