Rabu, Mac 04, 2009

Demam 3 Pilihanraya Kecil


SPR telah mengumumkan Pilihanraya Kecil Batang AI juga sama waktunya dengan 2 pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Nampaknya cakap-cakap rakyat tahun ini tahun pilihnaraya kecil ada benarnya. Tidak pernah lagi terjadi 3 pilihanraya kecil serentak di Malaysia ( kalau ada saya mohon maaf). Kehangatan rakyat menempuh pilihanraya umum yang lalu masih sambung menyambung seolah-olah tidak ada hujungnya. Bolehlah kita anggap tahun ini tahun rakyat celik politik, celik perlembagaan dan celik undang-undang. Kalau sebelum ini mana ada rakyat beria-ia hendak berbincang tentang sejauh mana kuasa Sultan boleh melantik dan menggugurkan seorang Menteri besar. Mana ada rakyat hendak bincang tentang apa itu Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Jarang sekali mahu didengari rakyat berceloteh tentang adakah segala tindakan itu mengikut undang-undang atau tidak. Tetapi senario yang berlaku kini, merubah persepsi rakyat bahawa kehidupan dan politik politik tidak boleh dipisahkan.

Bolehlah kita mengatakan bahawa, mereka yang mengikuti politik negara secara detail sahajalah yang benar-benar mahu melihat ada perubahan kepada landskap politik negara. Yang sekadar ambil tahu dan buat-buat tidak tahu mungkin boleh dikategorikan sebagai manusia yang membiarkan negara nak jadi apa jadilah. Kenapa? Kerana masih ada yang lebih suka melepak-lepak di supermarket, yang pergi kerja balik kerja dan tidur, yang mengadap komputer 24 jam sahaja dan lain-lain.

Nah.. Sekarang musim plihanraya. Saudara-saudari pilih sahaja ke mana mahu pergi, sama ada ke Kedah, Perak atau Sarawak. Apa kata kalian mulakan turning point dengan melazimkan diri dengan gerak kerja-gerak kerja jentera pilihanraya di kawasan-kawasan berkenaan. Kalau dahulu kita hanya mengambil tanggungjawab dengan hanya turun mengundi dan memangkah calon tertentu, sekarang apa kata kita merasai juga apa yang pernah dibuat oleh para petani, pekebun, nelayan, mereka berpendapatan rendah, mereka yang meninggalakn anak isteri berminggu-minggu, mereka yang kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak, mereka yang kadang-kadang ada duit saku kadang-kadang tidak, yang usianya terlalu tua berada di perbatasan, yang sudah pencen, yang bekas tentera, yang tidurnya tidak pernah cukup; semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan memenangkan parti yang mahu kebenaran tertegak di negara ini.

33 hari lagi adalah masa getir.Kerja memenangkan sesebuah parti sepatutnya sudah bermua. mereka yang disebutkan di atas sudah mula bergerak dan bekerja. Sudah semestinya mereka juga menunggu-nunggu kita semua membantu mereka.

Tiada ulasan: