Khamis, November 13, 2008

Mazuan berdenggi

Selepas mendapat panggilan pagi semalam daripada asyraf tentang keadaan mazuan dan anaknya yang kedua-dua kena tahan di wad Hospital Port Dickson, kami ambil keputusan pergi ziarah beliau petang itu juga. Mazuan didapati suspek denggi dan anaknya ada jangkitan pada mata yang menyebabkan mata kanannya membengkak. Teragak-agak juga sebelum sampai Hospital Port Dickson ni, takut sesat sebab yang ada papan tanda ke hospital ni hanyalah yang tertulis 10 km. Selepas itu, aku main agak-agak sahaja, ingat-ingat lupa.Aku pernah lalu dulu daripada melaka ketika pergi ziarah mazuan dahulu. Cadangan aku kepada kerajaan negeri ; pergiat memperbanyakkan papan tanda supaya memudahkan mereka yang pertama kali bertandang ke Negeri Sembilan.

Sampai tepat 7 malam ketika azan maghrib berkemundang terus ke wad 1 katil 21.. bersualah dengan Mazuan yang ditemani Mifrah dan anaknya. anaknya si Shifa' (sama nama dengan anak aku)dah keluar wad setelah dicucuk antibiotik melalui tangan kanannya dan bengkak di mata sudah beransur surut. Keadaan Mazuan masih belum stabil.. terlantar tidak bermaya. aku tengok macam makin kurus sahaja si mazuan ni yang sememangnya sedia kurus. Melalui report yang ada di hujung katil itu, tekanan darahnya agak rendah, 44. Mazuan pula memang tak lalu makan, air hundred plus sudah ada 3 botol besar termasuk yang aku bawa masih tak terluak. Kata meefrah, Mazuan degil sikit nak minum dan makan. Dia tak mahu. Hari ni memang dia tak nak makan. Aku rasa, dia ada tenaga sebab air yang dicucuk masuk melalui tangan kirinya itu. Kalau tidak, dia akan jadi makin lemah lesu. Macam-macam cadangan aku berikan pada Mifrah untuk tambah darah si Mazuan ni. Makan sup ketam, minum air livita honey, kena paksa minum air sampai muntah pun tak apa. Yang paling penting, Mazuan kena minum air banyak-banyak. Denggi ni itu sahaja ubatnya. Rupa-rupanya menurut Mifrah kawasan kuarters guru yang mereka diami itu sudah ramai yang kena suspek denggi. kawasan berdenggilah tu. sebulan 2-3 kali kena fogging.

Dalam 7.30 malam, waktu melawat tamat, terus kami ke surau tunaikan solat maghrib sebelum berusaha mencari sup ketam untuk Mazuan. Senang nanti Mifrah bawakan besok suruh Mazuan telan. Kami cari banyak kedai, tapi malang tak ada yang buat sup ketam. Akhirnya kami berhenti makan, perut dah lapar. Seusai makan, kami bertolak pulang dan aku berpesan kepada Mifrah sekali lagi, buatkan sup ketam untuk Mazuan. Moga Mazuan cepat sembuh. Nanti boleh sertai kami ke Cameron Highland.

Jumaat, September 26, 2008

selamat aidilfitri

selamat hari raya fitrah kepada semua. minal a'idin wal faizin. kullu 'aamin wa antum bilkhair.moga ramadhan yang ditinggalkan kali ini adalah yang terbaik. yang paling bermakna, yang paling dirindui, yang paling dikenangi, yang paling baik amal ibadah yang dilakukan. doakan masih ketemu ramadhan tahun hadapan. sambutlah aidilfitri seada-adanya tanda kemenangan umat islam. ingat jiran tetangga yang kesusahan. ingat nasib umat islam yang tidak berkesempatan menyambut aidilfitri seprtimana kita menyambutnya..

Rabu, September 24, 2008

RAMADHAN pasti kuingat pemergianmu




tiap kali ramadhan pasti wajah mulusmu kuingati dan cermati.. sudah 2 ramadhan ketiadaanmu. kumasih ingat, waktu itu aku di kuala lumpur. bergegas pulang bersama adik-adikku ke kampung tatkala dikau dikejarkan ke hospital kuala terengganu. dalam keadaan letih berpuasa sempat juga kami menjengah jasadmu di saat-saat akhir. alhamdulillah kepulanganmu di sisi Yang Esa di bulan yang mulia.19 ramadhan akan menjadi tarikh ingatanku. saban ramadhan wajahmu selalu menjengah benak di kepalaku. seolah-olah turut menyambut ramadhan.. kudoakan kebaikan di dunia dan di akhirat buatmu.

terngiang-ngiang batukmu memecah suasana, sayup-sayup suaramu memangil-manggil namaku.. baju yang kubeli untukmu, itulah baju yang terakhir dirimu sarungi sebelum ditukar di hospital. aku lihat dan tatap wajahmu tatkala sakaratulmaut mencabut nyawamu..

kusedari perubahan dirimu tika kupulang bercuti bersama isteri 2 bulan sebelum pemergianmu. membawa kami bersiar-siar ke pasar..ahh tak pernah dibuat olehmu. hati kecil sudah terasa sesuatu berlaku apabila dikau berkurung di bilik tidur ketika kakiku ini mahu berangkat pulang ke kuala lumpur. ku yang menyambut tanganmu bersalam tanda perpisahan terakhir buatku dan dirimu di kamar tidurmu. mungkin itu tanda-tanda akan kukehilanganmu..

2 tahun sudah berlalu, kullu faat faat, kullu aat, aat.. setiap yang hilang, biarkan hilang, setiap yang datang, biarkan ia datang. moga dikau aman di sana..

Selasa, September 16, 2008

kemenangan Badar

salam ramadhan

dua keputusan yang positif kepada PAS dalam bulan ramadhan ini menyaksikan cerita gembira buat parti ini.. terima kasih kepada mahkamah yang membuat keputusan yang adil dan saksama.. DUN Sanglang kembali kepada penyandang 3 sesi terdahulu setelah 3 bulan dikosongkon semenjak 14 jun dahulu.. DUN Manir kekal juga kepada pemenang pilihanraya umum 8 mac juga.. tahniah kepada Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Dato' Harun Taib..
kemenangan BADAR menjelma..

rakyat malaysia sebenarnya menunggu-nunggu kemenangan badar yang lebih bermakna dengan tarikh 16 september.. peralihan daripada batil kepada hak, daripada zulumat kepada nur, daripada songsang kepada lurus, tunggu terus tunggu.. andai benar berlaku, harap ia lebih molek daripada yang sedia ada lani..

bersiap sedialah semua kakitangan kerajaan, mengubah corak pemikiran dan pandangan songsang.. menerima dengan tangan terbuka kehendak rakyat yang dahagakan pembaikpulihan good governance. harapnya dinilai semula Akta-akta drokonian yang menyusahkan rakyat dan mahasiswa. sucikan semula media massa yang penuh kebusukan dan noda fitnah.

sudah boleh mula berfikir untuk wujudkan qutlah dakwah yang lebih tersusun untuk pemurnian masyarakat yang baik dan sejahtera...

Ahad, September 14, 2008

aku dengan harianku

salam 14 ramadhan..

boleh dikatakan setiap hari aku berdepan dengan internet. apabila buka komputer, sudah tentu jari ini juga menekan internet explorer dan mozilla firefox.. pertama buka email, tengok perkembangan kerja dan makluman terkini. kedua buka blog aku.. ketiga harakhdaily.. keempat malaysiakini... kelima Mymetro dan seterusnya.. kadang-kadang teralit juga..

saya suka baca blog.. antara yang selalu dibaca saifulislam, zaharuddin.com, dzulkahiri. tak pasti le pulak depa tengok blog aku.. hidup tidak penting dikenali tapi biar mengenali..

hari ini dalam puasa pun ada orang menzalimi dan dizalimi. puasa tapi tak solat. puasa tapi pakai macam telanjang.. puasa tapi merompak, membunuh.. hmmm depa ni puasa lagu mana noo.. itu nabi kata, puasa depa ni hanya lapar dan dahaga sahaja.. kita kena puasa dengan iimanan wa ihtisaaban . baru la bermakna ramadhan tu..

yang kena diISAkan tu,, banyakkan bersabar dan berdoa.. lani zaman fitnah. benda yang tak dibuat diminta akui pernah buat.. jangan dikejut fitnah yang sedang tidur.
ISA oh ISA.. ingatkan bulan puasa dia rehat.. tapi kena bertugas juga makhluk Allah ini.. entah puasa ke tidak..

adios...

Sabtu, September 13, 2008

teliti dalam bertindak

salam ramadhan..

teringat kisah khalid alwalid diminta oleh Rasulullah s.a.w memerangi kaum bani mutalib. pesanan nabi kepada khalid, sebelum perangi mereka selidiki dahulu. sudah pasti seorang jeneral yang terkenal dengan kebijaksanaan berstrategi dalam mana-mana peperangan akan menurut perintah nabi dan menghantar pasukan perisik. hasil risikan, kaum tersebut selamat diperangi oleh tentera khalid atas maklumat yang didapati.

kisah ini adalah sebahagian daripada nuzul ayat 6 surah al-hujurat.

"wahai orang-orang yang beriman, jika datang seseorang fasik dengan membawa sesuatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahu keadaannya (secara jahil), maka dengan itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."

kisahnya bermula apabila nabi mengutuskan al-walid bin aqabah mengambil harta sedekah dari bani mutalib. setibanya di sana, alwalid dapati mereka keluar berama-ramai untuk mengeluarkan sedekah. al-walid kaget dan beranggapan penduduk bani mutalib mahu mengejarnya dan memukulnya. al-walid memaklumkan kepada nabi penduduk bani mutalib telah murtad. kemudian nabi mengumpulkan bala tentera dan menugaskan khalid al-walid mengetuainya. setiba khalid di perkampungan itu, dihantar perisik untuk pastikan kesahihahn maklumat. hasil risikan pengintip dapati kedengaran suara azan dan mereka menunaikan solat. maka khalid bertemu dengan mereka setelah tiba pagi dan didapati mereka adalah orang Islam. pasti. pulanglah Khalid al-walid ke madinah unutk memaklumkan hal sebenar kepada nabi. maka selamatlah penduduk bani mutalib daripada diserang daripada saudara mereka sendiri..

pengajarannya;
1- jangan tergopoh-gapah dalam tindakan
2- selidiki dahulu sebarang berita buruk yang diterima
3- jangan cepat menghukum

Khamis, September 11, 2008

IFTAR RAMADHAN

Ramadhan Kareem..

boleh dikatakan setiap hari kita beriftar.. ada yang dibuat secara berjamaah.. hari ni pun ada undangan iftar di Bangi.. untuk orang-orang muda. apa tujuan iftar ramai-ramai ni? sudah tentu untuk ikat silaturrahim, mengikat mahabbah dan mengukuhkan kesatuan..
ingat masa kampus dulu iftar ketika training calon.. lepas mengeluarkan suara, ramai-ramai iftar setalam bersama. yang unik ada seorang muslimat india.. masa tu tak islam lagi.. lani dah islam.. ( baca artikel sebelum ini) dia pun turut berpuasa dan berbuka sekali.. makan setalam sekali..dengan muslimat la. alhamdulillah. mungkin berkat Ramadhan. beliau telah memeluk Islam.

lepas berbuka, solat maghrib, tunggu isyak, kemudian tarawih , sambung balik training.. letih tu letihla tapi demi tanggungjawab kita laksanakan juga. akhi R ada berkata" orang lain seronok boleh fokus ibadah sepanjang Ramadhan ni,qiam, qiratul quran tp kita kena training. takpe kita sedang berjihad juga." ya, Nabi pun berperang dalam bulan Ramadhan. pahlawan Islam pun berjihad dalam bulan ramadhan. eh.. kitakan pahlawan juga.

Jumaat, September 05, 2008

1 RAMADHAN 1 SEPTEMBER


kebetulan tahun ini 1 ramadhan disambut dengan tarikh 1 september.. jadi tak susah sangat nak mengira hari-hari berlalu dalam bulan ramadhan. nak set tarikh untuk bulan ramadhan pun agak senang.. biasa kalau ada program ihya' ramadhan, mereka menggunakan tarikh hijrah. " ustaz, datang ceramah ye 6 ramadhan" kalau sebelum ni kita tanya balik " 6 ramadhan tu bile ek? " untuk tahun ni, senang dan mudah ingat. kalau nuzul quran 17 ramadhan, bermaksud 17 september..

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :


Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

moga-moga kita semua di kalangan orang yang bertaqwa sepanjang tahun. bukan bertaqwa bulan ramadhan sahaja. maksud taqwa ialah memelihara diri daripada siksaan dan kemurkaan Allah Ta’ala dengan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

kita pun berharap semua pimpinan negara beriman dan bertaqwa. di bulan ramadhan yang mulia, kalau perkara itu benar katakanlah ia benar. kalaulah benar imam ramlang sanggup berbohong baru-baru ini, tak layak beliau diangkat menjadi imam masjid. tapi kalau pegawai khas TPM yang berbohong, kita berharap cepat-cepat bertaubat dan mendapat keampunan Allah. bulan puasa ni...

semoga kita perbanyakkan amalan, hindari dosa. puasa perut, puasa telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan seluruh anggota badan yang lain. biar mulut busuk pada bulan ini, tetapi nanti semerbak harum bak kasturi.

Khamis, Ogos 28, 2008

pengakuan Imam Ramlang poringi



inilah imam yang memalit luka kepada Bn dalam permatang pauh baru-baru ini. pengakuan beliau sudah cukup untuk BN rebah tersungkur. jangan cuba memperkotak katikkan golongan yang beragama. mereka ada maruah dan harga diri. dan mereka berani menyatakan yang hak dan menafikan yang batil. sama-sama kita doakan Imam Ramlang dimurahkan rezeki seandai beliau dilucutkan jawatan sebagai imam masjid wilayah. sejarah pasti berulang seperti mana imam masjid Shah Alam, Ustaz kamal dahulu dilucutkan jawatan sebagai imam gara-gara kuliahnya tentang manusia bertukar menjadi khnzir. Syabas dan tahniah di atas keberanian anda menanggung risiko yang akan menimpa anda.

apa khabar pak anwar- ahli parlimen baru

apa khabar pak anwar hari ini ya? hari ini sudah mulai menjadi ahli parlimen yang sah. ditakdirkan nanti pak anwar akan mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen permatang pauh dan menjadi ketua pembangkang. bisa gamat dewan rakyat hari ini. dikhabarkan ramai yang mahu menyaksikan peristiwa bersejarah ini di parlimen. kawan-kawan dari utara ada yang sanggup turun nak ke parlimen. katanya nak saksi pak anwar mengangkat sumpah. haa hari ini pak anwar dah bersumpah tapi bukan sumpah macam saiful. lafaznya pun berlainan tidak ada lafaz wallahi, wabillahi watallahi. sumpah pak anwar ini sah.tak ada polemik kata tidak sah atau sah. tidak buat di masjid. tidak ada imam muda masjid wilayah yang selepas ini kena buat road show untuk membersihkan namanya dan memberitahu sumpah pak anwar penuh curiga. tidak pasti mufti wilayah mahu menyatakan apa dengan sumpah pak anwar.
cuba kubayangkan nanti gaya pak anwar nanti. sudah pasti berbaju kemeja, berkot dan bertali lahir dan bersongkok agak tinggi dan senget ala P.Ramlee. lensa kamera ke sana sini. fuhh sudah pasti para wartawan paling ramai kali ini. agak-agak tersangku-sangkut perjalanan pak anwar sebelum sampai ke dewan rakyat. macamana pula ahli parlimen pakatan rakyat? sudah tentu tak sabar-sabar nak melihat pak anwar pula bersilat di dalam dewan. ahli parlimen BN? sudah pasti punggung saiful menjadi bahan perli untuk merendah-rendahkan kredibiliti ahli parlimen yang paling baru. pak anwar menjadi ahli parlimen bongsu. jadi kena banyak belajar daripada ahli parlimen yang lain agaknya. jaga-jaga ahli parlimen rembau, jangan cakap yang bukan-bukan. jaga-jaga ahli parlimen jerlun, jasa ayahandamu tersemat di kalbu pak anwar. pak lah apa mahu kata hari ini? kekalahan baru-baru ini mungkin kecil katanya dan tidak memberi impak besar kepada perubahan politik negara. kita tunggu dan lihat. najib pula bagaimana pula nak bersua muka? tepuk dada tanya selera anda. ezam di luar sana apa pula yang mahu dibongkarkan? mungkin ada lagi fail-fail yang berkotak-kotak disembunyikan. kawan lama pak anwar nallakarupan dah bersedia agaknya dengan RM60 juta untuk didedahkan.. hebat,hebat. politik malaysia semakin menarik untuk ditelusuri...

Rabu, Ogos 27, 2008

TAHNIAH JENTERA PAKATAN RAKYAT


semuanya sudah selesai buat masa ini di permatang pauh. kemenangan yang diduga sebelum ini sudah terjawab dengan majoriti yang cuku besar. tahniah kepada jentera pilihanraya PAS, PKR dan DAP. kemenangan ini bukan sahaja faktor batang tubuh anwar semata tetapi kekuatan jentera Pakatan Rakyat dan kobalarasi pakatan rakyat menterjemahkan kemenangan ini kepada rakyat. sumpah saiful memakan diri BN. pembelaan mufti wilayah tidak sempat untuk membantu BN mengurangkan mojoriti Anwar. keberanian Imam muda Ramlang harus dicontohi dan dihargai. kesepakatan pimpinan dalam memastikan suara keramat rakyat harus didokongi terus menerus. nah sekarang landskap politik malaysia berubah sekali lagi setelah 8 mac. orang yang ditunggu-tunggu untuk mewarnai suci terhadap kebobrokan politik malaysia sudah muncul. perancangan memerintah perlu dikira-kira sekarang.. bagaimana ekonomi malaysia? sudah pasti pelabur-pelabur sedang berhati-hati dengan senario politik di malaysia. andai tidak stabil, mereka akan tawaquf sementara untuk melabur, bagaimana perkiraan kakitangan-kaitangan kerajaan? adakah sudah bersedia menerima angin baru atau biarkan ia berlalu seperti angin.bagaimana pula soal agama rasmi malaysia? adakah akan terus diperkasa atau tidak semakin lunak di tanah air yang penuh sejarah kegemilangan Islam? bagaimana pula dengan bahasa melayu? terus dimartabat atau ketepikan sahaja soal ini. yang penting mencari mereka yang akan melompat ke Pakatan rakyat.apa khabar pula dengan ahli-ahli parti? bersedia bertahaluf siyasi dan berlapang dada dengan masalah-masalah yang timbul? apa khabar YB2? jangan mudah untuk lupa diri dan mengangap diri itu kuat dan boleh berdiri sendiri tanpa sokongan hali bawahan..
hmm... banyak persoalan yang perlu dirungkai... Tahniah rakyat malaysia...

Selasa, Ogos 26, 2008

Penentu Rakyat Malaysia

26 Ogos, 2008 00:29 AM

Masa Depan Negara Masih Di Bahu BN, Kata Najib

BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos (Bernama) -- Masa depan negara terletak di bahu Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh esok, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan pengalaman mentadbirkan negara yang begitu lama, tiada sebab rakyat memilih parti lain semata-mata terpengaruh dengan kehebatan pidato pendokongnya.

Berucap pada perjumpaan dengan pengundi kawasan Tanah Liat dekat sini Isnin malam, beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya petah berpidato malah sejak kebelakangan ini banyak menyerang peribadinya seperti dikaitkan dengan wanita Mongolia.

Najib berkata, beliau telah bersumpah di masjid bahawa beliau langsung tidak mengenali wanita itu.

Walaupun sumpah dilakukan namun Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon parti itu bagi kerusi parlimen Permatang Pauh masih membangkitkan isu tersebut.

Sementara itu Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata, nama Najib langsung tiada kena mengena dengan kes Altantuya Shaaribu, wanita yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Umno itu.

Beliau memberitahu Bernama bahawa tiada barang kes yang boleh dikaitkan dengan Najib malah tiada siapapun yang dapat memberi bukti baru mengenainya.

Katanya, beliau telah mendapat restu kerajaan Mongolia untuk membersihkan nama Najib daripada kes itu.

Syed Abdul Rahman turut berucap pada majlis itu bagi menjelaskan isu berkenaan. (sumber Bernama)



hmm.. pengalaman mengajar seseorang untuk menjadi lebih dewasa.. pengalaman mengajar kita mengenalpasti mana yang baik dan yang buruk. pengalaman juga menentukan sama ada perlu kekal dengan pengalaman yang lalu atau mencipta sesuatu yang baru untuk dijadikan pengalaman.

kalau BN sudah lama mencipta pengalaman memerintah, pembangkang juga sudah lama menghiasi landskap politik malaysia dan sudah banyak belajar daripada pengalaman untuk memerintah...

adakah masa depan negara satu-satunya teletak dibahu BN? siapa yang menentukan sesuatu itu berkuasa? dan siapa yang menentukan sesuatu itu tidak berkuasa? adakah BN sudah mula untuk merampas kuasa itu dari Yang Maha Kuasa?

sumpah saiful dibela


sudah kuagak siapa yang akan membela saiful dan merendah-rendahkan imam muda masjid wilayah.. mufti wilayah telah menyambut saranan najib. yang layak tentukan sah atau tidak sah sumpah yang dibuat saiful ialah mufti.itu kata najib tun razak..ini adalah tugas kedua mufti wilayah selepas mempertahankan sumpah menggunakan al-quran oleh saiful. plot cerita terpaksa ditukar lagi apabila tindakan berani ramlang poringi demi membersihkan namanya yang dicemari dilakukan di permatang pauh.. dato' wan zahidi perlu menjadi penyelamat supaya cerita ini tidak ending begitu sahaja.terus disoal status kelayakan imam muda,apa tugas yang dia disana, hanya sebagai membetulkan tajwid bukan hukum hakam, apa dia punya tahap pendidikan.. rentak tari terus berjalan.. kita lihat siapa yang kena..moga esok kemenangan kepada rakyat. tidak kepada penindas rakyat..

Isnin, Ogos 25, 2008

PARTI-PARTI DI MALAYSIA

Terdapat 27 parti politik di Malaysia, iaitu 15 di Semenanjung, 7 di Sabah dan 5 di Sarawak.

SENARAI PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA


1. Barisan Nasional - National Front
2. Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia(BERJASA)
3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)- Malaysian People's Movement Party
4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)- Sarawak National Party (SNAP)
5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)- United Sarawak Native Inheritance Party (PBB)
6. Parti Progresif Penduduk (PPP)- People’s Progressive Party (PPP)
7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak - Sarawak United People’s Party
8. Parti Islam Se Malaysia (PAS)- Islamic Party Of Malaysia (PAS)
9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)- Malaysian Indian Muslim Congress Party
10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia - Malaysian Workers Party
11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)- Malaysian People’s Party
12. Parti Tindakan Demokratik - Democratic Action Party (DAP)
13. Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)-United Pasok Nunukragang National Organization (PASOK)
14. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)- Sarawak Bansa Dayak Party
15. Parti Bersatu Sabah (PBS)- Sabah United Party
16. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat - Community Coalition Congress Party
17. Parti Liberal Demokratik-Sabah - Liberal Democratic Party-Sabah
18. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)- Federation Sabah People Front Party (BERSEKUTU)
19. Parti Keadilan Rakyat - National Justice Party
20. Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)- United Sabah People Force Democratic Party (SETIA)
21. Parti Maju Sabah (PMS)- Sabah Progressive Party
22. Parti Reformasi Negeri (STAR)- State Reform Party (STAR)
23. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)- United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation (UPKO)
24. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia AKIM)- Malaysian People Justice Force Party (AKIM)
25. Parti Demokratik Malaysia (MDP)- Malaysian Democratic Party (MDP)
26. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)- All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF)
27. Parti Punjabi Malaysia (PPM)-

http://www.spr.gov.my

permatang pauh.. punat untuk berubah dan merubah


Permatang Pauh menjadi tumpuan sejak 16 ogos lagi. tika mana warga guru bercuti, warga penggerak parti bertungkus lumus mengerah jentera pilihanraya.. satu malaysia memberi tumpuan di sini..

kawan-kawan sudah ke sana dan memberi berita senario di sana.. hmm kalau tidak ada apa-apa yang ganjil, dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka menang majoriti besar. mungkin sama dengan penyandang sebelum ini 13 ribu, atau 20 ribu... kalau berlaku yang pelik sudah pasti 10 ribu pengundi hantu berjaya melaksanakan tugas dengan baik.. apa-apa pun biar menang dengan saksama dan sekiranya tewas dengan mulia.. kalau menang dengan penipuan tunggulah kebinasaan dan kalau kalah dengan pertarungan yang sihat tunggulah datangnya rahmat Tuhan.

ayuh rakyat permatung pauh, tunaikan tanggungjawab anda selaku pengundi bijaksana, hindar parti yang korup dan penuh kebusukan. pilihlah pakatan yang membela rakyat agar penindasan akan tenggelam selama-lamanya.

Ahad, Ogos 24, 2008

Allah pemberi hidayah

kita sebagai da'ie kena beri galakkan non muslim untuk berpuasa. teringat saya ketika di kampus dahulu. seorang ahli kabinet saya dalam MPMUM 02/03 ada seorang indian. panggilan mesranya Kajol. nama sebenar Nishansini a/p bashkaran GK. bulan ramadhan dia puasa dan berbuka sekali dengan kami. makan dalam talam tu.. kami selalu sembang-sembang sesama kami moga dia mendapat petunjuk ilahi. target sebelum habis sesi dia peluk Islam. tapi apakan daya hidayah itu milik Allah.. doakan beliau diberi hidayah. ( posting pada rabu 2007 september 26 Moga Dilorongkan Hidayah)


Alhamdulillah.. hari ini, hari yang amat mengujakan saya. perasaan bercampur baur. terkejut, gembira, sayu dan lega. satu berita yang ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan. itulah yang dikatakan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Doa itu senjata Mukmin. kalian pasti masih ingat pada cerita di atas. seorang hambaNya yang sentiasa dalam ingatan kami di dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2002/2003.Nishansini a/p bashkaran GK dikenali dengan Kajol.

sahabat saya yang juga MT MPMUM sesi ini membawa perkhabaran gembira buat umat Islam. terima kasih Nor Hidayah Kassim atas info bahagia ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa sahabat-sahabat yang mengenalinya, Nishansini telah memeluk Islam sebuah agama yang benar sebelum ramadhan .Allahu Akbar.

hati mana yang tidak sayu.. air mata mana yang tidak mahu menitis.. mendengar khabar gembira.. orang yang kita kenali telah bersama-sama dengan agama kita. saya doakan Nisha akan menjadi muslimah solehah. yang berpegang teguh pada ajaran islam. kita maklum pasti banyak cabaran yang akan ditempuhinya baik daripada keluarganya atau masyarakat sekeliling. ( artikel ini ditulis pada 5 november 2007)





artikel sudah ditulis lama dahulu. tetapi atas sebab-sebab tertentu, ditangguhkan dahulu penyiarannya.. rasanya sekarang sudah boleh untuk ditatap bersama.

Jumaat, Jun 27, 2008

Azhan Atan Terbaik



dunia ini untuk semua.. tidak terkecuali satu pun makhluk Allah untuk memakmurkannya.. baik yg sempurna, baik yang kaya, baik yang senang,, mahupun yang tidak sempurna, mahupun yang susah, mahupun yang miskin.. semuanya adil untuk kita.. kadang-kadang apa yang kita sangka itu yang terbaik untuk kita sebenar sebaliknya.. yang buruk kita sangkakan bukan milik kita, sebenar itu yang sesuai dengan kita. usaha tangga kejayaan. disusuli dengan doa dan tawakal kepada tuhan.. uh.. sudah lama tidak menulis dalam blog.. entah mengapa terasa kurang teruja semenjak dua menjak ini.. ramai yang bertanya sinis mengapa tidak menulis.. ada yang berkata bukan menulis tapi letak gambar dan video semata.. akui diri ini tidak petah untuk berkata dan menulis. mungkin belum tiba zauk untuk itu... sekadar seronok membaca dan menelaah tulisan manusia lain.. insya Allah berkesempatan saya akan menulis seperti yang lain... akhi zulkhairi, mamat.com, zamri.com, zainufaqar, dan sebagainya.. kalian sudah menemui turning point untuk istiqamah menulis.. teruskan dan jangan tinggalkan..

Selasa, April 01, 2008

stadium malawati 31 Mac


sumber gambar: www.harakahdaily.net


coretan kecil ini mahu dikongsi bersama. kesempatan saya ke stadium malawati semalam buat pertama kali setelah hampir lapan tahun berada di lembah klang menggambarkan sesuatu yang di luar biasa akan berlaku. tepat jam 6.00 petang kaki ini melangkah masuk ke dewan besar ini. sungguh besar dan sayup mata memandang ke sudut hujung hadapan. setelah selesai beberapa urusan di luar stadium, saya mengelilingi stadium dari kerusi ke kerusi satu pusingan. turun ke bawah. pusing luar stadium. melihat di sebelah tepi stadium ini ada lgi yang lebih besar iaitu stadium shah alam. mungkin satu hari nanti saya ke sana buat kali kedua pula.

hati mula tersentuh apabila laungan azan pertama di stadium ini dikumandangkan. rakyat mula bersesak-sasak mencari saf untuk tunaikan solat maghrib.maghrib bersama-sama rakyat hampir memenuhi separuh ruang tengah stadium. agak saya malam ni ruang tengah ini penuh dan kerusi-kerusi yang ada tidak hampir penuh.agak saya rakyat selangor tidak seperti rakyat kelantan yang boleh memenuhi stadium di kelantan.setelah usai solat pengumuman dibuat.ketibaan Presiden PAS.serentak dengan itu laungan takbir bergema. wah ini pertama kali stadium ini menerima laungan takbir. nampak kesukaran Tuan Guru nak meneruskan perjalanan apabila rakyat berpusu-pusu bersalaman dengan beliau.selang beberapa minit laungan takbir bergema lagi.. ketibaan Tan sri khalid.. pun sama ada kesukaran untuk Tan Sri berjalan apabila menerima situasi yang sama.

azan Isya' dilaungkan oleh ustaz Nizamuddin sungguh menghiris hati kecil mereka yang mendengarnya. rakyat mula bergegas memenuhi ruang untuk solat.nyata tempat tidak mencukupi. kelihatan ada yang akan solat di celah-celah kerusi.ada yang akan solat di atas kerusi sahaja. dan ada yang bersolat di tingkat atas.saya bersolat di atas di sudut hujung bersama makmum yang lain. tenang dan sepi sahaja stadium ini memuatkan mereka yang sedang rukuk dan sujud kepada Allah.pertama kali agaknya...

setelah selesai solat hajat yang dimamkan oleh Tuan Guru satu laungan takbir yang bergema dan cukup kuat kedengaran. majlis bermula dengan bacaan suci al-Quran oleh ustaz Nizamuddin.. sungguh sedap dan lunak bacaan beliau. kemudian disusuli persembahan nasyid oleh kumpulan islamic voice dan yang 'respek'nya Inteam pun bersama-sama memeriahkan majlis malam ini dengan persembahannya. lagu ' Ayyuha al-shabab" yang dikumandangkan mengingatkan saya pada zaman sekolah dahlu, cukup sinonim dengan pelajar KISAS. majlis rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. cukup patriotik dan gema yang dikeluarkan sehingga mencecah hujung jantung.kemudian diikuti dengan lagu rasmi PAS. sejarah beb.

saya berada di tingkat dua bersama-sama dengan unit IT,media tv pas, web tv dan technihian p.a system.dari atas melihat ke bawah sudah tidak ada ruang kosng. saya meninjau di sekeliling dewan, kerusi semuanya penuh. di tingkat atas pun ada rakyat yang bersemangat untuk turut serta mencipta sejarah. penuh.. semuanya penuh.jangkaan awal saya meleset sama sekali. saya keluar stadium, pun ada rakyat yang berpusu-pusu cuba masuk ke stadium. wah padat ni abang-abang dan kakak kakak.

ucapan-ucapan dihaburkan pada malam ini sugguh gegak gempita diselang seli dengan laungan takbir, reformasi dan makkal sakti. tepukan diberikan kepada ronnie liu ketika sesi beliau berucap.ucapan-ucapan pemidato yang lain semuanya disambut dengan semangat oleh rakyat. saya perasan ketika ucapan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim , seolah-olah beliau terharu dan sebak dengan sambutan rakyat kepada beliau. tahniah Tan Sri. pengenalan wakli-wakli rakyat PAS oleh Dato' Dr Hassan Ali sungguh hebat. yang pasti perkatan beliau yang sentiasa ada setiap kali pidatonya dan tidak pernah lupa untu disebut ialah "seluruuhnya..." trademark ni. majlis yang dipengeruiskan oleh Ketua Pemuda PAS ustaz sallehen, hidup dan bersemangat. ucapan Ustaz Nasasruddin amat menarik dengan mengatakan bahawa stadium ini sudah lama disediakan untuk PAS kerana bumbung dan besi-besi di atas semuanya bercat hijau. gempita ketawa rakyat mendengarnya seraya mendongak ke atas mengiyakan kata-kata beliau.


ucapan yang dinanti-nantikan rakyat muncul dengan ucapan bersejarah buat pertama kali Tuan Guru berceramah di dalam stadium malawati. idea pakatan politik baru dan menjemput UMNO, MCA dan MIC bersama-sama pakatan rakyat untuk membawa poltik baru malaysia sungguh baik untuk dikupas dan dibincangkan. kadang-kadang ada humor yang diselitkan membuat rakyat ketawa.hampir jam 12 malam Tuan Guru menamatkan ceramahnya.walaupun singkat tetapi padat dan amat bermakna buat rakyat selangor. mereka menunggu hingga ke akhirnya walaupun esok pagi-pagi mesti bergegas ke tempat kerja.


apa-apa pun tahniah rakyat selangor. tahniah rakyat malaysia. moga ia terus berkekalan dengan semangat muhibbah dan perpaduan yang utuh.

filem fitna






Rabu, Mac 26, 2008

MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI BARU DAN LAMA

MENTERI BESAR DI NEGERI-NEGERI HANGAT


BARU

LAMA

Ustaz Azizan menandatangani dokumen perlantikan sebagai MB Kedah

Ya Allah Ya tuhanku moga next election aku boleh jd MB Kedah semula,, agaknya itula doa mahadzir khalid

MB Selangor yang penuh dengan pengalaman hebat menjadi CEO.. rasanya ada lagi ke MB yang ada pangkat Tan Sri??

inilah penyapu sebagai kenangan aku sepeninggalanku nanti sebagai MB selangor… kata khir toyo tersipu-sipu.

syeikh… jd MB ni banyak cabaranya.. Ya..ya ana faham - MB Perak

tajol rosli sedang mengisi buku pelawat semasa dia pi pejabat MB…

md Isa Sabu merenung tak percaya setelah ‘ter’latik menjadi MB Perlis

ini adalah majlis perpisahan Shahdian kassim menjadi MB Perlis… siap potong bunga….


YA Allah aku sememangnya tidak layak menjadi MB kerana aku pernah bermulut celupar di dalam sidang Dun terengganu dulu.. moga aku diampunkan..

kenapa aku diperlakukan sebegini rupa… ohh…






























































































Saya pernah cuba menyelamatkan maruah gadis melayu tetapi saya dimasukkan ke dalam ISA… cobaan untuk Ketua Menteri LIm Guan Eng


Apa lagi yang harus dipersalahkan? Parti GERAKAN yang sudah susah mahu digerakkan.

Rabu, Mac 05, 2008

kempen-kempen























Ahad, Februari 24, 2008

sekitar penamaan calon BA di Selangor

bangi



















lembah jaya

















sungai besar


Selasa, Februari 19, 2008

kempen....



jangan biarkan mereka terus terabai....
jangan biarkan mereka terus tertinggal...
jangan biarkan mereka menyesal ....
anda bijak, anda pandai...
anda berotak dan anda berfikiran....
anda mumayyiz anda baligh..
dosa dan pahala di tangan anda...
anda mampu mengubahnya...

Rabu, Februari 13, 2008

parlimen dibubarkan.. kata-kata dalih yang sesuai


13 Februari, 2008 12:51 PM

Parlimen Bubar Hari Ini Untuk Pilihan Raya Umum Ke-12

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/index.php
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.
Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”



semalam kata lain... hari ini buat lain... mungkin ini ayat-ayat orang politik untuk menafikan sesuatu yang berlaku dapat dihidu oleh orang lain denham cepat.. tapi kalau ayat-ayat politik itu lebih strategik dan halus boleh menjernihkan persepsi seseorang kepada ahli politik.. jika berkata "no komen", "tunggu dan lihat", mungkin ya mungkin tidak" , "tak pasti", "kita lihat esok", "sampai masa saya akan maklumkan" adalah lebih molek dan itu adalah ayat-ayat berdalih untuk melepaskan diri daripada persoalan yang menyesakkan jiwa ahli politik.

tetapi bila digunakan perkataan, "
‘Tidak... tidak lagi, pandailah you", "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,"bikin susah untuk dinafikan dilabel sebagai cakap tak serupa bikin, kaki pembohong, semalam cakap lain hari ni cakap lain apa daaa...,


apa-apa pun ahli politik lebih bijak dengan bahasa. mungkin itu kata-kata yang sesuai dan strategik untuk menafikan sesuatu hal. rakyat membuat perhintungan dengan sebatang pena dan sekeping kertas untuk melabelkan "X" pada ruang yang disediakan. jika calon itu sesuai baginya untuk memimpin rakyat, silakan memangkah. tapi perlu dinilaitara antara pemimpin beriman, adil dan amanah. adakah sudah dipenuhi kreteria tersebut sebelum dipersoalkan kelak di hari akhir.



http://www.utusan.com.my/

PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini

BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.
‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.
Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Abdullah sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.


http://www.bharian.com.my/

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.
Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini."Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya, Abdullah enggan memberi sebarang jawapan berhubung tarikh pembubaran Parlimen."Betulkah esok 13 (hari bulan), anda pasti?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum dan mengangkat jari telunjuknya ketika ditanya: "Datuk Seri, esok 13".Angka 13 merujuk tarikh hari ini, iaitu 13 Februari 2008 yang dikatakan nombor kegemaran Perdana Menteri untuk mengumumkan sesuatu.Ketika diajukan soalan sama selepas perjumpaan dengan Puteri Umno Pulau Pinang di Seberang Jaya, Ahad lalu, Perdana Menteri berkata: "Kenapa 13? Awak semua suka 13, kenapa? Ya, saya suka nombor itu kerana tiada siapa yang mahukannya kerana ia sering dikaitkan dengan kepercayaan karut dan biasanya orang berebut hendak nombor lapan."Orang tak ambil, saya ambil (nombor 13) pasal dulu nombor 13 tidak laku, nak ambil nombor satu kena bayar beribu ringgit, nombor dua, nombor lapan, semua kena tender banyak," katanya merujuk nombor pendaftaran keretanya.

Selasa, Februari 12, 2008

usia melewati masa


kelahiran manusia daripada rahim seorang ibu menyimpan seribu pengertian. ia melibatkan soal nyawa, pengorbanan, kepayahan, kegembiraan, kerisauan, kehendak yang membuak-buak, perasaan kasih sayang dan sebagainya. itulah jerit perih manusia untuk dikeluarkan daripada rumah sempit ke padang lapang yang luas.

setahun demi satahun usianya bertambah. pada awal kelahiran umur manusia dikira berapa hari usianya .kemudian dikira berapa bulan usianya. kemudian dikira berapa tahun usianya. menunjukkan ia semakin bertambah dan tidak berkurang.

semoga dengan bertambah usia menuju ke hidup yang lebih tua ini, memberi pelbagai pengalaman yang mendewasakan dan langkah demi langkah yang disusun menjadi pedoman di dalam lingkungan barokah Tuhan. Selamat Hari Lahir.

Selasa, Februari 05, 2008

Sang Pelangi

Sang Pelangi 7 september 2004

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari

Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat

Puas kita menangis mencari di mana matahari

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 3.40.23


Tapi apabila pelangi hilang

Muncul kembali matahari

Hati kembali gembira dengan kehadirannya

Pelangi muncul sementara sebagai penglipulara

Menenangkan diri yang menangis

Tunggu matahari yang hilang tadi.


Terima kasih pada pelangi

Hadirnya kebetulan namun cukup istimewa sekali

Di sudut alam indah warna mengiringi

siang yang semakin terang.4.00.34


Pelangikan terus menjadi pelangi

Muncul yang membawa seribu erti

Muncul dengan sinaran mentari dan manik-manik hujan

Hanya Tuhan yang menentukan kehadiran istimewa sang pelangi

Rabu, Januari 30, 2008

al-fatihah...Allahyarham Dato' Ishak Baharom dan Allahyarham Loloq

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
Harakahdaily Wed Jan 30, 08 12:07:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
-->
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh





ROSLI KHAMIS (LOLOQ) TELAH MENINGGAL DUNIA

Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.
Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.
Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.
Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.ALFATIHAH….UNTUK ALLAHYARHAM ROSLI KHAMIS ( LOLOQ )http://mybikerz.com

Jumaat, Januari 25, 2008

MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE-12 BARISAN ALTERNATIF SELANGOR


MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE-12

BARISAN ALTERNATIF SELANGOR

TAWARAN KAMI SEKIRANYA DIPILIH

BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:

Membela dan berkhidmat untuk rakyat;
Sedia mentadbir Negeri Selangor.


Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:

Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan


Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat.

BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata.

Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat.

Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan.

Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan.

Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.

Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri.

Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri.

Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:

Pentadbiran:

· Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.

· Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.

· Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Sosial dan Kebajikan Rakyat:

· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.

· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.

· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.

· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.

· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.

· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).

· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.

· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.

Kesihatan Rakyat:

· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).

· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.

· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.

· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Ekonomi Rakyat:

· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.

· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.

Keselamatan Rakyat:

· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.

· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.

Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.

Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.

Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.