Rabu, Januari 30, 2008

al-fatihah...Allahyarham Dato' Ishak Baharom dan Allahyarham Loloq

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
Harakahdaily Wed Jan 30, 08 12:07:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
-->
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh





ROSLI KHAMIS (LOLOQ) TELAH MENINGGAL DUNIA

Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.
Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.
Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.
Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.ALFATIHAH….UNTUK ALLAHYARHAM ROSLI KHAMIS ( LOLOQ )http://mybikerz.com

Tiada ulasan: