Rabu, Julai 22, 2009

Foto-foto Bersama YB Nasir Zakaria di Kedah



Khamis, Julai 16, 2009

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

16 Julai 2009. Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Baca di sini.

Amat menggemparkan! Berlaku di pejabat SPRM! Kenapa ia boleh berlaku? Harap polis dapat siasat dengan teliti dan segera. Pelbagai spekulasi sudah timbul sama ada terjatuh atau dijatuhkan. Tindakan dalam keadaan tekanan selepas disoal siasat SPRM. Takziah buat keluarga mangsa..

Rabu, Julai 15, 2009

Juliana Md Fuzi - Al-fatihah

Assalamualaikum..

Kisah yang terjadi kepada Allahyarhamah Juliana Md Fuzi merupakan satu peristiwa sedih dan tidak tergambar pada fikiran manusia normal. Kejadian yang menyayat hati ini merupakan satu daripada seribu episod kekejaman yang berlaku di Malaysia. Seperti tidak kunjung sudah satu demi satu kezaliman dan tidak berperikemanusiaan masyarakt kini. Di manakah akr kepada persoalan ini? Hasil didikan ibu bapa yang tidak mencukupi kah? Sistem pendidikan yang tidak signifikan dengan tatacara penghidpuan rakyat Malaysiakah? Kelonggaran akidah yang tiak meletakkan asas sebenar tujuan manusia dihidupkan tuhankah?

Katakanlah apa sahaja.Jika perkara ini terus-terusan dibiarkan berlalu bak angin lalu, dibimbangi ia akan menyinggah pada ahli keluarga, teman-teman dan sanak saudara yang kita sayangi. Mohon dijauhkan Allah.

Wanita, perempuan, muslimat berhati-hatilah. malang tidak mengenal siapa kita sama ada kita orang baik atau orang tidak baik. Berjaga-jagalah dalam pergaulan seharian. elakkan bersama dengan lelaki yang tidak dikenali. Elakkan juga berdua-dua dengan lelaki yang bukan muhrim. Mencegah lebih baik daripada merawat. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Jangan terlalu percaya kepada lelaki kerana lelaki itu banyak akal. Apa sahaja dia mampu fikirkan.

Dampingilah dengan seribu doa. Sebagai salah satu senjata penghindar malapetaka. Allah pasti bersama mereka yang memperbanyakkan doa.

Manek Urai ; Jambatan 7 Juta tidak kesampaian

Assalamualaikum..

65 undi satu jumlah yang amat kecil. Betul kelebihan 1 undi pun dikira menang. PAS Kelantan pernah bertahan dengan 2 undi untuk memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada pilihanraya 2004. Kemukakanlah apa sahaja alasan kemenangan ia tetap dikatakan kemenangan tipis atau mungkin juga kemenangan nasib. Kemenangan ini mungkin ada faktor lain yang membantu. Mungkin undi daripada pengundi luar. Mungkin undi golongan bukan melayu yang tidak ramai itu. mungkin undi orang UMNO yang beralih undi pada PAS. Mungkin undi itu undi yang pengundi tegar PAS yang sejak dahulu mengundi PAS.

Persoalan sekarang ke mana hilangnya pengundi seramai 398 yang mengundi PAS 2008? Dari mana pertambahan 889 pengundi yang memangkah BN? sifirnya mungkin 398 semua beralih kepada BN dan ditambah dengan pengundi baru seramai 491 orang dan BN hanya perlu 66 orang untuk membuat jambatan 7 juta di Manek Urai iaitu kelebihan majoriti 1 undi.

Sudah dijangkakan bahawa PAS akan selesa andai peratus keluar mengundi tidak mencecah 80% tetapi sekiranya melebihi angka 80% sama ada menang tipis atau kalah. 87.33% keluar mengundi adalah satu angka yang luar biasa dalam pilihanraya kecil. Angka ini tinggi kemungkinan disebabkan cuti diberikan kepada rakyat kelantan sepertimana yang diumumkan Menteri Besar Kelantan, atau kesedaran politik yang tinggi di kalangan pengundi Manek Urai yang keluar mengundi, atau imbuhan yang diberikan kepada pengundi luar yang pulang mengundi atau kerja kuat jentera BN mengerahkan semua penyokong mereka keluar mengundi by hook or by crook.

Penurunan jumlah undi kepada PAS pada anggapan saya ialah perasaan selesa di kalangan pengundi dan jentera bahawa PAS pasti menang lagi di sini. Beberapa peraturan yang tidak seperti kebiasaan amalan jentera pilihanraya PAS menghadapi pilihan raya kecil diterapkan mungkin faktor ini berlaku. Contoh polisi poster, banner dan billboard;Polisi ceramah; polisi pasukan pembantu.

Isu-isu yang berlangsung sepanjang PRK MU ini berkisar tentang engagement dengan BN, debat Mursyidul Am dan PM, royalti minyak Kelantan, PAS kerjasama dengan DAP, ketiadaan Timbalan Presiden PAS di MU. Nampaknya Pakatan Rakyat terutama PAS masih belum dapat menembusi pemikiran pengundi kawasan malay-belt dengan berkesan. Propaganda yang dibawa BN berjaya menarik orang Melayu untuk mengundi BN. Isu yang dibawa BN simple sahaja iaitu PAS terlalu baik dengan DAP, lupa perpaduan orang Melayu. Walaupun BN menggunakan style lama berkempen iaitu dengan menabur pelbagai janji contoh jambatan 7 juta, bagi masyarakat Melayu di kawasan sebegini ia adalah sesuatu yang diharapkan menjadi nyata dan yakin akan dilaksanakan.

Pelbagai rumours boleh dihamburkan tentang keputusan yang boleh disifatkan kemenangan dalam keperitan. Sudah pasti post morterm secara jujur dan telus perlu dilakukan. UMNO pasti berasa sedikit yakin dengan perkembangan ini bahawa orang Melayu masih tidak lari dengan UMNO. Sekiranya UMNO memperbaiki sedikit lagi imej menjadi sebuah parti melayu baik, sudah pasti orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO. Tidak susah, carikan seorang tokoh yang benar-benar berkaliber, imej terlalu baik, agamawan dan merakyat. PAS saya yakin masih memenangi hati rakyat. Kekalkan imej bersih yang sedia ada dan kurangkan perbalahan yang tidak menguntungkan parti. Bina semula wihdatul fikr wihdatul amal. Takbir!

Selasa, Julai 14, 2009

2 dihukum gantung bunuh pelajar KUIAM

KUALA LUMPUR: Noralina Dasuki, 22, dan Mohd. Khairul Anuar Abdullah, 27, dihukum gantung setelah didapati bersalah membunuh pelajar kolej Juliana Md. Fuzi, 20, dua tahun lalu.

Mereka didakwa membunuh Juliana, pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM) pada Mac 2007.

Juliana juga didapati telah dirogol.

Pada 13 April 2007, kedua-dua mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Juliana.

Mengikut pertuduhan, Noralina, penganggur dan Mohd. Khairul, jurujual sebuah stesen televisyen satelit berbayar dituduh bersama-sama membunuh Juliana di Bilik 5133, Tingkat Tiga, Apartmen Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini, antara pukul 8 malam, 23 Mac dan 8.30 malam 24 Mac lalu.

Noralina disenarai sebagai tertuduh pertama manakala Mohd. Khairul tertuduh kedua.

Tertuduh pertama ditangkap pada 4 April 2007 sementara tertuduh kedua pula ditangkap pada keesokan harinya.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Juliana ditemui mati pada 24 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan ditemui mati dijerut menggunakan wayar.

boleh baca kisah Juliana di dalam blog sahabat Juliana Dextrike

Wednesday, October 15, 2008

Re-post : In memory of JULIANA. . . . Al-Fatihah ( 23.03.2007 )

Assalammualaikom..
da 2 minggu benda neih terjadi.. kijap je masa blalu.. aku masih aggap arwah ttp ader.......

23.03.07 (jumaat)

kawan serumahku JULIANA MD FUZI telah kembali kerahmatullah..... innalillah hiwa inna ilai hiro ji u'n.. arwah dbunuh..!!
aku sendrik xleh nak kata pape.. aku arap korang sumer ayati laa cter aku nieh keh? aku hope ape yg aku cter neih dpt tuka lit dr cter yg x btoi pd yg btoi.. kat luo tuh dah mmcm cter mrepek aku dgr.. sedehh.... ='(
23.03.07(jumaat)
baca seterusnya di sini
Ini pun kawan Allahyarhamah Juliana http://sazwan57.blogspot.com/
buat mereka yg masih xjelas tentang kes ini..meh nak story sikit...noralina ni kawan arwah juliana dr darjah satu..bila masing2 da masuk sekolah menengah mereka terpisah...sebulan sebelom pemergian arwah, dorang buat reunion utk budak2 sekolah ren..dr situ mereka berjumpa balik..bertukar2 no talipon..pada hari kejadian...hari jumaat 23/4/2007...noralina ajak arwah keluar makan..sbb dia ada bagitau nak keluar dgn kawan nama "noralina" saya xpernah halang kemana dia nk pergi..tp xtau kenapa malam tu saya xbg dia pergi..tp dia ttap nak pergi jugak, sbb katanya kawan lama nak jumpa..dia dah lama xjumpa..dan dia ada jugak ajak saya pergi, tp saya xnk pergi...bila noralina sampai kat 7Eleven, dia msg jue kata ajak pakwe dia..jue bagi tau kami noralina kata pakwe dia ada skali..bila jue keluar...kami xsangka sgt2 itu kali terakhir kami tgk dia...malam tu dia xpulang, kami da mula risau..sampai pagi kami tggu dia balik..padahal, budak2 umah kami yg len balik pagi2 pon kami xkesah..tp bila jue xbalik..kami mula risau..keesokkan harinya koi 12, kami semua satu rumah(10 org) tggu kat ruang tamu..selak langsir luas2 tggu jue balik..sampai ptg, jue masih xbalik..kami g rumah mak jue bagi tau..malam kami wat report polis ngn family jue... baca lagi

Isnin, Julai 13, 2009

SPR tak pernah belajar

assalamualaikum..

SPR ini tak pernah buat kerja nak betul. Tak pernah buat post morterm ke? Tidak ada key performance index (KPI) ke? Yang jadi ahli SPR orang yang belajar tinggi-tinggi, tetapi berfikiran rendah-rendah ke? Sudah berapa kali kita menhadapi piliharaya tetapi SPR masih nak adakan pilihanraya masa hari bekerja. Sudahlah hari bekerja, dibuatnya pula hari selasa. Ishh.. depa ni tak boleh nak fikir ke... bila buat hari bekerja susah orang nak ambil cuti dan nak balik jauh-jauh. kalau buat hari isnin pun boleh tahan juga. tak perlu ambil cuti 2-3 hari. ni bila buat hari selasa, nak kena ambil cuti hari isnin. buatlah hari isnin boleh lah pengundi luar balik lama skit kampung. sabtu, ahad isnin. cuti sehari je.

PRK manek urai buat pula hari selasa. Hari bekerja di Kelantan mula hari ahad. Kenapa tak adakan pilihanraya hari Ahad sahaja. Itu pun susah nak fikir. betullah SPR ni Suruhanjaya Penyusah Rakyat.

Ngomelan sesetengah pengundi luar. Apabila kerajaan Kelantan umumkan cuti peristiwa esok, bagi kebanyakan orang bersetuju dan bertepatan dengan semangat demokrasi. Sepatutnya kerajaan persekutuan umumkan juga cuti untuk rakyat kelantan esok. Barulah ber'jijak' dengan slogan 1 malaysia. Barulah nampak janji itu terlaksana berbanding menabur janji apabila BN menang jambatan 7 juta akan dibina. Kalau tak menang takdelah ye? Ini kempen apa jenis ini!! jenis ugut-ugut ni zaman pak kadok. style lama. BN masih gunakan politik lama. masih belum berubah.

Macam lafaz cerai taklik pula.

"Andai awak keluar rumah ikut pintu depan, saya ceraikan awak talak satu".

" Andai awak, awak dan awak ( sambil menunding jari kepada para pengundi), tidak mengundi BN kali ini, jambatan 7 juta saya tak jadi bagi pada awak semua".

Semalam TPM senaraikan jasa-jasa BN di Kuala Krai. Sekolah menengah berapa buah, sekolah rendah berapa dibuat dan macam-macam pembinaan dibuat oleh kerajaan persekutuan. TPM kata kerajaan negeri kena akui dan tidak boleh lupa ini semua. Ini lagi cara politik lama.

Mana-mana kerajaan yang memerintah kenalah buat benda ini semua. Kalau tak buat itu bukan kerajaan. Kalau kerajaan sekarang tak buat, apa TPM nak beritahu.

" Ooo kami tidak buat sekolah ini dan itu kerana awak,awak dan awak berada dalam kerajaan lain. bukan rakyat BN" Hukaloh...

Ahad, Julai 12, 2009

PAS will be a winner at MU

Salam MU

Masa berkempen semakin singkat di M.U. Calon mungkin sudah keletihan. Tak apa pak. selepas ni bapak masih banyak kerja. Pertembungan PAS vs BN kali ini sekejap panas, kadangkala sejuk. Kadang-kadang akhbar pun tidak konsisten memberi berita ( Akhbar kerjaan la ni). Sekejap serang tok guru. kemudian duk cerita pilihan raya kali ini nampak aman. Apabila ajak berdebat, Depa tak mau.. Dengar khabarnya banyak juga duit bertaburan masuk dalam rumah pengundi...

Alhamdulillah. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha pun sudah boleh turun padang.. sudah boleh ceramah sana sini di Manek Urai.. Harap keharmonian terus wujud dalam kepimpinan mereka. Kawan-kawan esok sudah berduyun-duyun mahu ke sana. Moleklah tu. Tolong-tolong apa-apa yang patut. Jangan jadi pelancong pilihan raya udah le. menghabiskan borehh ajo...

Semoga yang berjaya nanti dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah. Yang tewas terima dengan hati yang pasrah. Yang bekerja memenangkan calon, harap banyak berhemah. agar suasana harmoni terbentuk dalam semangat ukhuwwah. Yang kejauhan, doa tidak dapat dipisah. Semoga pengundi berfikir sebelum memangkah. Memangkah calon yang betul-betul berhemah dan bertuah.

Rabu, Julai 08, 2009

Manek Urai

Salam Manek Urai..

Penamaan calon di Manek Urai aku tak berkesempatan pergi. Walaupun ada yang mengajak dan berpergian ke sana, tetapi aku tak dapat nak pergi. Ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Sebelum penamaan calon baru ni, sebenarnya aku sudah sampai disana. 2 pilihan raya kecil sebelum ini aku di sana. PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang. Kali ini mungkin di Kelantan, jentera sudah ramai dan mantap.

Gambaran awal semasa penamaan calon menunjukkan keputusan yang berat sebelah. kalau dikira bilangan yang hadir mewakili Pakatan Rakyat ibarat jauh langit dengan bumi. 15000 vs 1000 ( ada yang kata tak sampai pun). signal rakyat masih konsisten mahukan perubahan pemerintahan negara. Kita doakan kemenangan masih berpihak jepada rakyat di Manek Urai.

Kalau tidak ada aral melintang, aku akan sampai juga dalam waktu kempen ini sehingga hari pengundian. Tunggu.......

Isnin, Julai 06, 2009

sapa pandai jawab teka-teki ini!!!

Saya ada membaca satu teka-teki tetapi saya tak ketemu apa jawapannya. Teka-teki itu berbunyi begini...

abu mahu beli sepasang kasut berharga RM97. Dia tidak mempunyai wang. Dia telah meminjam RM50 daripada abangnya dan RM50 daripada emaknya. Kesemua berjumlah RM100. Kemudian dia membeli kasut itu dan berbaki RM3 lagi. Abu telah memulangkan RM1 kepada abangnya, RM1 kepada emaknya dan RM1 masih ada padanya.

Sekarang, Abu perlu membayar RM49 kepada abangnnya dan RM49 kepada ibunya juga. Apabila dicampur RM49 abang dan ibunya, ia akan berjumlah RM98. Tetapi, apabila dicampur RM1 yang ada kepada Abu, jumlah keseluruhannya baru RM99. Di mana hilangnya RM1 lagi?????

Sapa arif lagi bijaksana, sila jawab teka-teki ini...

Sabtu, Julai 04, 2009

Kehidupan Berkeluarga

Salam lewat malam,,

Kehidupan berkeluarga penuh cabaran. Bukan semua orang berbahagia. Malah ada yang hidup seperti manis seperti madu tetapi terselit pahit bak hempedu. Itu sebab kekadang ada yang bahagia dan ada yang terseksa.

Islam sudah memberi garis panduan sebelum memilih pasangan hidup. Agama yang utama sebelum lain-lain perkara. Andai kehidupan berkeluarga paksinya ialah cara hidup berasaskan agama, nescaya masalah-masalah kecil tidak menjadi duri dalam daging.

Selalu dalam mana-mana program saya beritahu jarang di kalangan kita atau mungkin tidak ada bertanya khabar begini; Apa khabar iman kamu hari ini? Apa khabar iman isteri, anak-anak dan kaum keluarga kamu? mungkin akan ada orang beranggapan, apabila soalan ini ditanya, dibalas dengan ayat ini : Sudah buang tabiat ke kamu ni?

Mengurus bait muslim memberi seribu pengalaman kepada kami. pelbagai ragam dan karenah yang dapat disaksikan. Ada yang ok. Ada juga sebaliknya. Ada yang pada peringkat awal berlangusng dengan baik, tetapi pengakhirannya tidak seperti yag diharapkan. Insya Allah ada masa saya akan kongsikan.....