Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Selasa, Mac 10, 2009

Monolog Diri

Assalamualaikum..

Aku tidak sempat untuk mengisi apa-apa dalam blog ini. Beberapa problema timbul. Internet yang 'weng', balik kampung, suami makcik orang rumah meninggal,menguruskan blog yang satu lagi, selalu ke Perak dan macam-macam. Ini merupakan alasan yang aku mahu buat. Walhal, semuanya boleh tidak menjadi masalah sebenarnya. Minggu lepas, aku banyak mendekorasikan blog. Mahu dilihat lebih menarik dan segar ditatapi. Alhamdulillah, setelah beberapa hari membungkamkan mata, ia sudah boleh dibanggakan atas hasil kerja sendiri.

PPSMI aku amat sokong. Sokong kepada penghapusannya. Tidak sangka mood rakyat masih menebal dengan semangat cintakan rakyat dan bahasa ibunda apabila limpahan manusia mengunjungi masjid negara semata-mata mahu bersama-sama dengan cendekiawan dan sasterawan yang mahu pengajaran sains dan matematik kembali kepada Bahasa Melayu. Bolehlah dikatakan ini & Mac 2009 adalah rentetan perasaan meluat rakyat dengan pendirian pemerintah yang selalu berbolak-balik dan tidak demokratik dalam mentadbir negara. Bermula kes rampasan kuasa di Perak dan akan berterusan ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai rakyat akan terus menuntut pembelaan yang sewajarnya. Kerajaan sepatutnya sudah sedar bahawa ini adalah mood rakyat dan signal untuk memiliki sebuah negara yang berprinsip ke arah kebajikan dan kesaksamaan.

Minggu lepas juga adalah minggu kurang sihatku. Batuk, selsema dan demam menjadi peneman. Hatta saat ini pun masih belum kebas batuk-batuk kecilku. Macam-macam ubat kena telan. Nikmat sihatku ditarik seketika agar menjadi peringatan terbaik buatku. Mujur ada peneman hidup yang menjadi pembakar semangat meneruskan kerja buatku walaupun dirinya juga tidak begitu sihat juga. Walaubagaimanapun, akan kupastikan setiap detik masa yang berjalan berisi dengan seribu makna yang bermanfaat.

Biar kaki ini terus melangkah, mencari secangkir nikmat syurgawi. Biar usia terus dimamah, takkan sesaat dibiarkan bersahaja pergi. Andai ada jawapan di penghujung, harap jawapan yang menggunung. Iaitu berita yang baik untuk insan yang baik.

Khamis, November 13, 2008

Mazuan berdenggi

Selepas mendapat panggilan pagi semalam daripada asyraf tentang keadaan mazuan dan anaknya yang kedua-dua kena tahan di wad Hospital Port Dickson, kami ambil keputusan pergi ziarah beliau petang itu juga. Mazuan didapati suspek denggi dan anaknya ada jangkitan pada mata yang menyebabkan mata kanannya membengkak. Teragak-agak juga sebelum sampai Hospital Port Dickson ni, takut sesat sebab yang ada papan tanda ke hospital ni hanyalah yang tertulis 10 km. Selepas itu, aku main agak-agak sahaja, ingat-ingat lupa.Aku pernah lalu dulu daripada melaka ketika pergi ziarah mazuan dahulu. Cadangan aku kepada kerajaan negeri ; pergiat memperbanyakkan papan tanda supaya memudahkan mereka yang pertama kali bertandang ke Negeri Sembilan.

Sampai tepat 7 malam ketika azan maghrib berkemundang terus ke wad 1 katil 21.. bersualah dengan Mazuan yang ditemani Mifrah dan anaknya. anaknya si Shifa' (sama nama dengan anak aku)dah keluar wad setelah dicucuk antibiotik melalui tangan kanannya dan bengkak di mata sudah beransur surut. Keadaan Mazuan masih belum stabil.. terlantar tidak bermaya. aku tengok macam makin kurus sahaja si mazuan ni yang sememangnya sedia kurus. Melalui report yang ada di hujung katil itu, tekanan darahnya agak rendah, 44. Mazuan pula memang tak lalu makan, air hundred plus sudah ada 3 botol besar termasuk yang aku bawa masih tak terluak. Kata meefrah, Mazuan degil sikit nak minum dan makan. Dia tak mahu. Hari ni memang dia tak nak makan. Aku rasa, dia ada tenaga sebab air yang dicucuk masuk melalui tangan kirinya itu. Kalau tidak, dia akan jadi makin lemah lesu. Macam-macam cadangan aku berikan pada Mifrah untuk tambah darah si Mazuan ni. Makan sup ketam, minum air livita honey, kena paksa minum air sampai muntah pun tak apa. Yang paling penting, Mazuan kena minum air banyak-banyak. Denggi ni itu sahaja ubatnya. Rupa-rupanya menurut Mifrah kawasan kuarters guru yang mereka diami itu sudah ramai yang kena suspek denggi. kawasan berdenggilah tu. sebulan 2-3 kali kena fogging.

Dalam 7.30 malam, waktu melawat tamat, terus kami ke surau tunaikan solat maghrib sebelum berusaha mencari sup ketam untuk Mazuan. Senang nanti Mifrah bawakan besok suruh Mazuan telan. Kami cari banyak kedai, tapi malang tak ada yang buat sup ketam. Akhirnya kami berhenti makan, perut dah lapar. Seusai makan, kami bertolak pulang dan aku berpesan kepada Mifrah sekali lagi, buatkan sup ketam untuk Mazuan. Moga Mazuan cepat sembuh. Nanti boleh sertai kami ke Cameron Highland.

Jumaat, September 26, 2008

selamat aidilfitri

selamat hari raya fitrah kepada semua. minal a'idin wal faizin. kullu 'aamin wa antum bilkhair.moga ramadhan yang ditinggalkan kali ini adalah yang terbaik. yang paling bermakna, yang paling dirindui, yang paling dikenangi, yang paling baik amal ibadah yang dilakukan. doakan masih ketemu ramadhan tahun hadapan. sambutlah aidilfitri seada-adanya tanda kemenangan umat islam. ingat jiran tetangga yang kesusahan. ingat nasib umat islam yang tidak berkesempatan menyambut aidilfitri seprtimana kita menyambutnya..

Rabu, September 24, 2008

RAMADHAN pasti kuingat pemergianmu




tiap kali ramadhan pasti wajah mulusmu kuingati dan cermati.. sudah 2 ramadhan ketiadaanmu. kumasih ingat, waktu itu aku di kuala lumpur. bergegas pulang bersama adik-adikku ke kampung tatkala dikau dikejarkan ke hospital kuala terengganu. dalam keadaan letih berpuasa sempat juga kami menjengah jasadmu di saat-saat akhir. alhamdulillah kepulanganmu di sisi Yang Esa di bulan yang mulia.19 ramadhan akan menjadi tarikh ingatanku. saban ramadhan wajahmu selalu menjengah benak di kepalaku. seolah-olah turut menyambut ramadhan.. kudoakan kebaikan di dunia dan di akhirat buatmu.

terngiang-ngiang batukmu memecah suasana, sayup-sayup suaramu memangil-manggil namaku.. baju yang kubeli untukmu, itulah baju yang terakhir dirimu sarungi sebelum ditukar di hospital. aku lihat dan tatap wajahmu tatkala sakaratulmaut mencabut nyawamu..

kusedari perubahan dirimu tika kupulang bercuti bersama isteri 2 bulan sebelum pemergianmu. membawa kami bersiar-siar ke pasar..ahh tak pernah dibuat olehmu. hati kecil sudah terasa sesuatu berlaku apabila dikau berkurung di bilik tidur ketika kakiku ini mahu berangkat pulang ke kuala lumpur. ku yang menyambut tanganmu bersalam tanda perpisahan terakhir buatku dan dirimu di kamar tidurmu. mungkin itu tanda-tanda akan kukehilanganmu..

2 tahun sudah berlalu, kullu faat faat, kullu aat, aat.. setiap yang hilang, biarkan hilang, setiap yang datang, biarkan ia datang. moga dikau aman di sana..

Ahad, September 14, 2008

aku dengan harianku

salam 14 ramadhan..

boleh dikatakan setiap hari aku berdepan dengan internet. apabila buka komputer, sudah tentu jari ini juga menekan internet explorer dan mozilla firefox.. pertama buka email, tengok perkembangan kerja dan makluman terkini. kedua buka blog aku.. ketiga harakhdaily.. keempat malaysiakini... kelima Mymetro dan seterusnya.. kadang-kadang teralit juga..

saya suka baca blog.. antara yang selalu dibaca saifulislam, zaharuddin.com, dzulkahiri. tak pasti le pulak depa tengok blog aku.. hidup tidak penting dikenali tapi biar mengenali..

hari ini dalam puasa pun ada orang menzalimi dan dizalimi. puasa tapi tak solat. puasa tapi pakai macam telanjang.. puasa tapi merompak, membunuh.. hmmm depa ni puasa lagu mana noo.. itu nabi kata, puasa depa ni hanya lapar dan dahaga sahaja.. kita kena puasa dengan iimanan wa ihtisaaban . baru la bermakna ramadhan tu..

yang kena diISAkan tu,, banyakkan bersabar dan berdoa.. lani zaman fitnah. benda yang tak dibuat diminta akui pernah buat.. jangan dikejut fitnah yang sedang tidur.
ISA oh ISA.. ingatkan bulan puasa dia rehat.. tapi kena bertugas juga makhluk Allah ini.. entah puasa ke tidak..

adios...

Khamis, September 11, 2008

IFTAR RAMADHAN

Ramadhan Kareem..

boleh dikatakan setiap hari kita beriftar.. ada yang dibuat secara berjamaah.. hari ni pun ada undangan iftar di Bangi.. untuk orang-orang muda. apa tujuan iftar ramai-ramai ni? sudah tentu untuk ikat silaturrahim, mengikat mahabbah dan mengukuhkan kesatuan..
ingat masa kampus dulu iftar ketika training calon.. lepas mengeluarkan suara, ramai-ramai iftar setalam bersama. yang unik ada seorang muslimat india.. masa tu tak islam lagi.. lani dah islam.. ( baca artikel sebelum ini) dia pun turut berpuasa dan berbuka sekali.. makan setalam sekali..dengan muslimat la. alhamdulillah. mungkin berkat Ramadhan. beliau telah memeluk Islam.

lepas berbuka, solat maghrib, tunggu isyak, kemudian tarawih , sambung balik training.. letih tu letihla tapi demi tanggungjawab kita laksanakan juga. akhi R ada berkata" orang lain seronok boleh fokus ibadah sepanjang Ramadhan ni,qiam, qiratul quran tp kita kena training. takpe kita sedang berjihad juga." ya, Nabi pun berperang dalam bulan Ramadhan. pahlawan Islam pun berjihad dalam bulan ramadhan. eh.. kitakan pahlawan juga.

Ahad, Ogos 24, 2008

Allah pemberi hidayah

kita sebagai da'ie kena beri galakkan non muslim untuk berpuasa. teringat saya ketika di kampus dahulu. seorang ahli kabinet saya dalam MPMUM 02/03 ada seorang indian. panggilan mesranya Kajol. nama sebenar Nishansini a/p bashkaran GK. bulan ramadhan dia puasa dan berbuka sekali dengan kami. makan dalam talam tu.. kami selalu sembang-sembang sesama kami moga dia mendapat petunjuk ilahi. target sebelum habis sesi dia peluk Islam. tapi apakan daya hidayah itu milik Allah.. doakan beliau diberi hidayah. ( posting pada rabu 2007 september 26 Moga Dilorongkan Hidayah)


Alhamdulillah.. hari ini, hari yang amat mengujakan saya. perasaan bercampur baur. terkejut, gembira, sayu dan lega. satu berita yang ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan. itulah yang dikatakan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Doa itu senjata Mukmin. kalian pasti masih ingat pada cerita di atas. seorang hambaNya yang sentiasa dalam ingatan kami di dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2002/2003.Nishansini a/p bashkaran GK dikenali dengan Kajol.

sahabat saya yang juga MT MPMUM sesi ini membawa perkhabaran gembira buat umat Islam. terima kasih Nor Hidayah Kassim atas info bahagia ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa sahabat-sahabat yang mengenalinya, Nishansini telah memeluk Islam sebuah agama yang benar sebelum ramadhan .Allahu Akbar.

hati mana yang tidak sayu.. air mata mana yang tidak mahu menitis.. mendengar khabar gembira.. orang yang kita kenali telah bersama-sama dengan agama kita. saya doakan Nisha akan menjadi muslimah solehah. yang berpegang teguh pada ajaran islam. kita maklum pasti banyak cabaran yang akan ditempuhinya baik daripada keluarganya atau masyarakat sekeliling. ( artikel ini ditulis pada 5 november 2007)





artikel sudah ditulis lama dahulu. tetapi atas sebab-sebab tertentu, ditangguhkan dahulu penyiarannya.. rasanya sekarang sudah boleh untuk ditatap bersama.

Jumaat, Jun 27, 2008

Azhan Atan Terbaik



dunia ini untuk semua.. tidak terkecuali satu pun makhluk Allah untuk memakmurkannya.. baik yg sempurna, baik yang kaya, baik yang senang,, mahupun yang tidak sempurna, mahupun yang susah, mahupun yang miskin.. semuanya adil untuk kita.. kadang-kadang apa yang kita sangka itu yang terbaik untuk kita sebenar sebaliknya.. yang buruk kita sangkakan bukan milik kita, sebenar itu yang sesuai dengan kita. usaha tangga kejayaan. disusuli dengan doa dan tawakal kepada tuhan.. uh.. sudah lama tidak menulis dalam blog.. entah mengapa terasa kurang teruja semenjak dua menjak ini.. ramai yang bertanya sinis mengapa tidak menulis.. ada yang berkata bukan menulis tapi letak gambar dan video semata.. akui diri ini tidak petah untuk berkata dan menulis. mungkin belum tiba zauk untuk itu... sekadar seronok membaca dan menelaah tulisan manusia lain.. insya Allah berkesempatan saya akan menulis seperti yang lain... akhi zulkhairi, mamat.com, zamri.com, zainufaqar, dan sebagainya.. kalian sudah menemui turning point untuk istiqamah menulis.. teruskan dan jangan tinggalkan..

Jumaat, November 16, 2007

AL-FATIHAH

Guru lemas selamat pelajar dibawa arus

Oleh Hamid Salleh


KENANGAN: Kad undangan perkahwinan Rosidi yang diedarkan. Gambar kecil Rosid

Hasrat Rosidi mahu kahwin bulan depan tak kesampaian

KUALA BERANG: Hasrat seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, untuk melangsungkan pernikahan pada musim cuti sekolah ini tidak kesampaian apabila lemas di Air Terjun Sekayu, petang kelmarin.

Mangsa, Rosidi Sulaiman, 27, dari Selama, Kedah, lemas ketika menyelamatkan seorang pelajarnya, Siti Amirah Zulkifly, 16, yang dibawa arus ketika mengambil contoh air di kawasan rekreasi itu kira-kira jam 4.30 petang
Allahyarham dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember ini dengan tunangnya, Siti Aina Hussuin, 24, dari Shah Alam, Selangor.
Siti Aina yang kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ketika dihubungi, berkata beliau terkejut apabila mendapat panggilan daripada rakan sebilik Allahyarham kira-kira jam 6.30 petang.
"Kali terakhir Rosidi menghubungi saya jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu akan pergi Sekayu bersama pelajarnya," katanya.
Siti Aina berkata, dia bersama keluarga pergi ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Permatang Pasir untuk melihat Rosidi sebelum dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi.
"Kami bertunang hampir setahun lalu dan kad jemputan kahwin sudah diedarkan dan saya menerima takdir Ilahi walaupun berasa kehilangannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Kamarudin Mohd Zakaria, berkata Allahyarham bersama tiga pelajar perempuan pergi ke kawasan air terjun untuk membuat kajian mengenai air di kawasan itu.
Katanya, Siti Amirah berasal dari Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan dibawa arus deras ketika mengambil contoh air.
"Allahyarham dikatakan terjun menyelamatkan pelajarnya sebelum hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui di pejabat di sini, semalam.
Kamarudin berkata, dua lagi pelajar, Nor Adilla Muhammad, 16, berasal Kota Bharu dan Nor Liyana Mohamad, 16, Wakaf Baru, Kota Bharu kemudian meminta bantuan daripada kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Teman sekampus dahulu di universiti malaya.. bersama-sama menceburkan diri dalam politik kampus walaupun berlainan proksi... pelajar Fakulti Sains. al-Fatihah..