Ahad, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009


Siang tadi sempat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC. Pergi berdua sahaja bersama Shifa selepas sahaja selesaikan sedikit urusan di pejabat. Ein ada kursus di Port Dickson selama 2 minggu dan selama itulah juga aku dengan Shifa' tinggal berdua.

Hari kedua di pesta buku kebetulan pula hari cuti hujung minggu, ramai yang berpusu-pusu memenuhi ruang legar pameran yang disediakan. Kepergian aku di sini pada hari ini hanya untuk tinjau-tinjau dahulu. Ada niat hendak pergi berulang-ulang kali. Yalah , pejabat dekat sangat dengan PWTC. 10 kali sehari pergi pun tidak mengapa.


2-3 booth yang sudah aku set hendak tinjau ialah PTS, Anbakri, Telaga Biru dan Saba'. Kebiasaan tempat ini aku tentu berjumpa kawan-kawan lama. Apabila masuk ruang legar tingkat satu orang sudah ramai. Amat sibuk dan sesak. Aku jumpa booth Telaga Biru dan di sana kelihatan Ustaz Zahazan sibuk melayan pengunjung di situ. Aku dan Shifa mengeliling ruang legar tingkat satu tanpa berhenti mana-mana booth. Walaupun ramai promoter yang minta duduk mendengar produk yang hendak dijual. Tapi, maaflah ya, bukan masanya lagi untuk kami berdua. Hari ini ialah hari aku tinjau keadaan di Pesta Buku ini. Tidak ada pembelian dan tidak ada tawaran.


Turun ke Dewan Tun Huseein Onn (tak silap rasanya) setelah melihat plan yang disediakan, booth Anbakri dan Nufair Street ada di situ. Apabila melewati booth Hijjaz Record, kelihatan seorang gadis yang cukup dikenali duduk di situ sambil sibuk melayani tetamu. Bersama-sama dengan beliau ialah ayahnya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu Adik Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008. Tahniah ya dik!


Sampai di booth Nufair Street, hanya lalu sahaja kerana tidak ada orang yang dikenali di situ. Kaki ini terus melangkah mencari booth Anbakri. Sampai di sana kelihatan mereka yang dikenali iaitu Ustaz Ridhuan Md Noor, Taufiq dan Faisal. Rupa-rupanya mereka pun buka booth Jundiy Resources iaitu syarikat penerbitan milik Ustaz Ridhuan. Boothnya bersebelahan dengan Anbakri. Sebenarnya aku sudah dapat berita Tuan Guru Nik ABd Aziz akan turun ke booth Anbakri melancarkan karya terbaru beliau. Rupa-rupanya bukan hari ini. Andai tidak ada aral melintang 12.00 tengahari esok Tok Guru akan ke sini iaitu 19 April Ahad. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan esok di tempat yang padat begini. Boleh ke Tok Guru bersama kalian. Maklumkan sudah tentu berbondong-bondong manusia mahu melihat dengan lebih dekat wajah Tok Guru. Wallhu A'lam sama ada pihak penganjur maklum atau tidak kehadiran Menteri Besar Kelantan esok ini. Hendak tahu lebih lanjut program Tok Guru esok klik di sini.


Setelah penat pusing-pusing PWTC hari dengan mengkelek Shifa' selama sejam, barulah kami beransur pulang. Yang kelakarnya, kami masuk berlegar-legar di sini selama 1 jam 1 minit. Jadi kena bayar parking lebih yang berjumlah RM4.50. 1 jam pertama RM3, sejam berikutnya RM1.50. Walaupun dimaklumkan masuk ke Pesta Buku ini adalah percuma, tetapi parkingnya kena bayar!!! Apapun, kaki ini akan melangkah lagi di sini dengan harapan beberapa buah buku pasti dimiliki.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Salam...abinya, walaupun ummi kursus, dapat jugak buku " tunggu teduh Dulu " siap dengan tandatangan penulisnya, faisal Tehrani..Syukran ye ...abi jaga shifa', bw pi usrah,meeting,ofis dan ke HKL jumpa pakar..ummi memang nak calonkan abi jadi abi mithali..moga kita sentiasa dirahmati Allah..amin

From
Ummushifa' with love