Khamis, Januari 22, 2009

Kemenangan Pakatan Rakyat melalui PAS


sumber Malaysiakini.com


Kemenangan awal sebenarnya seakan diduga. Kemenangan ini bermula setelah pengumuman calon yang akan mewakil PAS ialah seorang yang tidak diduga akan betanding untuk kerusi parliman. YB Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) pun tidak menyangka yang beliau akan dipilih oleh parti untuk bertanding. Semuanya kuasa Allah dan Allah yang mentakdirkan dirinya menjadi calon menentang Wan Farid.Tahniah kepada YB MAWE di atas kemenangan dengan majoriti 2631.

Cakap-cakap orang kedengaran menyatakan bahawa YB MAWE memang boleh menang. Banyak kebetulan menunjukkan YB MAWE adlah calon pilihan yang betul dan tepat. Antaranya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ada sebut mahu cari calon satu sahaja. Satu jika diterjemahkan kepada bahasa Arab ialah WAHID. Kemudian kebetulan juga tarikh pengumuman calon oleh PAS di Stadium Negeri pada 1hb 1(Januari). WAHID juga. Kebetulan yang ketiga ialah plat kereta Frontier YB MAWE ialah TAG 176. Apabila YB MAWE pergi berkempen di tempat Cina, seorang Cina terus bekata' "ini orang banyak ong (bertuah), itu plat kereta dia 176. 6 itu tarikh penamaan calon, 17 hari pengundian". YB MAWE pun bunyi macam MAWI. MAWI orang nombor WAHID di Malaysia sekarang!!!

Tiada ulasan: