Rabu, Januari 30, 2008

al-fatihah...Allahyarham Dato' Ishak Baharom dan Allahyarham Loloq

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
Harakahdaily Wed Jan 30, 08 12:07:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
-->
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh





ROSLI KHAMIS (LOLOQ) TELAH MENINGGAL DUNIA

Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.
Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.
Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.
Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.ALFATIHAH….UNTUK ALLAHYARHAM ROSLI KHAMIS ( LOLOQ )http://mybikerz.com

Jumaat, Januari 25, 2008

MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE-12 BARISAN ALTERNATIF SELANGOR


MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE-12

BARISAN ALTERNATIF SELANGOR

TAWARAN KAMI SEKIRANYA DIPILIH

BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:

Membela dan berkhidmat untuk rakyat;
Sedia mentadbir Negeri Selangor.


Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:

Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan


Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat.

BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata.

Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat.

Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan.

Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan.

Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.

Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri.

Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri.

Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:

Pentadbiran:

· Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.

· Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.

· Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Sosial dan Kebajikan Rakyat:

· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.

· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.

· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.

· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.

· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.

· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).

· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.

· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.

Kesihatan Rakyat:

· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).

· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.

· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.

· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Ekonomi Rakyat:

· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.

· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.

Keselamatan Rakyat:

· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.

· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.

Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.

Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.

Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.

Khamis, Januari 03, 2008

selamat tahun baru 2008

assalamualaikum dan salam sejahtera..

selamat tahun baru 2008...

2007 telah melabuhkan tirainya dan membuka lembaran baru tahun 2008. disember 2007 tidak banyak yang entry yang dimasukkan kerana ada kengkangan waktu atau diri ini yang culas untuk menulis. sebenarnya bayak benda yang boleh dikongsi. dijemput ke rogram kem remaja soleh, kepulangan ibu dan kakak dari Makkah, berpindah ke rumah sewa baru di sepang.

awal tahun baru semua pasti menanam azam baru. azam baru yang kadang-kadang azam tahun lepas yang tidak tertunai lagi azam itu. atau azam yang dibuat separuh jalan sahaja kemudian terjadi semula benda yang kurang pada diri. ada orang berazam mahu banyakkan buat perkara baik. ada orang berazam tidak mahu menyakiti hati prang tua. ada orang berazam mahu solat tepat pada waktunya secara berjamaah. mungkin 3 bulan pertama, 1 bulan pertama, 2 minggu pertama, 10 hari yang pertama atau sempat sehari sahaja tertunai azam itu. kemudian berlangsung kembali perangai lama. hmm... manusia penuh alasan.

apa-apa pun teruskan berazam dan berusaha mencapainya. mungkin tak tercapai seratus peratus, paling kurang sudah ada perubahan dalam diri.