Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 23, 2009

Khubaid bin 'Adi; Syahid di Tana'im

Satu ketika telah datang kepada Rasulullah s.a.w kabilah-kabilah ‘Udhol dan juga Qarah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w bahawa mereka telah mendapat berita Islam tetapi tidak ada orang yang mengajar mereka.Lalu Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kepada mereka satu rombongan daripada kalangan para sahabat untuk mengajar mereka tentang Islam. Di antara sahabat yang terlibat ialah Mirsad bin Abi Mirsad, Khalid bin Biq, ‘Asim bin Thabit, Khubaid bin ‘Adi, Zaid bin al-Dathnah dan Abdullah bin Thoriq. Rasulullah telah melantik ketua di kalangan mereka bernama Amir bin Thabit.

Dalam perjalanan menuju ke kabilah tersebut, mereka telah diserang hendap oleh kafir Quraisy. Ada di antara mereka yang mati syahid dan ditawan. Mereka yang ditawan ialah Khubaid bin ‘Adi. Lalu diutuskan bahawa Khubaid bin Adi hendaklah dibunuh. maka, dikumpul seluruh manusia di Tana’im untuk menyaksikan pembunuhan kejam itu sebagai satu tanda kebencian kepada Muhammad s.a.w. Ketika Khubaid menghadapi kematiannya, kisah ini telah diceritakan oleh Said bin Amir yang ketika itu seorang kafir dan telah memeluk Islam selepas menyaksikan peristiwa itu.

Ketika seluruh orang sedang berkumpul, Khubaid telah berkata kepada pembesar-pembesar Quraisy, “Sekiranya kalian inginkan untuk membenarkan aku rukuk dua rakat, maka kalian boleh berbuat demikian”. Permintaannya diberi keizinan lalu dia menghadap kiblat dan bersembahyang dua rakaat. Said mengatakan “Alangkah cantiknya dua rakaat itu, dan alangkah sempurnanya dua rakaat itu”.

Kemudian, setelah selesai solat dia berpaling kepada pembesar Quraisy sambil beteriak, “Demi Allah, jikalau kalian menyangkakan panjangnya solatku tadi disebabkan aku takut kepada kematian, nescaya aku akan memperbanyakkan lagi solatku”. Said menceritakan lagi, disebabkan ucapan itu, dia melihat bagaimana kaumnya telah menyeksa Khubaib dengan memotong badan Khubaid sekerat demi sekerat. Kemudian ditawarkan kepada Khubaid satu tawaran yang menghinakan, “Inginkah kiranya kami bebaskan kamu untuk pulang kepada anak dan isterimu, tetapi hendaklah Muhammad menjadi galang ganti?” ketika darah keluar memancut daripada tubuhnya, dia menjawab dengan penuh yakin “Wallahi, aku tidak redha sama sekali untuk balik bersenang-senang bersama dengan anak isteriku sedangkan Muhammad ditusuk dengan duri”.

(disampaikan oleh ustaz Ridhuan Ismail)

Sabtu, September 13, 2008

teliti dalam bertindak

salam ramadhan..

teringat kisah khalid alwalid diminta oleh Rasulullah s.a.w memerangi kaum bani mutalib. pesanan nabi kepada khalid, sebelum perangi mereka selidiki dahulu. sudah pasti seorang jeneral yang terkenal dengan kebijaksanaan berstrategi dalam mana-mana peperangan akan menurut perintah nabi dan menghantar pasukan perisik. hasil risikan, kaum tersebut selamat diperangi oleh tentera khalid atas maklumat yang didapati.

kisah ini adalah sebahagian daripada nuzul ayat 6 surah al-hujurat.

"wahai orang-orang yang beriman, jika datang seseorang fasik dengan membawa sesuatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahu keadaannya (secara jahil), maka dengan itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."

kisahnya bermula apabila nabi mengutuskan al-walid bin aqabah mengambil harta sedekah dari bani mutalib. setibanya di sana, alwalid dapati mereka keluar berama-ramai untuk mengeluarkan sedekah. al-walid kaget dan beranggapan penduduk bani mutalib mahu mengejarnya dan memukulnya. al-walid memaklumkan kepada nabi penduduk bani mutalib telah murtad. kemudian nabi mengumpulkan bala tentera dan menugaskan khalid al-walid mengetuainya. setiba khalid di perkampungan itu, dihantar perisik untuk pastikan kesahihahn maklumat. hasil risikan pengintip dapati kedengaran suara azan dan mereka menunaikan solat. maka khalid bertemu dengan mereka setelah tiba pagi dan didapati mereka adalah orang Islam. pasti. pulanglah Khalid al-walid ke madinah unutk memaklumkan hal sebenar kepada nabi. maka selamatlah penduduk bani mutalib daripada diserang daripada saudara mereka sendiri..

pengajarannya;
1- jangan tergopoh-gapah dalam tindakan
2- selidiki dahulu sebarang berita buruk yang diterima
3- jangan cepat menghukum

Jumaat, September 05, 2008

1 RAMADHAN 1 SEPTEMBER


kebetulan tahun ini 1 ramadhan disambut dengan tarikh 1 september.. jadi tak susah sangat nak mengira hari-hari berlalu dalam bulan ramadhan. nak set tarikh untuk bulan ramadhan pun agak senang.. biasa kalau ada program ihya' ramadhan, mereka menggunakan tarikh hijrah. " ustaz, datang ceramah ye 6 ramadhan" kalau sebelum ni kita tanya balik " 6 ramadhan tu bile ek? " untuk tahun ni, senang dan mudah ingat. kalau nuzul quran 17 ramadhan, bermaksud 17 september..

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :


Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

moga-moga kita semua di kalangan orang yang bertaqwa sepanjang tahun. bukan bertaqwa bulan ramadhan sahaja. maksud taqwa ialah memelihara diri daripada siksaan dan kemurkaan Allah Ta’ala dengan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat.

kita pun berharap semua pimpinan negara beriman dan bertaqwa. di bulan ramadhan yang mulia, kalau perkara itu benar katakanlah ia benar. kalaulah benar imam ramlang sanggup berbohong baru-baru ini, tak layak beliau diangkat menjadi imam masjid. tapi kalau pegawai khas TPM yang berbohong, kita berharap cepat-cepat bertaubat dan mendapat keampunan Allah. bulan puasa ni...

semoga kita perbanyakkan amalan, hindari dosa. puasa perut, puasa telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan seluruh anggota badan yang lain. biar mulut busuk pada bulan ini, tetapi nanti semerbak harum bak kasturi.