Selasa, April 01, 2008

stadium malawati 31 Mac


sumber gambar: www.harakahdaily.net


coretan kecil ini mahu dikongsi bersama. kesempatan saya ke stadium malawati semalam buat pertama kali setelah hampir lapan tahun berada di lembah klang menggambarkan sesuatu yang di luar biasa akan berlaku. tepat jam 6.00 petang kaki ini melangkah masuk ke dewan besar ini. sungguh besar dan sayup mata memandang ke sudut hujung hadapan. setelah selesai beberapa urusan di luar stadium, saya mengelilingi stadium dari kerusi ke kerusi satu pusingan. turun ke bawah. pusing luar stadium. melihat di sebelah tepi stadium ini ada lgi yang lebih besar iaitu stadium shah alam. mungkin satu hari nanti saya ke sana buat kali kedua pula.

hati mula tersentuh apabila laungan azan pertama di stadium ini dikumandangkan. rakyat mula bersesak-sasak mencari saf untuk tunaikan solat maghrib.maghrib bersama-sama rakyat hampir memenuhi separuh ruang tengah stadium. agak saya malam ni ruang tengah ini penuh dan kerusi-kerusi yang ada tidak hampir penuh.agak saya rakyat selangor tidak seperti rakyat kelantan yang boleh memenuhi stadium di kelantan.setelah usai solat pengumuman dibuat.ketibaan Presiden PAS.serentak dengan itu laungan takbir bergema. wah ini pertama kali stadium ini menerima laungan takbir. nampak kesukaran Tuan Guru nak meneruskan perjalanan apabila rakyat berpusu-pusu bersalaman dengan beliau.selang beberapa minit laungan takbir bergema lagi.. ketibaan Tan sri khalid.. pun sama ada kesukaran untuk Tan Sri berjalan apabila menerima situasi yang sama.

azan Isya' dilaungkan oleh ustaz Nizamuddin sungguh menghiris hati kecil mereka yang mendengarnya. rakyat mula bergegas memenuhi ruang untuk solat.nyata tempat tidak mencukupi. kelihatan ada yang akan solat di celah-celah kerusi.ada yang akan solat di atas kerusi sahaja. dan ada yang bersolat di tingkat atas.saya bersolat di atas di sudut hujung bersama makmum yang lain. tenang dan sepi sahaja stadium ini memuatkan mereka yang sedang rukuk dan sujud kepada Allah.pertama kali agaknya...

setelah selesai solat hajat yang dimamkan oleh Tuan Guru satu laungan takbir yang bergema dan cukup kuat kedengaran. majlis bermula dengan bacaan suci al-Quran oleh ustaz Nizamuddin.. sungguh sedap dan lunak bacaan beliau. kemudian disusuli persembahan nasyid oleh kumpulan islamic voice dan yang 'respek'nya Inteam pun bersama-sama memeriahkan majlis malam ini dengan persembahannya. lagu ' Ayyuha al-shabab" yang dikumandangkan mengingatkan saya pada zaman sekolah dahlu, cukup sinonim dengan pelajar KISAS. majlis rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. cukup patriotik dan gema yang dikeluarkan sehingga mencecah hujung jantung.kemudian diikuti dengan lagu rasmi PAS. sejarah beb.

saya berada di tingkat dua bersama-sama dengan unit IT,media tv pas, web tv dan technihian p.a system.dari atas melihat ke bawah sudah tidak ada ruang kosng. saya meninjau di sekeliling dewan, kerusi semuanya penuh. di tingkat atas pun ada rakyat yang bersemangat untuk turut serta mencipta sejarah. penuh.. semuanya penuh.jangkaan awal saya meleset sama sekali. saya keluar stadium, pun ada rakyat yang berpusu-pusu cuba masuk ke stadium. wah padat ni abang-abang dan kakak kakak.

ucapan-ucapan dihaburkan pada malam ini sugguh gegak gempita diselang seli dengan laungan takbir, reformasi dan makkal sakti. tepukan diberikan kepada ronnie liu ketika sesi beliau berucap.ucapan-ucapan pemidato yang lain semuanya disambut dengan semangat oleh rakyat. saya perasan ketika ucapan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim , seolah-olah beliau terharu dan sebak dengan sambutan rakyat kepada beliau. tahniah Tan Sri. pengenalan wakli-wakli rakyat PAS oleh Dato' Dr Hassan Ali sungguh hebat. yang pasti perkatan beliau yang sentiasa ada setiap kali pidatonya dan tidak pernah lupa untu disebut ialah "seluruuhnya..." trademark ni. majlis yang dipengeruiskan oleh Ketua Pemuda PAS ustaz sallehen, hidup dan bersemangat. ucapan Ustaz Nasasruddin amat menarik dengan mengatakan bahawa stadium ini sudah lama disediakan untuk PAS kerana bumbung dan besi-besi di atas semuanya bercat hijau. gempita ketawa rakyat mendengarnya seraya mendongak ke atas mengiyakan kata-kata beliau.


ucapan yang dinanti-nantikan rakyat muncul dengan ucapan bersejarah buat pertama kali Tuan Guru berceramah di dalam stadium malawati. idea pakatan politik baru dan menjemput UMNO, MCA dan MIC bersama-sama pakatan rakyat untuk membawa poltik baru malaysia sungguh baik untuk dikupas dan dibincangkan. kadang-kadang ada humor yang diselitkan membuat rakyat ketawa.hampir jam 12 malam Tuan Guru menamatkan ceramahnya.walaupun singkat tetapi padat dan amat bermakna buat rakyat selangor. mereka menunggu hingga ke akhirnya walaupun esok pagi-pagi mesti bergegas ke tempat kerja.


apa-apa pun tahniah rakyat selangor. tahniah rakyat malaysia. moga ia terus berkekalan dengan semangat muhibbah dan perpaduan yang utuh.

4 ulasan:

Awanama berkata...

SECURITY CENTER: Look Please Here

hisommudin berkata...

Lma tak update bro...tak sihat ke?

Awanama berkata...

Attention! See Please Here

Awanama berkata...

See Please Here